Alat Penjimat Elektrik

Saya antara orang yang agak skeptikal dengan segala alat yang boleh menjimatkan tenaga elektrik. Kebanyakannya, alat penjimat elektrik ini tidak berfungsi menjimatkan seperti apa didakwa para penjual alat ini. Entri ini bukan bertujuan menabur pasir ke periuk rezeki. Entri ini hanya membuktikan mengapa alat penjimat elektrik sebenarnya tidak berfungsi seperti apa yang didakwa dan lebih kepada pembaziran kerana membeli peralatan yang tidak diperlukan.

Alat Penjimat Elektrik : Mitos?

Pembuktian ringkas seperti litar ringkas dilengkapi ‘voltmeter’ dan ‘ammeter’ sudah memadai untuk mengelirukan para pengguna. Setelah suis di hidupkan, lampu-lampu atau beban akan hidup, dan paparan awal ‘voltmeter’ dan ‘ammeter’ direkodkan. Selepas alat penjimat elektrik dipasangkan, dan litar dihidupkan semula. Bacaan ‘voltmeter’ sama, manakala ‘ammeter’ akan berkurangan. Ianya sesuatu yang ajaib dan pada awalnya mungkin kita akan merasa takjub dengan alat penjimat elektrik tersebut. Jika menggunakan rumus Watt = Volt x Ampere, pengurangan arus memang boleh menjimatkan tenaga, tetapi sayangnya tidak boleh digunakan untuk sistem 1 fasa atau 3 fasa.

Alat Penjimat Elektrik : Real Power (W) bukan Apparent Power (VA)

Seperti yang sedia maklum, meter penyukat penggunaan tenaga eletrik hanya menyukat berdasarkan penggunaan Watt sebelum di bilkan kepada pengguna. Selain ‘voltage’ dan ‘ampere’, ‘power factor’ turut memberi kesan kepada sistem elektrik tersebut. Alat penjimat elektrik ini banyak menggunakan kapasitor untuk meningkatkan ‘power factor’ dan menggurangkan penggunaan arus elektrik didalam litar seperti dalam video tersebut.

Power Factor = Real Power (Watts) / Apparent Power (VA)

atau

Real Power (Watts) = Power Factor X Apparent Power

Alat Penjimat Elektrik : Pembaziran

Untuk menjimatkan tenaga elektrik sebenarnya agak mudah. Hanya perlu mematikan suis bagi peralatan elektrik yang tidak digunakan. Lebih bagus elakkan dari menetapkan mod ‘standby’ untuk mengelakkan bekalan elektrik digunakan berterusan. Walaupun kedengaran agak tidak masuk akal, tetapi inilah langkah penjimatan yang sepatutnya kita semua lakukan. Seperti yang saya katakan, membeli alat penjimat elektrik ini adalah membazir. Ironi bukan.Para pengguna seharusnya lebih bijak menilai sesuatu produk sebelum membelinya. Kadang-kadang kita membuat kajian kita sendiri keberkesanan produk-produk seperti ini.

Bacaan Lanjutan : How Power Saver Works?

Jebeng Otaiā„¢
skng ni mcm2 kan..

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.