Rata-rata semua memiliki paling kurang 1 kamera digital. Ataupun menggunakan telefon pintar sebagai kamera sampingan. Bagi mereka yang gemar mengambil gambar, memilih SD card yang bersesuaian sebenarnya amat penting. Mungkin sebelum ini kita tidak kisah samada SD card yang digunakan bersesuaian atau tidak dengan kamera digital atau telefon pintar kita. Dan akhirnya kita tidak dapat menggunakan sepenuhnya prestasi kamera digital atau telefon pintar kita.
Bagaimana Memilih SD Card : Spesifikasi Dan Kelas
Jika anda membelek SD card anda, pasti terdapat beberapa info yang boleh kita guna samada ianya bersesuaian dengan perkakasan kita. Ini untuk mengelakkan kita dari membazir wang membeli SD card yang tidak disokong oleh pekakasan. Perkara paling penting seperti kelajuan menulis dan membaca data pada SD card tersebut boleh mempengaruhi fungsi perkakasan seperti merekod video 4k atau 8k. Jika kita menggunakan SD card yang murah atau selalunya diberi percuma oleh kedai dan tidak memenuhi spesifikasi perkakasan kita tidak boleh merekodkan video tersebut. Terdapat 3 kelas kelajuan antaranya ‘speed class’, ‘UHS speed class’ dan ‘video speed class’ yang terbaru.
Bagaimana Memilih SD Card : Memahami Spesifikasi Perkakasan
Kita juga perlu mengkaji spesifikasi perkakasan kita samada kamera digital, DSLR atau pun telefon bimbit. Ini memastikan kita memilih SD card yang tepat untuk menggunakan keseluruhan potensi perkakasan kita samada menyokong fungsi video 4k atau 8k terutamanya. Setelah meneliti spesifikasi kamera digital Fujifilm X10 saya, ianya tidak menyokong SD card ‘UHS speed class’, bermaksud saya hanya boleh menggunakan SD card kelas 10 sahaja. Bagi mereka yang merancang untuk membeli kamera baru kemudian mungkin boleh sahaja guna kelas yang tinggi sementara membeli kamera yang baru.
Sumber :
https://www.sdcard.org/developers/overview/speed_class/