Banyak perkara berlaku pada awal tahun ini. Permohonan pinjaman Tekun untuk memulakan perniagaan telah siap diproses. Pegawai Tekun telah datang ke rumah saya untuk melihat stok barang yang hendak saya jual. Sejak akhir-akhir ini saya agak terlewat untuk update entri terbaru untuk laman sesawang saya. Bukan mudah untuk memulakan perniagaan ini. Akaun semasa, resit, logo syarikat, invoice dan macam-macam lagi perlu dibuat supaya mudah menjalankan urusan perniagaan. Dalam beberapa hari ini juga saya perlu siapkan kesemuanya sambil perlu menjual baju, mengambil tempahan dan mengemaskini buku kira-kira syarikat. Rasanya seperti setahun lamanya menjalankan perniagaan ini. Tidak mengapalah saya perlu berkorban sedikit masa untuk menyediakan tapak asas yang kukuh sebelum boleh pergi jauh kehadapan.
Selain dari sibuk menguruskan ‘perniagaan’, salah satu laman sesawang rakan saya LangkawiHomestay.Net mengalami masalah. Masalah yang bukan disebabkan oleh ‘hacker’ tetapi disebabkan oleh ‘database’ wordpress. Saya tidak pasti adakah ianya disebabkan ‘bug’ atau plugin yang bermasalah. Saya pun turut mengalami masalah ‘error 500’ dan menambah lagi kepayahan untuk permulaan tahun baru ini.
Berbalik kepada masalah rakan, LangkawiHomestay.Net saya dapati kita sebagai Admin tidak boleh login dan masuk kedalam Dashboard. Berkali-kali ‘reset’ di ‘database’ dan masalah ini tidak dapat diselesaikan walaupun dengan menamakan semula ‘folder’ plugin. Walau bagaimanapun, laman sesawang beliau masih boleh di layari cuma kita tidak boleh memasuki ruangan Admin untuk membenarkan komen-komen yang ditangguh, update entri dan sebagainya. Akhirnya penyelesaiannya agak mudah. Tidak perlu ‘install’ semula fail WordPress baru ataupun ‘database’ baru.
- Login phpMyAdmin
- Kenalpasti ‘id’ kita di ‘table’ wp_user
- Salin kod ini.
a:1:{s:13:"administrator";b:1;}
- ‘Browse’ wp_usermeta > cari wp_capabilities > pilih ‘id’ yang sama dengan ‘id’ kita.
- Tampal di ruangan ‘meta_value’
Ini untuk wordpress jerlah ehhh brother..
lama juga tidak jenguk ke Langkawihomestay..
tunggulah nak cuti kesana aku call dia..
Tak pernah ada masalah ni,kalau kena mau pening gak nak settle tu.Boleh dijadikan rujukan nanti π
moga bisnes bro terus maju ke hadapan…..
ko suruh bayar pun, aku tak nak bayar. haha..
Mintak belanja cendol 4 mangkuk…hehe
tak pernah hadapi masalah begini lagi..
ok terima
aku suka tips2 yang tak kena bayar macam ni
haha
JO memang bagus orangnya bagi tips macam ni…
boleh take note ni
ooo kekadang ada terjumpa error macam ni..
Cantik. Ni kalau ambe kena, senanglah nak selesaikannya
Moga bro terus berjya dalam blogging dan perniagaan ni. Moga pinjaman Tekun jugak lulus dgn jayanya =)
p.s. bro JO, mintak emelkan alamat boleh?ambe nak hantar hadiah kecil utk bro JO (bro jadi top 5 komentator kat blog ambe)
Terima kasih tuan JO.
Makin maju bisnes bro.
wahh tips berguna ni..hehe..semoga permulaan tahun 2013 awalnya sukar dan akhirnya senang..aminnn..selamat maju jaya dalam dunia perniagaan..aminnn
ooo..boleh jadi jugak ye cenggitu… kena bookmark ni in case terjadi la pulak… nauzubillah la tapi π
Blog ni pun kdg2 aku xleh masuk sbb dia kata IP kena block. =|
Biasa aku buat patch je user file kat DB π
bagus tips ni. mana tau tetiba jadi kat blog aku
Apa sbnrnye penyebab jd gitu ek…
aduhai..lambat sy bc entry ini. masalah blog sy pun lebih kurang begini juga cuma sy boleh login tetapi x boleh akses apa yg admin boleh akses.
penyelesaian sy install semula wordpress n reupload post n page..huhu sgt2 leceh..
Alhamdulillah saya belum pernah menghadapi masalah sepeti ini. trims atas sharenya, izin bookmark π