Saya kagum bagaimana Jovian begitu handal mengawal motorsikalnya dan dapat melakukan aksi drift menggunakan jentera 2 roda tersebut. Ianya bukan mudah dan pastinya mengambil masa dan latihan yang berterusan untuk menjadi sehebat itu. Hantu Drift kali ini pula berkait rapat dengan 2 roda iaitu menggunakan basikal. Walaupun tiada gymkhana menggunakan basikal, tetapi aksi drift yang ditonjolkan oleh beberapa orang di Youtube ini begitu menarik untuk ditonton. Pada waktu kecil dahulu, selalu juga saya melakukan aksi drift ini sambil brek menggunakan kaki menggunakan basikal kecil. Tetapi kali ini amat berlainan sekali disebabkan situasi dan bentuk jalan, sudut belok yang lebih mencabar serta basikal yang lebih besar. Malangnya tiada tokoh yang terkenal untuk drift versi basikal ini. Mungkin disebabkan ianya terlalu mudah dilakukan dan tiada pihak yang menghargainya. Untuk memenuhi siri Hantu Drift ini, jom kita lihat dulu video klip ini.
[media url=”http://www.youtube.com/watch?v=gNC-bALBztc” width=”600″ height=”400″]
Bermacam-macam versi hantu drift yang telah saya jumpa. Rasa-rasanya drift kali ini ianya lebih selamat berbanding menggunakan kereta atau motorsikal. Namun ianya memerlukan kawasan yang sesuai untuk melakukan aktiviti ini untuk mengelakkan kemalangan dengan pejalan kaki pula. Jika aktiviti baru ini diperkenalkan, mungkin boleh menarik minat lebih ramai pelajar menaiki basikal. Selepas pulang dari waktu belajar, bolehlah aktiviti drift ini dilakukan dikawasan yang sesuai dipersekitaran sekolah. Badan pun boleh menjadi sihat. Manalah tahu ada diantara mereka boleh menjadi drifter basikal yang berjaya suatu hari nanti.
Haha. ada juga drift basikal ya. Tak nak belajar la. Nanti jatuh muka dulu, hilang kacak. hahaha
mmg seram bunyiknya tu.. π
hahaha. Saya pernah rasa jatuh dari basikal. Tapi tak pernah lagi jatuh muka. Memang seram.
tu aa..xleh nk bygkan..huhu
masa kecil dah biasa koyak kulit lutut gara gara basikal
adus..sakit tu..
Yang ini aku tengok macam best la der
tapi berani buat dekat padang sekolah jer hehe
ok aa tu..luas skit..hehe
hebat juga drift basikal ek.. nak try la
aha..pastikan di tmpt yg sesuai..hehe
Teringat ketika kecil dahulu amat popular basikal bmw. Saya ada buat aksi yang dipanggil ‘kapal layar’ hingga mengundang kecederaan apabila kaki tersepit pada rim roda.
kapal layar?..aksi yg mcmane tu bro..pengalaman tersepit kaki di rim pon pernah gak sy alami..huhu
basikal bmw… mahal tu… huhu π
Sama macam akubiomed.. tapi sempat masuk siri race bmx jelajah stadium2 KL sewaktu ketika dahuluuuu.. Cuma racenya lebih kepada ketahanan dan rintangan artificial. Aksi drift ketika itu sewaktu pelanggaraan dan landing jump tak betul…. sagattttt heeeee drift badaan katakan…
hehe…xper bro..pengalaman berharga tu.. π
x kesah la drif apa pun..mak tetap gak x berani nk buat. Huhuhu..
hehe..cuba la skali.. π
drift basikal pula yer…nampak menarik tapi takmau cuba..kang puteri drift terus landing kat katil sepital pula..hehe
hehe..tgk je pon dh ok..
Memerlukan keahlian dan juga pengalaman yang banyak untuk bisa drift dengan sepeda seperti pada video di atas
kene prakis byk ni..hehe
hahaha macam2 laaa, nak try la pas ni, pakai basikal anak π
hehe..xpatah ker?
Hahahahahaha..ada jugak drift basikal mcm ni..adoiii..terbaik lah..kalau buat depan awek mcm ni, mesti trus terpikat ni..
aha..kalo terjatuh,koyak seluar..hehe
Kecik2 dulu memang suka buat aksi2 drift ngan beskal ni. π
hehe..skng ni pon mcm nk drift..