Baru sahaja Pak Abu berjaya menyelesaikan masalahnya untuk memendekkan tempoh dan menjimatkan faedah pinjaman yang dikenakan keatasnya, Pak Abu telah dihubungi semula oleh Lelaki Kacak itu. Lelaki Kacak itu menawarkan untuk memendekkan lagi tempoh 14 tahun pinjamannya. Tanpa berlengah-lengah lagi, Pak Abu terus berjumpa dengan Lelaki Kacak itu dan berminat untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut. Lelaki kacak itu mencadangkan Pak abu untuk menggunakan Akaun Kedua KWSP miliknya dan terus Lelaki Kacak itu mengeluarkan pen dan kertas.
Akaun Kedua Pak Abu
= RM 20,000
Caruman Bulanan ke Akaun Kedua
= 30% x RM 400
= RM 120
Penjadualan Semula Bayaran Tanpa KWSP
= PMT(6.6/100/12,14*12,109650)
= RM 1,001.68 selama 14 tahun
Penjadualan Semula Dengan KWSP
= PMT(6.6/100/12,10*12,89650)
= RM 1022.52 selama 10 tahun
Pak Abu boleh memohon KWSP untuk menggunakan caruman Akaun Keduanya ( RM 120 ) pada tiap-tiap bulan untuk membayar pinjaman beli rumahnya.
Jumlah bayaran bulanan Pak Abu
= RM 1022.52 + RM 120
= RM 1142.52
Jika Pak Abu ingin membayar RM 1204.49 termasuk duit dari Akaun Keduanya, baki tempoh bayaran pembiayaan Pak Abu hanya tinggal 8 tahun pembayaran sahaja. Penjimatan faedah yang Pak Abu dapat ialah :
= RM 224,169 – RM 115,631.04
= RM 108,537.96
Sebab itu Pak Abu sangat gembira. 🙂
pak abu sangat berfikir panjang…
pak abu bab duit ni mmg berkira skit..hehe
Pak Abu membuat keputusan bijak.
lepas dh abis byr leh simpan duit pi haji lak @ lunaskan hutang2 yg len.. 🙂
semakin pendek tempoh yg tinggal..terbaik la pak abu
yela..interest byk sgt..huhu
bijak pak abu ni yer 🙂
terjangkit dgn lelaki kacak yg bijak tu.. 🙂
gembiranya pak abu ye..
gembira loan umah cpat abis..hehe
Tapi pelik juga ya orang boleh buat pinjaman pelaburan dan bayar setiap bulan,tapi tak mampu buat begitu secara tunai.
owh..sbb kalo simpan bulan..kite start modal kecik..modal kecik x dividen..dpt la utg kecik..
kalo modal besar x dividen..untung besar..hehe