Seksyen 114A : Bantah atau sokong?

Serba salah saya ingin menulis berkaitan Seksyen 114 A. Perasaan berbelah bahagi samada mahu menyokong ataupun membantah pindaan terbaru Akta Keterangan 1950 ini. Rata-rata ramai dikalangan rakan-rakan Link Exchange JebengOtai membantah, tetapi yang menyokong pindaan ini mungkin tidak ramai dan boleh dikira dengan jari. Ramai juga yang menggelarkannya Blackout Internet gara-gara pindaan ini dikatakan akan menyekat hak kebebasan bersuara, mengancam prinsip asas keadilan, demokrasi dan hak asasi manusia. Ia bagaikan penamat bagi dunia tanpa batasan ini.

Seksyen 114A : Saya sokong

Puas juga saya berfikir tentang pro dan kontranya. Tidak dapat dinafikan pindaan ini mampu mengawal dan membentuk etika tinggi pengguna internet di Malaysia. Sebagai contoh ramai yang mengutarakan kritikan dan mungkin hasutan tanpa menggunakan profil sebenar. Jika ianya benar-benar berlaku mengapa tidak disertakan bukti kukuh yang boleh mensabitkan kesalahan individu tertentu. Mereka ini selalunya berselindung disebalik hak kebebasan bersuara. Atas sebab itulah propaganda yang tidak benar, fitnah dan sebagainya ini haruslah dikawal. Saya tidak dapat bayangkan apakah akan terjadi jika khabar angin atau hasutan yang disebarkan ini menimbulkan panik orang lain. Dalam ruang skop yang menyeluruh, situasi ini amat merbahaya dan boleh mengancam keamanan negara.

Seksyen 114A : Saya bantah

Ruangan siber pastinya tidak seceria dahulu. Bayangkan rakan-rakan blogger tidak boleh lagi menulis dan memberi komen berkenaan dengan isu-isu semasa yang mungkin ada yang benar dan ada yang tidak. Mereka semuanya akan berhati-hati menulis, takut-takut akan dikenakan tindakan dibawah akta ini. Berkemungkinan besar mereka yang menggunakan internet akan sedikit berkurangan berbanding dahulu dan mungkin merencatkan aktiviti perniagaan online kerana kurangnya pengguna.

Selain itu juga, mangsa yang akaun sosialnya yang telah digodam akan dipertanggungjawab jika akaun tersebut digunakan untuk menyebarkan hasutan dan perkara lain. Begitu juga dengan pengusaha kopitiam yang menyediakan kemudahan wifi akan dipersalahkan kerana turut terlibat menyebarkannya. Infografik ini menunjukkan bagaimana mangsa akan dipersalahkan akibat perbuatan orang lain dimana pelaksanaan pindaan baru ini boleh mengakibatkan pihak yang tidak terlibat menjadi mangsa. Pindaan ini juga bercanggah dengan prinsip asas keadilan yang menyatakan seseorang tidak bersalah selagi kesalahannya tidak dibuktikan.

seksyen 114a

Seksyen 114A : Bantah atau Sokong?

Sehingga kini saya tidak dapat memberi keputusan samada perlu bantah atau sokong pindaan Seksyen 114A ini. Tetapi apa yang saya harapkan adalah penambahbaikan pindaan ini. Penggunaan MAC Address atau ‘physical address’ boleh membantu menjejaki mereka yang menyebarkan hasutan di kopitiam dan penyedia Wifi percuma. Kes ini pernah berlaku di US apabila seorang hacker telah dikesan menggunakan MAC Address dirumahnya. Mungkin kopitiam tersebut boleh merekodkan laptop yang pelanggan ingin gunakan untuk menjejak mereka jika mereka melakukan kesalahan. Bagi individu yang akaun sosialnya digodam mungkin boleh melaporkannya pada SKMM untuk mengelakkan disabitkan kesalahan yang tidak pernah kita buat. Ini hanyalah idea dan pendapat umum saya sahaja. Bagi saya tiada kebebasan hakiki di dunia ini walaupun diruangan siber.

Jebeng Otai™
hati2..tkut kita digunakan org len utk aktiviti jahat mereka..

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 38 Comments

  1. Bro Zulkbo

    salam..
    saya dan rakan-rakan semua bangsa
    di tepat kerja ada berbincang perkara
    ini..yang heran semua bantah..komen
    mereka akta ni di luluskan gelojoh..
    heran juga MP, main angkat tangan je
    sokong ke bodek..!!??

    1. jebengotai

      mungkin niat mereka utk menghalang penyebaran ‘hasutan’ yang boleh mengancam keselmatan..

      cum aperlu penambahbaikkan bagaimana nak menjejak dan mencari mereka yang betul2 buat salah..

  2. Din

    sy pun mmg bantah 100% benda ni..
    mmg tak patut untuk kita yg gemar bersuara ni..
    terutamanya blogger…

    1. jebengotai

      bersuara yg benar x per bro..kalo bersuara yg x benar mcmane pula?.. 🙂

  3. akubiomed

    Saya tidak dapat akses pengubalan akta ini. Kebimbangan akaun digodam boleh berlaku kepada ahli politik. Jadi siapa sahaja mempunyai akaun maya bimbang identit mereka disalah guna untuk bertujuan jahat.

    1. jebengotai

      kene tingkatkan keselamatan..berhati2 juga bila nk login akaun di komputer lain..tkut disalah gunakan…kita ade pilihan utk elak digodam..kalo pasword tu jgn la letak 12345..huhu

  4. Blog Asyraf

    Akta yg pelik..hurmm..

  5. Blog Asyraf

    Langsung tak setuju..

  6. Cikgu Hairul

    Saya khuatir akta ini tidak mampu dilaksanakan dengan adil. Akta ini tak ada yang cacatnya. Setiap kesalahan mesti dibuktikan. Kalau kita tertangkap, masih ada ruang untuk membuktikan kita tidak bersalah. Bukan macam isa. Andai kata blog PM kita kena ceroboh dan memaparkan artikel menghina raja, adakah pihak berkuasa akan menyiasat? Dan cuba pulak kita blogger biasa ni, kalau akaun twitter kita digodam dan memaparkan teguran isteri pm tak tutup aurat, saya percaya skmm tak sampai 15minit akan mengerahkan fru, askar wataniah, pdrm dan jpa mengesan di mana kita lalu terus didakwa. Itu yang menjadi perdebatan umum sekarang. Apa pun akta ini jika dilaksanakan akan menjadi satu lagi senjata menewaskan musuh terutama dalam dunia politik. Sesama blogger juga mungkin. Caranya dengan meletakkan komen-komen hina, caci, persenda agama dalam blog seteru. Sudah pasti empunya blog akan dikenakan tindakan.

    1. jebengotai

      mungkin yg dikatakan ‘hasutan’ tu ade peringkatnya..kalo bab pki tudung tu mungkin leh dikatakan tgjwb sesama muslim..

      tp isu hasutan yg boleh mengancam keselamatan negara cam institusi raja,agama, bangsa dan lain-lain leh meningkatkan kebencian..

      utk mengodam akaun sosial mcm twitter dan fb bukannya mudah..sy akui ianya tidak mustahil jika kita menggunakan laptop pm tu sendiri..huhu..berkenaan komen tu kita ade kuasa utk mmbuangnya..jgnlah orang dah komen yg bukan2 kita biarkan shja..kita yg menapisnya..

  7. puteri kasih

    puteri tak setuju, sebab dah banyak kes godam sekarang. tak pasal-pasal..kita plak yang terkena nanti

    1. jebengotai

      langkah2 keselamatan tu tnggjwb kita juga sebenarnya..

      1. hatiputera

        Tidak semua webmaster begitu ariff dengan langkah-langkah keselamatan terhadap web.

        1. jebengotai

          btul..tp tips keselamatan paling asas ialah pemilihan password..kombinasi alphanumeric..huruf kecil dan besar serta simbol boleh halang masalah seperti ini.. 🙂

          1. hatiputera

            password yang baik sekurang-kurangnya mengandungi 16 aksara.betul tak?

  8. Denaihati

    mudahan mendapat keputusan yg positif bila dibentangkan di kabinet akan datang

  9. hatiputera

    memang patut dikaji semula.

      1. hatiputera

        kalau boleh kurangkan lagi keburukannya dan banyakkan kebaikan.

  10. zuan

    ic, ini rupanya sebab nak blackout internet tu.. hmm harap keputusan yang lebih baik..

    1. jebengotai

      harap2 la..untuk memantau anonymous dari menyebarkan perkara yg tidak sepatutnya..

  11. anif

    Perlu penambahbaikan. Perhalusi lebih mendalam. Apa pun undang-undang ciptaan manusia ni tetap tidak akan sempurna.

    1. jebengotai

      btul bro..kita terpaksa memilih yg lebih sedikit kesan buruknya daripada yg terlalu byk..

  12. Ibu Mifzal Arsyad™

    sy pun sama..rs nak sokong tp dlm ms yg sama nak bantah juga..perlu ada kot tp terms dia perlu dikaji semula..maksudnya owner blog n etc perlu keadilan juga. better wat sapa yg tulis komen or entry yg x benar n menghasut..dia la yg tanggung…

    1. jebengotai

      utk komen tu mmg kuasa kita nk approve atau tidak..jika kita tau dan approve..mknya kita membenarkan shja perkara ‘hasutan’ tu disebarkan..

  13. titan

    ada baik dan buruk. tapi percayalah, ianya lebih ke arah yang tidak adil.

    1. jebengotai

      mungkin juga jika akaun @ komputer kita dihack..kene kaji lebih mendalam..sbb kes hack ni bkn selalunya terjadi..

    2. miss yaty

      sy setuju..mcm tak patot je buat akta cm ni..berisiko..

  14. Nurmisnan

    Apa yg kau u Trajan tuh pd kau ada betel ya
    Mayb ink permainan org2 yg tidal bertanggungjawab
    Utk menakutkan penguins internet. Tapi kita mngharapkan
    Agar tiara perkara Buruk berlaku kepada kita..

    1. jebengotai

      selagi x buat salah kenapa perlu takut.. 🙂

  15. yas

    Gomen perlu perjelaskan hal ini dgn lebih mendalam supaya tidak ramai yg meneka sendiri….ttp klau pm pun dh suh kaji semula…mungkin apa yg dianggap org ramai adalah benar.

    1. jebengotai

      mungkin juga..utk elakkan dri org yg x besalah dihukum..

  16. gamep01nt

    bende ni cam tak patut sungguh. diorg nak kaver kasi kisah2 menteri tak keluar blog2 lettew..

  17. dennis

    mesti ada agenda tersendiri kat dlm 114a nie

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.