drift

Hantu Drift : Drift Kereta

Sukan drift semakin lama semakin mendapat sambutan dikalangan masyarakat terutamanya golongan muda di negara kita. Tokoh-tokoh sukan drift di Malaysia tidak ramai dan boleh dibilang menggunakan jari sahaja. Walaupun tidak ramai, tokoh seperti Tengku Djan Ley sangat disegani dan dikenali didalam sukan permotoran ini. Beliau pernah memenangi beberapa pertandingan drift yang dianjurkan di Malaysia dan di luar negara. Beliau juga merupakan duta M7 disamping pelakon terkenal seperti Aaron Aziz dan Zizan Raja Lawak. Saya berasa kagum bagaimana beliau boleh mengawal kereta yang dipandunya ketika melalui selekoh tajam tanpa perlu memperlahankan keretanya. Kepakarannya bukan boleh dapat dalam masa yang singkat. Saya percaya usaha gigihnya beberapa tahun dulu membuahkan hasil hingga ke hari ini.

drift

Saya juga meminati Ken Block yang juga pakar dalam pemanduan kereta. Kebanyakkan aksi ngerinya memang memukau sesiapa yang melihat beliau beraksi di Youtube. Namun begitu ada yang mendakwa Ken Block ini bukanlah atlit drift sejati. Saya pun tidak pasti mengapa mereka berkata begitu tetapi hujah yang diberikan adalah Ken Block memandu kereta 4WD walaupun beliau selalu melakukan aksi drift. Mungkin ada benarnya juga. Apa-pun entri ini merupakan siri ‘hantu drift’ yang akan saya tulis dalam beberapa bahagian mengikut jenis-jenis drift dan tokoh-tokoh sukannya. Sejak dua menjak ini, trend ‘gymkhana’ menjadi pilihan kebanyakkan pemandu professional untuk mempamerkan aksi hebat mereka. Saya tidak pasti bagaimana kesukaran untuk mendapatkan lesen profesional seperti Ken Block dan pemandu yang lain. Tahap kesukaran lesen ini pastinya mencabar dan sukar untuk lulus dengan cemerlang.

Jebeng Otai™

114 thoughts on “Hantu Drift : Drift Kereta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge