Azam 2013

Hari ini hari terakhir untuk 2012. Tinggal beberapa jam sahaja lagi kita akan berada di tahun yang baru dengan azam yang baru. Setiap orang akan menanam azam untuk dicapai pada tahun baru. Tetapi tidak ramai yang dapat mengekalkan atau mengecapi azam yang disematkan dihati termasuk saya sendiri. Pada mulanya berkobar-kobar dan kemudiannya lesu tanpa tindakan sewajarnya dilakukan untuk mencapai azam tersebut. Tidak hairanlah ‘azam’ untuk mogok lapar 100 jam akhirnya ‘kantoi’ makan di hotel berdekatan. Kredibiliti mereka yang menyertai bantahan baru-baru ini seperti saja menarik perhatian. Mungkin kerana mereka tidak biasa menahan lapar dan dahaga menyebabkan ‘azam’ itu mustahil untuk dilaksanakan.

Azam 2013 : Terus Maju Berblogging
Untuk tahun baru ini saya berazam untuk menulis entri baru sehingga jumlah keseluruhan entri saya mencapai 650 entri. Saya masih baru lagi untuk memfokuskan bidang penulisan blog saya. Entri seperti politik, akedemik, agama dan lain-lain sangat memerlukan kekuatan ilmu dan fakta yang tepat. Pada saya genre entri ini sangat berat dan perlu berhati-hati supaya maklumat yang ingin disampaikan benar-benar belaka. Saya tidak dapat memfokuskan niche penulisan saya kerana idea yang saya dapat tidak dirancang atau datang secara spontan. Beberapa langkah lain seperti menamatkan langganan domain yang tidak digunakan untuk mengurangkan kos dan cuba meningkatkan pendapatan online melalui Google Adsense, Admob, merekabentuk banner dan beberapa khidmat lain yang saya rasakan boleh menjana pendapatan sampingan. Pelbagai usaha juga perlu dilakukan untuk mendapat PR yang lebih tinggi dengan membuat entri lebih berinformasi dan berguna.

Azam 2013 : Terus Maju Berniaga
Saya selalu berkongsi pengalaman saya berniaga online. Mungkin dulu saya hanya ikan bilis tetapi ada peningkatan sedikit dari segi modal dan sumber pembekal yang pelbagai. Nilai tambah seperti merekabentuk T-shirt terbaru menggunakan Photoshop dapat menjimatkan kos kerana saya tidak perlu membuat baju ‘demo’ untuk menarik minat pembeli. Malah saya masih dalam proses mempelajari membuat data perisian sulaman untuk dihantar kepada pekedai menyulam pelbagai logo, perkataan dan lain-lain lagi. Dengan ini saya dapat menjimatkan sedikit kos kerana saya membuatnya tanpa mengenakan bayaran. Bro Akubiomed pernah bertanya soalan kepada saya kenapa tidak mendaftar syarikat. Pada awalnya saya tiada keyakinan untuk meneruskan perniagaan kerana terlalu banyak dugaan yang perlu ditempuhi. Lumrah dunia perniagaan banyak cabaran. Memang betul meniaga ini sesuai untuk orang yang sanggup menghadapi ujian yang mendatang.

Azam untuk melepaskan perisian android ke Google Play saya perlu tangguhkan dulu. Banyak lagi yang perlu saya pelajari. Aplikasi Pos Laju Tracking itu sangat ringkas dan akan ditambah fungsi-fungsi baru dari masa ke masa. Jika berjaya, saya boleh meletakkan iklan Admob untuk meningkatkan lagi pendapatan online saya. Itupun jika ramai yang menggunakannya. 🙂

Jebeng Otaiâ„¢
2 je azam…byk2 nnt x tercapai lak..hehe

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 18 Comments

  1. faiz

    selamat tahun baru bro…semoga tercapai…berniaga kalo ada idea teruskan…jagan give up…tukar menteliti org melayu..

    1. hairulafiz

      sokong dengan kenyataan faiz tu, buktikan bro boleh

      1. djdanchef

        bro pasti boleh.. dengan bisnes m7 pun pasti bro sudah berjaya dj rasa sekrang ni

      2. hafizmd

        Semoga berjaya bro JO mencapai misinya..ameen

        Sama2 kita menyokong org kita utk terus maju

  2. papa mifz

    selamat tahun baru yer bro…semoga tahun 2013 menjadi lebih sukses untuk bro…:)

    1. djdanchef

      selamat tahun baru dj ucapkan buat bro jebeng

  3. titan

    idea tu dah ada. kalau rajin develop cepat sebelum orang lain sambar.

    1. djdanchef

      bak kata orang jangan tunggu lama2 nanti lama2 ia diambil orang..

    2. hafizmd

      Betul jugak kata lu ni titan. Kalau ada yg lebih cepat, kita meloponglah…

      moga bro JO terus maju…ameen

  4. onlajer

    Susah juga ya idea banyak tapi kena ada fakta yang betul baru orang lebih yakin

  5. faizul

    Selamat tahun baru juga bro.

    Semangat seperti ini yang kita nak tengok dikalangan orang melayu. Sentiasa berusaha tanpa kira halangan yang datang.

    Selamat maju jaya bro.

  6. daddydee

    Selamat tahun baru. Blog jebengotai tetap saya suka.

  7. daddydee

    Tahun baru ni saya merancang untuk menjebakkan diri dalam bisnes online juga. Insyallah.

    1. djdanchef

      semoga berjaya juga dj ucapkan buat bro

  8. juadah

    Selamat maju jaya JO. kAMU pasti boleh !!

  9. djdanchef

    semoga azam bro tercapai, walaupun tidak dapat capai semua.. dah dapat capai beberapa azam pun itu sudah dikira berjaya..

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.