Harga Minyak Bulan Mac 2017

  • Post category:Semasa
  • Post comments:4 Comments

Sudah menjadi rutin rakyat Malaysia amnya menantikan harga minyak samada turun atau naik akibat kenaikkan harga pasaran semasa. Begitu juga beberapa penulisan yang menural di media sosial tanpa asas kalkulus yang kukuh dan lebih malang lagi mengada-adakan cerita. Seperti sedia maklum, kita telah pun menggunakan sistem apungan APM untuk menentukan harga terkini bahan bakar tersebut.

Harga Minyak Bulan Mac 2017 : Naik atau Turun

Beberapa analisa menjangkakan ianya akan kekal. Formula yang digunakan untuk mengira harga minyak ini termasuk alpha, kos operasi, margin syarikat minyak dan margin pengedar dan ianya kekal pada RM 0.32. Manakala MOPS pula berubah-ubah dan itulah penentu pergerakkan harga minyak semasa. Ramai juga tersilap dengan menggunakan harga minyak mentah untuk menjadi pengukur tanda aras harga minyak. Dari segi logiknya, kita perlu memproses minyak mentah tersebut sebelum boleh digunakan.

Jumlah kos tetap = Alpha (5 sen) + Kos Operasi (9.54 sen) + Margin Keuntungan Syarikat Minyak (5 sen) + Margin Keuntungan Pengusaha Stesen Minyak (12.19 sen) = 31.73 sen setiap liter = 32 sen (selepas dibundarkan).

Harga MOPS95 pada 31 Oktober 2016 = $62.028 setiap tong dan kadar tukaran USD-MYR = 4.1960.

Pertama kita perlu menukar harga MOPS95 daripada USD/tong kepada Ringgit/liter; 1 tong minyak = 158.99 liter.

MOPS95 setiap liter = 62.028/158.99 = $0.39

Kemudian kita menukar MOPS95 seliter dalam USD kepada Ringgit Malaysia = 0.39 * 4.1960 = RM1.64 (dibundarkan).

Akhirnya kita tambahkan kos tetap 32 sen yang ditetapkan kerajaan untuk mendapatkan harga akhir RON95 pada 31 Oktober 2016:

RON95 seliter = RM1.64 + RM0.32 = RM1.96 Syahir

Harga Minyak Bulan Mac 2017 : Rujukan

Untuk medapatkan harga MOPS ini perlu melanggan di laman rasmi Platts.com. Tetapi beberapa rakan di media social seperti saudara Syahir akan selalu mengulas harga minyak bagi setiap hujung bulan. Formula yang digunakan boleh dikatakan agak tepat dan boleh dijadikan rujukan. Usaha beliau, sedikit sebanyak memberi gambaran dan pencerahan untuk memberitahu masyarakat umum berkenaan dengan mekanisma penentuan harga minyak dari bulan ke bulan.

Harga Minyak Bulan Mac 2017 : Cakna

Jujurnya, peningkatan kos minyak ini memberi kesan yang agak besar bagi mereka berpendapatan sederhana dan rendah. Lebih-lebih lagi mereka yang berkeluarga dan bahan-bahan makanan mungkin sedikit terpengaruh dengan kenaikkan melampau para peniaga. Pengenalan BR1M juga bertujuan untuk menampung kenaikkan ini, ianya bukan pengganti kepada perbelanjaan bulanan kita. Seperti sebelum ini, subsidi ini ditumpukan kepada mereka yang memerlukan. Berbanding subsidi pukal yang sebenarnya tidak adil untuk golongan berpendapatan sederhana dan rendah ini.Dan apa yang penting sebenarnya adalah kita sendiri perlu cakna dan berpengetahuan luas tentang perkembangan isu dalam negara.

Sumber :
http://syahir521.blogspot.my/2016/10/of-petrol-price-managed-float-and.html
http://syahir521.blogspot.my/2016/11/cara-pengiraan-harga-petrol.html
http://www.platts.com/
https://en.wikipedia.org/wiki/Mean_of_Platts_Singapore

Jebeng Otaiā„¢
ada pro dan contranya…

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 4 Comments

  1. sabree hussin

    Formula penetapan harga minyak ni, kalau disiarkan secara terbuka untuk semua orang boleh kira sendiri pun bagus juga. Jadi, dapatlah elakkan manipulasi harga.

    Contohnya, waktu harga minyak dunia sedang jatuh, kita masih lagi tak dapat manfaat dari kejatuhan harga tersebut.

    1. jebengotai

      apa yg sy fhm..harga yg dikira adalah pada bulan sebelumnya…jika harga minyak bulan ni turun, tp harga jualan tidak turun turut dipengaruhi faktor tukaran wang, harga mops bulan sebelumnya…

  2. lokmanamirul

    dijangka harga minyak akan terus naik dan naik….

    1. jebengotai

      jika terus naik..mungkin diperkenalkan harga siling pula…hermm

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.