Apa yang perlu anda buat sebelum melanggan VPS?

Secara ringkas VPS atau “virtual private server” adalah antara jenis-jenis hosting yang mempunyai kelebihan tersendiri berbanding “shared hosting”. Ibarat rumah apartment, “shared hosting” akan menggunakan sumber yang sama seperti CPU, RAM, hard disk, bandwidth, tetapan server untuk setiap pelanggan hosting tersebut. Sebagai pengguna kita tidak tahu adakah sumber itu telah digunakan pada tahap maksimum atau tidak. Ini kerana setiap pertambahan pengunjung ke laman sesawang akan menyebabkan beban ke atas sumber itu semakin bertambah. Dan menyebabkan “error 508 – Resource Limit Is Reached”. Sebab itu kadang-kala jalan yang terbaik adalah untuk naik taraf pelan hosting, namun ianya bukan penyelesaian menyeluruh jika kita mempunyai lebih dari 5 domain dan pengunjung 1000 sehari.

vps

Belajar Virtual Machine

“Virtual Machine” ini dalam bahasa kampungnya komputer dalam komputer. Jika anda perasan, “virtual” itu digunakan kerana pada konsepnya “virtual machine” dan VPS adalah sama. Ada pelbagai jenis “virtual machine” samaada “barebone”, “docker” dan lain-lain lagi. Yang ini biarlah pihak hosting yang memikirkannya. Kita hanya perlu menggunakan perisian mudah seperti “VirtualBox” dan kita boleh memilih untuk menggunakan beberapa OS yang kebiasaanya banyak digunakan oleh VPS seperti Ubuntu dan Debian. Download sahaja ISO Ubuntu dan install pada “VirtualBox” tadi. Buat tetapan IP dan siap ke langkah seterusnya.

Belajar SSH

Penggunaan perisian Putty sangat membantu ketika kita menggunakan VPS. Ini kerana, ianya hanya menggunakan arahan ringkas yang perlu ditaip ke dalam terminal. Jika kita pening dan keliru dimana lokasi fail yang disimpan atau dimuat turun, boleh sahaja kita view paparan Desktop di “”VirtualBox”. Selepas agak mahir, bolehlah kita memasang panel dan server untuk memulakan hosting kita. Mungkin CPanel tidak asing bagi mereka yang sudah mempunyai laman sesawang, boleh sahaja kita meminta pihak hosting VPS untuk memasang CPanel tetapi bayaran tambahan akan dikenakan kerana perisisan itu dilesenkan. Matlamat kita adalah untuk mengurangkan kos semaksima yang boleh.

Memasang VestaCP

Seperti CPanel, VestaCP merupakan perisian ringkas untuk menguruskan domain dan laman sesawang kita. Ianya percuma dan fungsinya tidaklah banyak seperti Cpanel. Untuk penggunaan asas, ianya sudah memadai untuk tetapan laman sesawang, email hinggalah untuk restart server. Ada juga perisian lain, cuma saya rasa VestaCP menyokong SSL untuk domain kita secara percuma. Anda boleh layari laman sesawang VestaCP dan memilih tetapan yang sesuai dengan anda. Selepas itu arahan akan di paparkan dan kita hanya perlu menyalin dan menampal semula di terminal SSH tadi. Jika tiada error, anda sudah selesai memasangnya. Untuk login perlulah letakkan IP “virtualbox” tadi dan berserta port 8083 seperti contoh

vps

Muat Turun Fail WordPress

Selesai anda boleh muat turun WordPress di PC dan menggunakan FTP seperti Filezilla untuk meletakkan ke direktori public_html. Database boleh dibuat melalui VestaCP tadi dan masukkan info yang diperlukan ketika memasang WordPress. Begitulah prosesnya, dan jika berterusan membuat latihan anda boleh mencuba di VPS sebenar. Jika sudah mahir, bolehlah mencuba ke tahap seterusnya untuk meningkatkan kelajuan blog dengan membuat penambahbaikkan setting seperti menggunakan modul Pagespeed dan lain-lain lagi.

Jebeng Otaiā„¢
X salah mencabar diri…huhu

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 2 Comments

  1. Wesen

    Terima kasih atas perkongsian! Anda boleh naik taraf ke VPS jika anda memerlukan sumber yang berdedikasi, lebih banyak storage dan keselamatan.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.