Bagaimana agaknya jika kita tinggal berseorangan didalam sebuah bandar besar seperti didalam cerita I Am Legend. Mungkin tinggal berseorangan tidak menjadi masalah tetapi masalah terbesarnya pasti adalah dengan ancaman ‘zombie’ ataupun manusia yang telah dijangkiti virus yang mengawal sistem badan dan mengubah sifat kemanusiaan pada mangsa jangkitan. Secara semulajadinya, ada sesetengah makhluk seperti cacing pita dan sebagainya mampu mengawal sistem otak mangsa yang dijangkiti supaya perumah atau haiwan dijangkiti dimakan oleh pemangsa lain. Ia berbuat begitu kerana, ia perlu membiak didalam perut pemangsa dan disebarkan semula melalui najis dan kitaran ini berulang untuk kelangsungan hidup spesis mereka.
Saya sudah menonton I Am Legend beberapa kali dan jalan penceritaannya agak menarik. Watak utama bersungguh-sungguh untuk mencari penawar kepada jangkitan yang mengakibatkan manusia dibandar itu menjadi zombie. Berbagai dugaan dilalui sehinggalah watak utama kehilangan anjing kesayangannya kerana diserang oleh ‘zombie’. Saat menyedihkan walaupun interaksi antara manusia dan haiwan. Sehingga akhirnya beliau terbunuh untuk menyelamatkan dua orang manusia yang sihat dalam perjalanan mereka ke utara dimana kawasan tersebut terselamat dari serangan virus tersebut. Tetapi saya terlihat cerita yang sama tetapi ‘ending’ berlainan untuk cerita I Am Legend ini. Saya rasakan ianya taktik atau strategi mereka untuk mempelbagaikan pengakhiran cerita.
ada ke macam tu, bro
yang ori lain dan yang cetak rompak pula lain
kalau macam tu, kedua2nya ori la
aah…dvd extended..ade pilihan ending.. 🙂
Saya tengok wayang cerita ni. Ada I am legend 2 dengar nya. Tak tau betul atau tak.
kalau betul ada mesti kena tengok ni
Rugi juga tengok wayang rupanya xleh tengok altenatif ending. hurm
will smith cakap tak kan hero tak survive hehe, nanti tak boleh buat I Am Legend no.2
tak suke tengok cerite berkenaan zombie..make mmg tak tengok le cerite ni..hehe
Tak salah filem ini watak hero dilakonkan oleh Will Smith.
Tak nak aku hidup macam dlm cerita ni,… SUNYI tu bro,..
Honestly aku memang suka giler cerita I AM LEGEND
kehilangan binatang belaan yg di sayangi + hidup
keseorangan teringatkan keluarga yang terbunuh…
Arghhhh.. memang pahit…
apsal zombie juga jadi pilihan? haha..
tak pernah tengok lagi.
secara jujur..tak suka tengok cerita gini.. minat katon je..haha
rasanya den pun pernah gak tengok citer nih…:)
memang best citer i am legend tu.
Kawe pon suka citer ni. Cuma permulaan 15 minit pertama boring sikit sbb clueless tanpa dialog dsb. Lama-lama jadi best dan Will Smith mmg hidupkan watak dgn baik. Alternate ending tu esok ler kawe tgk. Dah malam ni, malas sikit nak layan video… 😀
kalau download ada tak alternative ending tu?
tak pernah tengok lagi i am legend ni