Entri sebelum ini menyenaraikan 5 plugin anti-spam terbaik WordPress. Saya meminta maaf kerana terpaksa mengeluarkan satu daripada senarai plugin itu, Bad Behavior kerana ada maklumbalas negatif daripada pengguna WordPress yang lain kerana ada beberapa masalah berkenaan dengan tetapan Cloudflare dan plugin ini menghalang bot yang baik. Rekomendasi saya untuk mengelakkan masalah besar berlaku ialah penggunaan ZigTrap dan Akismet sudah memadai. Dengan bantuan Cloudflare sebahagian serangan spam, bot dan lain-lain anasir jahar untuk menjahanamkan blog dan laman sesawang kita. Sudah dua hari kotak spam saya dipenuhi dengan hanya 2 komen spam sahaja. Mungkin ianya dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab secara manual. Misi saya untuk 0% spam hampir berjaya, tetapi saya masih tidak boleh menarik nafas lega. Sejak beberapa hari ini saya hilang fokus untuk menulis kerana menguruskan dan menjalankan 5s terhadap laman sesawang saya. Jika menjadikan blog sebagai syarikat, ia boleh diuruskan dengan baik dengan masing-masing menjalankan tugas sendiri.

Serangan TimThumb
Sejak beberapa hari ini saya mendapati banyak ‘error 404’ muncul pada log plugin Better Security. Hairan juga mengapa ‘timthumb’ ini mahu diakses. Melalui beberapa artikel yang saya baca, serangan ini adalah yang terbaru untuk pengguna WordPress. TimThumb ini adalah skrip yang digunakan WordPress untuk mengubah saiz atau ‘resize’ gambar yang kita muat naik untuk diletakkan didalam entri. Bagi mereka yang menggunakan ‘oudated TwentyEleven’, mereka mudah terdedah dengan serangan ini. Terdapat beberapa plugin galeri yang juga dikatakan mengundang masalah diserang hacker. Beberapa tips boleh didapati di SpiderLabs.
ingtkan mysql jer, ade banyak ag jenis hack..huhuu
Hackers ni mmg sentiasa kedepan dalam hal2 nak merosakkan blog org…huhuhu
Serangan timthumb ni sudah lama sebenarnya, awal tahun 2012 adalah antara waktu ramai blog malaysia terkena serangan timthumb sebab menggunakan versi yang dah outdated.
Ada beberapa teknik lain yang kita boleh gunakan untuk menggantikan timthumb dalam operasi theme blog kita.
terbaik la bro..log sy dah byk rekod org ‘serang’ timthumb ni..risau2,huhu
huh bahaya yek
kena ambik jugak bende gini…
utk keselamatan blog..
Adehhh banyaknya serangan… Kawe pakai ilmu pendinding aje lah π Thanks 4 the tips biarpun kawe fening2 nak paham π
sama2 pening juga..hehe
la macam-macam serangan rupanya…timthumb plak..pening pening
sama mcm ragam manusia juga..ade macam2..
banyak juga masalah yg timbul yek
yela..pantang lepa..hehe
saya pengguna blogspot ak tau ler apa risikonya…huhu
mungkin itu kelebihan blogspot.. π
banyak yang kena belajar ni..
sama la bro..byk yg perlu dipelajari..
Hmmm..banyak rupa nyer benda2 berkenaan blog yang den tak tau..huhu
rasany ade byk ag yg sy pon x tahu..huhu
Dapat ilmu lagi di sini sahabat..
Lama tidak bersilaturahmi di sini
sudah lama tidak jumpa.. π
sy rs blog sy pun terkena serangan ni timthumb ni…mmg byk sgt sampai beribu page not found…huhu..msh tercari2 jalan penyelesaiannya..
btul tu byk error 404..rasanya leh bagi kesan negatif jugak kat blog..
aku dah tak kena dah menda nih. haha..
uih..dh x kene ker?
apa yang penting memang kena update bila ada versi untuk sesuatu plugin mahupun theme.
yup..jgn lambat2..
best nye 2 je spam.. Sy slalu smpi 100 lebey.. Ishkk..
Tetap x paham timthumb tu ape.. Hoho
timthumb tu ialah skrip yg digunakan untk resize gambar..kdg2 nk guna utk thumbnail dll.. π
Timthumb tu memang penyakit laaa. Kalau lambat update memang akan kena.
btul2..kalo ade tema yg x guna better remove..huhu
ciktom guna twentyeleven..erk br je update version 2,3 hari lepas…
pergh..nasib baik..huhu
bagi JO tyahu jugak kat mana nk chekc kan..bag sy langsung tak tau..so, nak cegah entah mcm mana ler..harap pondok kecil terlepas semua dugaan ni..hehe
Apa yg depa dapat klau hack laman kita…tak paham la depa nih…..
Selalu menerima percubaan serangan untuk break login dan password. Selain inject code ke CSS.
Rupanya hebat juga serangan timthumb ni. Lepas ni harus hati2 dan cuba berblog dgn hati yg tenang he..he..he..w/pun sebenarnya risau la..la…la..
kena hati-hati juga saya lepas ni.