Airstash : Pendrive Wireless

Memori kad penuh dalam situasi tertentu juga menyebabkan kita pening kepala. Apatah lagi gadget seperti Iphone tidak mempunyai slot tambahan untuk meningkatkan ruang storan. Kadang-kala ruang storan ‘cloud’ pula terganggu ketika diluar liputan rangkaian perkhidmatan talian. Jika ada pun, ia akan memakan kos dan menyebabkan quota data semakin mengecil jika fail yang perlu dipindahkan terlalu banyak. Rasa tidak berbaloi pula. Saya pasti mungkin Airstash ialah penyelesaiannya. Secara ringkasnya, Airstash ialah ‘pendrive’ yang dilengkapi dengan Wifi atau ‘pendrive wireless’. Terlupa membawa kabel tidak akan menjadi masalah besar kepada kita. Apatah lagi kebanyakkan telefon pintar mempunyai fungsi Wifi untuk sambungan internet. Idea bijak untuk menampung kekurangan ruang storan pada gadjet.

[media url=”http://www.youtube.com/watch?v=nRltlLp2Ujo” width=”600″ height=”400″]

Cara penggunaannya ‘pendrive wireless’ ini amat mudah. Hanya perlu memasukkan SD card pada slot Airstash dan aktifkan fungsi Wifi untuk pemindahan data,’streaming’ dan bermacam-macam lagi boleh dilakukan. Sambungan Wifi boleh dilindungi dengan kata kunci untuk membuatkan data milik kita selamat dari diceroboh dan disalah gunakan. Ada banyak produk ruang storan yang mempunyai keupayaan seperti Airstash. Salah satunya ialah produk keluaran Kingston, Wi-Drive dan Seagate iaitu GoFlex Satelite yang ruang storannya lebih besar mencecah 500GB dengan harga tidak jauh beza untuk ketiga-tiga produk. Mungkin entri ini boleh memberi senyuman kepada pengguna Iphone untuk menyelesaikan masalah ruang storan.

pendrive wireless

Jebeng Otaiβ„’
better amik goflex tu la..huhu

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 27 Comments

  1. hafidz

    Tiap-tiap hari ada jer gadget yang terbaek…
    Perghhhh~ πŸ˜›

    1. jebengotai

      selalu gak kene mslh mcmni..nak2 kalo install game besar2..mmg x dak space nk letak gambar atau lagu..huhu

  2. zuan

    nice.. new tech.. thanks for sharing.. bynk knowledge ko.. t leh lepak2 sembang tech πŸ˜€

  3. Shasha Mohamed

    Hmmm… airstash!
    Terima kasih kerana sharing yang baik ni. Memang betul masalah storage memang selalu terjadi. Ini salah satu penyelesaian yang baik. Berapa harga dia?

    1. jebengotai

      500 lebih..tp rasanya better goflex tu..

  4. titan

    serius. aku nak satu..kat mana jual haa??

    1. jebengotai

      kat lelong dh ade ketiga2 produk ni..angkat satu aa bro.. πŸ™‚

      1. faizul

        erkkkk……

  5. faizul

    berapa la plak harganya ye? mungkin dalam 4-5 ratus kot?

  6. Eizil

    Owhhh… macam ni pun ada, dah ada jual kat malaysia ke ya bro? macam menarik ni, takderlah meja kerja serabut dengan pelbagai kabel usb kalau macam ni…

    tapi maksudnya, pendrive tu akan ada build in battery aa erk? kalau tak macam mana dia transmit signal tu ya?

    1. jebengotai

      mmg pki bateri..kalo goflex tu leh connect 8 org dan tahan sehingga 8 jam.. πŸ™‚

  7. Nadot

    Gile ah makin canggih bende2 sekarang… ni yg tringin ni…hehe

  8. Cikgu Hairul

    Sekali baca terus terpikat. Azam nak dapatkan satu. Harap2 tak la harganya sampai RM500.

  9. Juan

    wahh, salah satu penyelesaian yang terbaik nih bro

  10. beckhr00y

    bagi yang selalu penuh memori boleh pertimbangkan ni

  11. auc dot com

    huh ada lagi hok baru
    pening nak ikut semua ni heheheh

  12. Hazmin Hamudin

    Macam-macam teknologi sekarang ni… Memang tak larat nak ikut. Kalau harga murah memang laju je sambar ni.

  13. hatiputera

    bermacam-macam gadget baru keluar di pasaran sekarang.

  14. Hafizul

    wahhh tak pernah jumpa lagi menda alah ni..hehe..menarik jugak…

  15. puteri kasih

    puteri memang selalu hadapi masalah storage ni..geram

  16. Adam

    Darah tinggi mulai naik setelah baca post ni.. Gilo la.. haha.. macam2 barang baru ni.. Pening da..

  17. hairulafiz

    wah ada lagi gadjet baru………fening2

  18. akubiomed

    Bagus jugaa ide ini. Ada kemungkinan terlupa bawa kabel tetapi masalah ini boleh diselesaikan dengan membuat kabel jenis non-detach.

    1. Blog Keperawatan

      Bisa menjadi alternatif menambah storage gadget juga rupanya airtash pendrive wireless ini

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.