September 22, 2021

Bajet 2021 : Pengeluaran Akaun 1 KWSP?

Jika tiada aral melintang, pembentangan Bajet 2021 akan dibentangkan pada 6 November 2021. Bajet kali ini pada saya lebih mencabar dengan landskap politik Malaysia masa kini, wabak COVID-19 dan kemuraman ekonomi setempat dan global. Unjuran ekonomi negara telah diturunkan beberapa kali atas faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan. Namun begitu, beberapa cadangan yang menarik perhatian saya yang diutarakan oleh PM-6 Malaysia iaitu pengeluaran Akaun 1 KWSP. Umum mengetahui, Akaun 1 hanya boleh dikeluarkan ketika genap kita berumur 55 tahun atau keperluan lain yang dibenarkan dibawah Akta KWSP.

Straitimes.com

Cadangan Bajet 2021 : Pengeluaran Akaun 1 KWSP
Pada PKP dilaksanakan, pengeluaran Akaun 2 atau i-Lestari telah dibuat bagi membantu rakyat Malaysia untuk mengurangkan beban atas sebab tidak boleh bekerja seperti biasa, di buang kerja dan lain-lain lagi. Pengeluaran kecemasan ini di tambah dengan bantuan Prihatin memang membantu, walaupun bersifat sementara. Saya sebenarnya tidak sepenuhnya bersetuju pengeluaran akaun 1 dengan pengeluaran maksima RM 10,000.00 kerana, kebanyakkan dana telah digunakan untuk pelaburan KWSP bagi mendapatkan dividen kepada para pencarum. Selain itu, mungkin KWSP akan mencairkan aset-asetnya dan sekaligus mengurangkan peluang pelaburan yang ada potensi menjana keuntungan.

Didalam Facebook, beliau turut memberi cadangan supaya peluang-peluang pelaburan diberikan terus kepada KWSP bagi menampung pengeluaran tersebut oleh kerajaan Malaysia. Timbal balik bagi usaha membenarkan pencarum mengeluarkan akaun 1, KWSP pun dapat peluang pelaburan atau projek kerajaan. Situasi menang-menang, bagi pihak KWSP dan pencarum yang akhirnya dividen turut dirasai oleh pencarum.

Cadangan Bajet 2021 : Pendapat
Bagi yang memerlukan seperti mereka yang hilang pekerjaan, untuk yang ingin memulakan perniagaan cadangan yang diberikan ini memang dapat membantu. Ini kerana, ianya bukan pinjaman bank dan tidak perlu membayar faedah tetapi dengan hanya perlu membuat caruman secara bulanan semula. Selain itu, jika pengeluaran dibuat oleh pemohon i-Lestari sebanyak lebih kurang 4.57 juta pemohon atau RM 45 billion akan dibelanjakan dan sekaligus merancakkan ekonomi Malaysia pada ketika ini.

BPN 1.0 – RM 11.14 billion
BPN 2.0 – RM 7.00 billion
Pengeluaran Akaun 1 – RM 45.00 bilion

Jika difikirkan, kita sepatutnya bersedia untuk tempoh yang lebih lama jika vaksin bagi COVID-19 tidak dapat ditemui dan pemulihan ekonomi mengambil masa yang lama. Ada yang menyokong dan ada yang membantah dengan alasan cadangan itu memberi kesan pada di hari tua kelak. Pada saya ianya adalah cadangan yang terbaik pada masa sekarang dan mungkin kita perlu berfikir mengikut “norma baru”.

Jebeng Otai™

waktu sukar rakyat malaysia

Share

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.