Sebelum memulakan bicara, saya ingin meminta maaf jika isu ini dibicarakan oleh saya yang bukan ahli yang mahir dalam selok belok agama Islam. Saya masih lagi belajar dan segala kesilapan yang saya bicarakan harap diperbetulkan untuk kebaikkan dan manfaat bersama. Saya terpanggil untuk menulis entri yang agak berat ini kerana ia menyentuh sensitivi kepercayaan agama Islam. Sejak kebelakangan ini terdapat pihak yang berusaha untuk menggunakan kalimah Allah bukan pada kitab agama selain Al-Quran dan kitab-kitab ilmu Islam. Semuanya bermula apabila ada beberapa buah laman sesawang yang sudah tentu bukan Islam menggunakan kalimah Allah dalam doa harian mereka.
Pada saya, setiap doa itu sangat mengelirukan dan boleh memesongkan akidah. Apa yang saya takut ialah golongan muda Islam yang aktif menggunakan internet akan terkeliru dengan doa tersebut dan lebih buruk lagi jika mengamalkannya. Pada asasnya, walaupun kalimah Allah asalnya didalam bahasa arab dengan menterjemahkannya ke bahasa lain masih tidak dapat menjamin sifat-sifat Allah itu turut dikekalkan seperti mana difahami oleh umat Islam. Jika digunakan didalam agama lain, contoh sifat tidak dilahirkan atau melahirkan tidak dapat dipelihara dan itu sudah cukup kuat untuk menolak atau menentang mana-mana pihak yang menuntut untuk menggunakan kalimah ini didalam edaran mereka. Ia merupakan taktik yang paling kotor yang perlu kita sebagai umat Islam berhati-hati untuk memelihara kesucian agama Islam.
emm..yang tak boleh. tak boleh la..
Puak2 nie saja bangkitkan Isu yang dulu dah tenggelam…
Berdoa semoga kesucian agama Islam terus terpelihara
sama-samalah kita berdoa agar niat jahat mereka tidak kesampaian
moga2 apa yang aku buat selama ni tak salah la.. sebelum aku guna, aku verify dengan google beberapa sumber lain yang boleh dipercayahi.. harap diberi petunjuk dan hidayah
Insha allah kesucian agama islam akan terus terpelihara sampai bila-bila.
Atas kedegilan diriku ini aku nak juga tahu laman itu
kita memang kena berhati dengan laman web macam tu…
Islam adalah agama persekutuan
ada tercatat dalam perlembagaan negara
saje diorang nak mempertikai perlembagaan tu…
apalah agenda mereka nak guna nama Allah SWT…pasti ada agenda tersirat…
Sebarang usaha yg dikhuatiri bakal merosakkan akidah umat Islam dan membahayakan maslahat ummah amatlah wajar dihentikan dan dilarang sama sekali…Ini yg ambe faham
Perintah mahkamah wajar dihormati…namun ada jugak pihak yg sengaja nak “uji” sensitiviti umat Islam
Sudah tentu ada pihak yang menangguk di air keruh.
Bahagian yg tangguk tu yg tak syok tu…
Bagi aku, isu ini harus diperjelas & dipertahankan agar tidak memesongkan akidah umat Islam. Buruk kesannya nanti.
MEmang tak patut dan tak boleh pun. Kekadang tak paham senario olitik di malaysia
betul tu daddy, skrg suka campur adukkan agama dgn politik. demi politik juga boleh membuang agama (kes doakan keburukan sesama islam)
satu isu yg agak berat.
tp setuju dgn point bro penggunaan Allah utk bukn islam akan mengelirukn umat Islam, lebih2 lagi2 yg kurang ilmu agama. Sy pernah jmpa satu website dri indonesi yg pda asalnya igtkn website Islam..nauzubillah!!
Emm apa nak jadi la sekarang ni kan…
macam2 isu yang timbul sejak kebelakangan nie…..
Aku pun keliru sebab ada bercanggah pendapat dalam hal ini. π
Allahuakbar! Tak boleh camni!
Pelik dengan mereka-mereka yang tak kisah tu…. tak risau ke diorang? huhuhu
Memang parah bila satu isu yang tak sepatutnya menjadi isu dijadikan satu isu.
moga kita semua di jauhi dari segala kekeliruan ini, amin.
wajar juga pihak yang berwajib buat pencerahan kepada penganut agama lain berkaitan isu ini. Kita tak mahu dilabel Islam agama yang huru-hara oleh penganut agam lain.
Moga tidak ada isu yang berlarutan selepas daripada ini.
Setiap yang berlaku ada agenda mereka tersendiri
untuk mengelirukan umat Islam terutama mereka yang
baru memeluk agama ISLAM…
Dr. MAZA ada jelaskan berkenaan dengan isu ni sejelas-jelasnya. Lupa pulak tajuknya.
Oo ye bro. Bro menang hadiah saguhati contest 3 Blog Pilihan Terbaik hari tu. Harap boleh hantarkan maklumat berikut ke emel admin[@]amirez.com
Nama Penuh:
URL Blog:
Alamat Surat-Menyurat:
No. Tel.:
Tahniah ye π
hangat isu ini ..
Isu yang semakin besar ni
Bg mak, tak sepatutnya agama2 lain menggunakan kalimah Allah tu..mereka x tahu bagaimana menjada kesuciannya
org islam beri salam kite wajib jawab, tapi kalau org kafir beri salam kite x wajib jawab… fikir2 kan lah
Kalau aku jadi pemerintah, aku akan halang penerbitan dan pengedaran tulisan yang sebegitu. Bukan cuma gebang dan sembang je. Ada kuasa buat apa?
rasanya memang berat kepada tak boleh
nama aje kita menguasai negara ni…tapi segala benda yang kita nak buat banyak tunduk kepada desakan pihak lain..atas alasan nak mendapatkan sokongan
Banyaknya dugaan bila kita semakin lama semakin moden… Akibatnya terlalu berlembut tidak seperti pemeintah kita terdahulu..
semoga segala tingkah laku dan perbuatan kita selalu sesuai dengan agama dan norma. Insya Allh bisa π
Hingga kiamat agama akan tetap terpelihara, itu semua adalah janji Allah SWT pada kita dan semoga kita sebagai umat Islam mampu mengamalkannya 100% tanpa adanya penambahan dan pengurangan…