Persaingan membuat gadget tercanggih seperti telefon pintar memang mengujakan. Banyak promosi dilakukan untuk memperkenalkan produk terbaru oleh pihak pengeluar. Tidak kurang hebatnya peminat tegar gadget tersebut yang bersungguh-sungguh mencari kelemahan gadget pengeluar lain dan kekuatan gadget yang diminati. Berbagai video dihasilkan untuk membuktikan gadget yang diminati mereka adalah yang terhebat. Sebenarnya agak bagus juga dengan review seperti ini. Ia membantu para pengguna membeli gadget pilihan yang bersesuaian dengan keperluan dan budget semasa. Tetapi jarang sekali kita melihat gadget canggih lain seperti jam tangan di’review’ di Youtube atau lain-lain media sosial. Mungkin fungsi jam tangan semakin dilupakan kerana telefon pintar juga mempunyai jam elektronik terbina didalam. Kadang-kala jam tangan seperti Suunto Elementum ini sangat diperlukan didalam keadaan situasi tertentu seperti didalam hutan, padang pasir, lautan dan lain-lain kawasan yang tiada bekalan elektrik untuk mengecas telefon pintar tersebut.
Suunto Elementum : Evolusi Jam Tangan
Ramai pernah dengar dan sedia maklum jenama seperti Casio, Rolex, dan Timex tetapi tidak ramai yang biasa dengan jenama Suunto. Ia merupakan salah satu jenama premium yang sama hebatnya dengan jenama jam tangan lain yang sudah lama bertapak didalam pasaran. Suunto Elementum merupakan produk terbaru Suunto yang menarik perhatian saya. Ia dilengkapi dengan pelbagai fungsi seperti kompas digital, altimeter, barometer , pengumpulan data dan beberapa fungsi yang boleh membantu kita ketika telefon pintar kehabisan bateri atau ketika ‘jungle tracking’ dan sebagainya. Rekaannya sangat ringkas dan ianya mudah digunakan. Saya tidak pasti apakah nasib jam tangan pada masa hadapan. Jika teknologi bateri dapat ditingkatkan kapasiti dan jangka hayat, mungkin jam tangan akan dilupakan terus dan kekal didalam lipatan sejarah. Walaupun begitu, harga yang ditawarkan untuk produk Suunto Elementum ini membuatkan kita berfikir dua tiga kali sebelum membelinya.
kalo buat giveaway hadiah ni cara gak kan..hehe
kalau tuan buat memang wajib masuk….ekekekke
Masuk 10 penyertaan pun saya sanggup….hahahha
saya baru saja beli jam baru jenis pakai bateri yang bukan digital. Tidak ada nombor. Cuma plain kaler warna putih pada permukaannya dan dua jarum jam. simplicty!
oo..mmg simple tu..
tak minat pakai jam.. mungkin sebab pergelangan tangan yang comel dan jam sukar nak tetap kat tangan.
sama mcm baju bro..kene bli design yg sesuai..huhu
As salam,
hehe…ambe baru nak tanya harganya tadi…keh3
ambe mmg minat jam, cuma terbatas kerna kos saje…mmg suka tgk jam2 camni…fuuuuuh!
mmg dsyt harganya kene dgn spec die canggih..huhu
Saya sekarang ini mengunakan jam Casio yang mengunakan tenaga solar.
mmg jimat la..x yah nk tukar bateri..
samalah kita guna jam tanpa bateri
harga berapa wehh
1.5k keatas..huhu
hampir sama harga dgn smartphone..hehe
tak sanggup den..huhu
jam aku pakai skrg ni jarang2 je pakai sbb ada hp, berapa pulak harga jam ni ya
boleh tahan mahalnya..sama mcm telefon pintar..
mmg sesuai utk jungle tracking…. menarik… byk nyer meter2 tu. hiiiii
aah..mmg sesuai utk mereka yg lasak..kalo mcm felix tu die leh set altimeter paras mana nk bukak payung terjun..huhu
siyes tak penah dgr, tp siyes cool gile function dia… wpun tatau n takmo tau exactly hargenye, tp tau, msti mahal gile.. huhuhu
mmg mahal giler..leh tgk jer la…huhu
berapakah harganya?? aku suka jenama suunto nih..
1.5k keatas bro..tp kalo dpt mmg senyum la..hehe
takpelah. kalau nak setakat senyum..aku makan cendol pun aku leh senyum gak. haha..
Setakat gaji eksekutif di Malaysia pon akan fikir lapan belas kali untuk beli jam harga macam ni..
senyum pakai jam mahal dengan senyum makan cendol banyak bezanya bro titan.. haha
smart jam tu..tapi memang tak pernah dengar jenamanya..
rasanya kalo kat oversea lebih murah kot..leh tlg belikan..hehe
ada baiknya aku beli motor dr jam ni ye dok
btul gak tu bro..lgik senang nk pi mana2..
perhhh,jam dah lawa…
tapi jenama tak femes…
wakakaka
kualiti ok kot…
tp memang xmampu la,wakakaka
jenama belum femes ag..tp mmg setanding la dgn rolex atau casio.. 🙂
betul tu tuan….Jenama ni belum femes sangat sebab bukan orang biasa mampu pakai jam ni…hehhehe
rasanya mungkin masih jauh untuk mencapai tahap seperti rolex
sejak ada hp aku tak pakai jam tangan
dah lama dah
Dah mcm jam tangan 007 ni 😀 . Btw kawe tak pakai jam tangan, payah nak komen ehhh…
salam..
saya baru tahu jenama nih
tapi menarik juga ..mula nak
survey kedai jam lepas nih 🙂
Emm baru pertama kali dngr jenama ni..hehe..mahal ke bro???adoii barang berkualiti memamg mahal..
ha ah..sy pun baru dengar brand jam tangan ni..hehe
al-maklumlah..mmg jenis x pakai jam…hehe
dulu masa sekolah je pakai jam..sekarang ni telefon dah diibarat jam…hehe
menarik design jam ni. berapa harganya? penggemar jam tangan sanggup beli walaupun harganya mahal 🙂
Kenal x mana2 supplier jam ni? Berminat la nak juall… Untung mesti banyak nieee.. Best!
Suunto memang terbaik jam dia. Rekaan dia memang canggih lah…
Tapi harga nya memang tak tercapai dek poket ku…
tak kisah apa jenama jam pun.. yang penting bila hujan tak masuk air dan harga pula murah, dah kira ok bagi saya.
jam kat atas tu memang tak masuk senarai ler hee 🙂
tapi kalau dah sememangnya kaki outdoor lasak…pasti meminati jam ini…walaupun mahal
jam sebegini memang den minat
mesti mahal gila jam ni boleh wat masuk hutan…