Tajuk kali ini nampak menarik sekali. Tiada kena mengena dengan pertandingan GP Joran atau mana-mana pasar basah yang menjual ikan bilis ataupun jerung. Tips kali ini sebenarnya bukanlah petua untuk perniagaan online tetapi lebih kepada perkongsian pengalaman ketika ini yang dialami saya sewaktu mengendalikan Butik M7. Pelbagai ragam dan masalah saya hadapi sepanjang 2 bulan saya bergiat aktif menguruskan Butik M7. Ragam pelanggan, masalah stok, tersalah hantar dan bermacam-macam lagi telah saya lalui. Mujurlah pengalaman sebelum ini boleh dijadikan sandaran untuk melalui situasi sebegini. Namun begitu, pengalaman yang ada tidak mencukupi dan berdepan dengan jerung besar memang sesuatu yan tidak saya sangka. Jika tidak silap fakta sains, jerung boleh menghidu setitis darah dilautan dalam lingkungan jarak puluhan batu dari titisan tersebut. Perumpamaan sebegini memang sesuai digunakan kerana peluang menjadi dealer M7 menjadi rebutan ramai peniaga. Potensi produk ini sangat tinggi dengan meningkatnya populariti dutanya serta banyak acara dianjurkan pihak pembekal.

Tips Perniagaan Online : Jerung 1 – 0 Ikan Bilis
Saya akui saya kalah dari segi modal dan wang ringgit untuk membeli stok dan produk untuk dijual. Saya juga menerima keluhan dari rakan-rakan peniaga produk ini ada yang mengatakan salah seorang dutanya telah melabur begitu banyak wang untuk membeli produk tersebut untuk dijual di Kuala Lumpur. Saya tidak pasti ianya khabar angin atau benar-benar berlaku. Walaupun rasa tidak puas hati, tetapi saya tiada hak untuk menghalang mereka kerana secara lumrahnya siapa yang mempunyai modal, dialah yang berjaya.Hakikat yang kejam yang kebiasaannya terjadi. Pembekal pula lebih tertarik dengan jerung besar ini kerana mengeluarkan modal yang banyak. Tiada siapa yang hendak pandang ikan bilis yang tempahannya cukup-cukup sahaja 2k.
Tips Perniagaan Online : Jerung 1 – 1 Ikan Bilis
Geram dan marah apabila memikirkan jerung ini. Setelah berfikir, saya amati situasi saya sebenarnya tidaklah rugi sangat. Saya juga mempunyai kelebihan menjual produk ini melalui online. Kuasa ‘viral’ tidak boleh dipandang rendah. Ianya sangat pantas, bekerja 24 jam dan jika kita manfaat sepenuhnya, mungkin ikan bilis seperti saya dapat mengalahkan sang jerung yang rakus memonopoli perniagaan. Mungkin saya boleh menawarkan harga yang lebih murah dan produk yang dibeli dihantar terus ke rumah tanpa perlu pergi ke Kuala Lumpur semata-mata membeli 2-3 helai t-shirt. Bermacam-macam strategi telah dirangka bersama rakan-rakan untuk menghadapi jerung ini. Apa yang boleh saya nasihatkan ialah jangan gelabah atau panik menghadapi situasi-situasi yang tidak diduga seperti ini. Ianya memberi satu pengalaman baru yang berharga yang boleh digunakan kelak.
Yup… setuju tuh.. jangan takut dgn jerung.
Lagi2 jerung yang gigi tajam tak ingat dunia
nak terkam.. mcm dia jer baguskan.. hik3
pengalaman akan lebih memantopkan bisnes..
harap2 leh bediri setaraf dgn jerung ni nnt..kuasa viral akan menghukum jerung ini..hehe
Blog ni mantap.. senang nak promote M7 tu.. 🙂
Macam-macam dugaan bro. Bukan saja berniaga, dalam apa bidang pun pasti ada dugaannya. Harap bro boleh lawan jerung-jerung tu semua.
mudah2an bro..strategi kene byk dan usaha kene berterusan.. 🙂
Yang penting jangan putus asa, dan sabar biar apapun dugaan yang datang. Anggap itu ujian mematangkan kita.
pedulikan jerung tu.. yang penting kita kena fokus dan teruskan apa yang sudah kita rancangkan..
aku cakap bahasa jerman lah dekat sini untuk kau,
“alon-alon anger kelakon” der
mmg fail la bhasa jerman saya ni..hehe
Sebab itu pengalaman berniaga banyak mengajar macam mana jerung ni berniaga, sebab esok mana tau kita pulak jadi jerung dalam perniagaan pulak, masa tu kena ingat bilis pulak…Insyaallah..
Note:Suka makan ikan bilis goreng jer…
mmg kene bg peluang kat bilis bro..kalo x mcmane diorg nk maju..
dalam berniaga itu sudah jadi lumrah kan bro hehehe.:) kena tau bagaimana nak lemahkan jerung tu baru la kita boleh jadi jerung nanti hehehe
kalo boleh sy x nk jdik jerung macamni..hehe
jadi jerung nanti orang tak suka pula kat kita hehe……
memang banyak dugaan meniaga terutama kalau saingan lebih besar. semoga berjaya
yela..xleh lawan secara berdepan..mmg kalah..hehe
Jerung.. Lewza ingat apa td. Tips berniaga rupanya!
perkongsian pengalaman jer..hehe
jerung besar kalau kena dengan jorannya pasti dapat tangkap juga.. (falsafah apa ku pakai nehh?) 😀
btul tu bro..tp kene kail dan tali yg sesuai la..hehe
Gunakan kelebihan yang ada.. dan maksimumkan sebaik mungkin. 😀
guna 100% potensi internet.. 🙂
itulah perniagaan memang perlu bersaing.
bersaing secara sihat, kreatif dan cekal..hehe
harap dugaan yang bro hadapi tidak melemahkans semangat untuk terus berjuang..
harap2 tidak putus asa 🙂
Sudah menjadi lumrah perniagaan pasti ada persaingan, tetapi jika kita seringkali menganalisa, pasti banyak kelebihan menjadi ikan bilis juga. “Ruangan kecil” yang tidak dapat di capai jerung-jerung ini memberikan kita selaku ikan-ikan bilis untuk meneroka kawasan tersebut dan tanpa kita sedari, “ruangan kecil” ini adalah lubuk yang dicari para penggiat perniagaan.
dari segi risiko jerung besar agak lambat pulih jika perniagaan tidak berjalan lancar..berbanding ikan bilis..:)
Nampaknya jurus kreativiti harus dikeluarkan dan sealiran ikut perkembangan semasa. Dalam apa jua perniagaan, risiko, modal dan masa adalah musuh utama, baik off atau on line (selain jerung dan ikan paus) Cuma jika distrategi, planning dengan efisyen serta menggunakan ilmu (kepakaran yg ada), sudah pasti dapat mengatasi sesuatu masalah dengan berhemah dan relevan.
Orang puteh ada kata, too be better in business and whatever you do, is to stand in front of your competitor , not walking behind his shadows. When they want to create war, make sure you’re ready with the battle plans… Harap membantu…
ada benarnya juga pepatah inggeris tu..sy perlu pelan selangkah kedepan dari competitor sy..tq bro.. 🙂
online memberi peluang kepada semua org supaya dapat menjual dengan lebih adil
btul tu bro..seo mmg memainkan peranan..
perniagaan online still bergantung kpd usaha kta utk mencari pelanggan dgn apa cara sekali pn. teruskan usaha
btul tu..perlu taktik yg berbeza..hehe
xpe..makin lama kelak,makin hebat la jebeng menangani masalah2 mcm ni. Pengalaman akan mendewasakan jebeng..:)
btul2..mkin tinggi cbran..mkintinggi experience kita..
jadikan dugaan tu sebagai cabaran..semoga JO terus berjaya nanti 🙂
cabaran pling besar setakat ni.. 🙂
Memang biasanya yang bermodal besar akan bisa lebih banyak menrik konsumen daripada yang bermodalkan cukup saja
Tetapi dengan pengalaman dan membuat sesuatu yang “unik” dalam perniagaan tentunya juga akan menarik komsumen tersendiri
btul..xboleh berlawan secara terus..kene lawan secara halus.. 🙂
Hlus lain macam jer bro… jangan lebih kearah jurus2 sudah ler.. bahaya untuk masa depan heee…
hehe..xla..mksd sy cara yg die x sangka..hehe
Dalam berniaga ada naik dan turun,tapi yang paling penting kita tak mudah berputus asa
apa2 pun mmg x leh putus asa..
masing2 ada kelebihan, bro
kuasa internet juga boleh digunakan sepenuhnya
kene guna 100%..baru tahu kuasa sbnarnya..hehe
hmmm sesuatu yg menarik dikongsikan 🙂
mungkin leh jdik panduan utk peniaga2 baru.. 🙂
betul tu bro..jangan panik dan slow rangka strategi..kerja 24 pun badan kena rehat juga bro..hehe..kan bilis yang kecil tu akan tinggal kerangka sahaja..semoga perniagaan bro sentiasa maju dan mendapat perhatian umum…
cuba yg terbaik utk memberi servis yg tip top.. 🙂
jangan mengalah… teruskan usaha.. kena mantapkan lagi strategi untuk kalahkan ikan jerung tue… apa yang penting..kerjasama..hehe
mmg kerjasama yg penting..ikan bilis yg bekerjasama.. 🙂
Selain blog facebook merupakan tempat yg juga berkuasa dlm buat sale….bro leh tanya bebudak fanpage yg beso2 tu utk buat iklan kt page derang…
idea yg menarik tu bro..leh cuba 🙂
Tak apa bermula dari bawah dengan modal yang kecil secara langsung risiko juga kecil berbanding bermodal besar tetapi pengalaman kosong boleh memerangkap diri.
mmg takut gak pada awalnya..lama2 dh ada experience leh tau gameplay camne.. 🙂
strategi paling penting. leveragekan source yg ada utk serve more people
sy guna strategi tersebut..ada advantage kat online.. 🙂
Lumrah berniaga bro. Bila org nampak peluang memang diorang akan rembat. Terpulang kepada kreativiti & usaha kita utk bersaing.
perjuangan kene diteruskan.. 🙂
perniagaan mmg byk persaingan..semoga persaingan yg berlaku ialah sihat…
btul tu ciktom..utk mencari rezeki yg halal.. 🙂
hoho..sape jerung tu wehh?
rahsia bro..bhya2.. 🙂
Pernah kawe buat bisness dulu… Ianya pertama di tempat kawe.. Kawe ler perkenalkan he he.. Harga kawe offer RM 5 satu. Ikut kos dan sebagainya. Sekali jerung masuk market, dia kasi turun kan harga jadi RM 1.50 mahu kasi kita mampus dulu… Hmmm…
owh..ni bukan jerung yg turun harga..ikan bilis yg turun harga bio pdan muka jerung..hehe
tidak apa bro, perniagaan memang begitu. Sekejap ada. Sekejap tidak ada. Depends dengan market juga. Syarikat-syarikat besar juga tidak lari dari situasi ni.
btul gak tu bro..sy pon baru sedar..smkin besar syarikat..semakin besar risikonya..
semoga bro berjaya menghadapi dugaan…org kata rezeki berniaga ni banyak cuma kena rajin berusaha dan doa…….amin