Aksesori Sistem Tenaga Solar
Entri sebelum ini menerangkan rekaan ringkas sistem tenaga solar. Secara asasnya terdapat beberapa komponen penting seperti panel solar, inverter dan bateri. Inverter yang digunakan adalah rekaan terbaru atau hybrid yang mempunyai fungsi mengawal pengecasan bateri dan tetapan mod utamakan sumber samada bateri, talian bekalan elektrik atau gabungan keduanya. Pada saya mungkin sistem hybrid ini lebih mudah berbanding peralatan lama yang mengasing papan litar pengecasan dan inverter yang turut dilengkapi dengan fungsi ‘monitoring’.
Aksesori Sistem Tenaga Solar : Kos Tersembunyi
Terdapat beberapa kos tersembunyi yang perlu diambil berat. Selain upah pemasangan, mounting aluminium di bumbung serta aksesori terlibat perlu difikirkan juga. Seperti yang kita tahu, sambungan panel solar secara siri atau selari akan meningkatkan voltan atau arus yang akan disalurkan ke inverter. Saiz diameter wayar untuk mengalirkan tenaga elektrik juga akan berubah. Ini kerana saiz AWG wayar yang kecil tidak sesuai untuk mengalirkan arus elektrik yang tinggi. Semakin tebal diameter wayar, semakin mahal harganya. Jarak pemasangan dari panel solar ke hybrid dan bateri juga mempengaruhi saiz wayar.
Aksesori Sistem Tenaga Solar : Mahal
Ya, kos pemasangan sistem ini adalah mahal. Memang tidak dapat dinafikan lagi. Melalui pembacaan anggaran kos pemasangan adalah RM 10,000 – RM 12,000 bagi setiap panel. Jika entri sebelum ini memerlukan 12 panel, maka anggaran kos melebihi RM 120,000. Mungkin kita boleh mencari sendiri senarai harga barangan aksesori sistem solar. Tapi saya galakkan berjumpa dengan konsultan bertauliah. Hehe
Item | Qty | Kos |
Panel Solar 250W | 12 | RM 21,600.00 |
Hybrid Inverter 5kVA / 4000W | 1 | RM 2,500.00 |
Bateri 12V / 200Ah | 4 | RM 6,000.00 |
Aluminium Bar Mount | – | RM |
Wayar 4 AWG | – | RM 2,500.00 / 164 kaki |
Wayar 2 AWG | – | RM 3,500.00 / 250 kaki |
Upah Pasang | – | RM |
Jumlah | RM |
Berikut merupakan senarai harga aksesori sistem ini :
[Product_Table ID=’17073′ name=’Projek Solar’]
Saya pasang lampu LED dikuasakan oleh solar di tempat letak kereta. Bila malam automatik menyala dan siang akan caj.
ya, mmg jimat tenaga..ada yg spesifikasi sehingga 15 jam..mmg cerah la kawasan rumah..