Wireless Charging

Teruja. Seperti yang telah kita ketahui, Samsung telah melancarkan produk terbarunya Samsung Galaxy S3 yang dilengkapi dengan pembaharuan dan peningkatan prestasi berbanding Samsung Galaxy S2. Reka bentuk dan prestasi cip Exynos Quadcore sememangnya mengagumkan. Apa yang menarik perhatian saya ialah gadjet ini dilengkapi dengan teknologi ‘Wireless Charging’ atau pengecas tanpa wayar.

Modul Pengecas Tanpa Wayar Kenderaan Elektrik

Wireless Charging
Teknologi ini telah lama dijumpai oleh Nikolai Tesla. Walaupun begitu sehingga tahun 2009 ianya telah dibangunkan tetapi kurang mendapat sambutan kerana pada ketika itu rekaan pengecas tanpa wayar ini bersaiz agak besar dan sukar untuk dibawa. Selain itu, teknologi ini masih tidak mempunyai ‘standard’ atau piawaian untuk menghasilkan produk yang dilengkapi pengecas tanpa wayar ini. Piawaian ini penting untuk memastikan keselamatan pengguna yang terdedah dengan radiasi ataupun pengionan untuk mengelakkan dari perkara yang tidak diingini.

Pada awalnya konsep pengecas tanpa wayar ini diambil dari teori tenaga tanpa wayar. Secara prinsipnya ia seperti gelombang radio dan pendengar dapat mendengar lagu setelah frekuensi yang tepat telah dipilih. Walaupun begitu, teori ini tidak ideal kerana tenaga elektrik dibebaskan ke semua arah sebelum alat penerimanya di tetapkan pada satu-satu frekuensi. Ianya tidak selamat dan membazir.

Konsep Inductive Coupling
Kita boleh mengambil contoh sepeti berus gigi elektrik. Didalamnya terdapat gelungan wayar ‘secondary’ manakala didalam bahagian pengecasannya terdapat juga gelungan wayar ‘primary’.

  1. Arus elektrik dari soket akan mengalir kedalam gelungan wayar ‘primary’ ini. Medan magnet akan terbentuk disebabkan aliran arus elektrik ini.
  2. Apabila berus gigi ini diletakkan pada pengecasnya, medan magnet ini akan ‘menginduksikan’ gelungan ‘secondary’ dan terus mengecas bateri pada berus gigi tersebut.
  3. Lebih banyak gelungan lebih besar medan magnet.

Resonan Dan Tenaga Tanpa Wayar
Konsep sebelum ini, ‘inductive coupling’ tidak beberapa efisien kerana jika medan magnet terlalu besar ia akan menggunakan lebihan tenaga untuk mengecas atau membekalkan tenaga elektrik. Pada November 2006, sekumpulan pelajar MIT telah menjumpai teknologi baru yang bakal memberi impak yang besar. Menggunakan teori lama, pelajar tersebut memasukkan resonan untuk menyalurkan tenaga elektrik ke perkakasan. Mereka menggunakan gelung wayar atau ‘coil’ yang direka khas untuk bergetar pada frekuensi yang sama dengan pemancar.Β Ianya lebih efisien kerana tidak memerlukan medan magnet yang besar dan tersebar luas untuk perkakasan yang jauh dan lebih selamat.

Masa depan
Banyak produk baru yang menggunakan teknologi ini secara meluas kelak seperti makanan boleh dipanaskan didalam kotak, pengecasan kereta elektrik dan dapat menjimatkan pembinaan rumah dengan mengurangkan penggunaan wayar. Salah satu produk yang menggunakan teknologi tenaga tanpa wayar ini seperti didalam video klip ini.

Jebeng Otaiβ„’
Knapa lah kita x jumpa dulu tech ni.. πŸ™‚

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 43 Comments

  1. JebengOtai

    stkat ni projek kapal terbang tanpa tenaga dah berjaya..

    diorg target projek penempatan manusia di bulan dgn tenaga dibekalkan dri bumi..dsytnya

  2. anif

    πŸ˜€ Teknologi ini tentunya akan merevolusikan penciptaan benda-benda baru!

    1. Jebengotai

      btul bro..jika ianya berjaya..satu hari nnt manusia akn ddk dibuln..:-)

  3. akhiyy

    itu lah..tertarik juga dengan wireless charging neyh..huhu

  4. akubiomed

    Baguslah ada pengecas jenis wireless seperti ini. Mungkin satu hari akan ada kenderaan terapung.

    1. JebengOtai

      mungkin juga..semua tu dh x mustahil.. πŸ™‚

  5. zuan

    tech, tanpa kita sedar, esok kita sudah outdated..

    1. JebengOtai

      hehe.xper leh kumpul dulu bro..bln dpn br sampi sini..

  6. tehr

    makin canggih dan makin mudah
    tapi kan, mengapa mereka tak guna tenaga solar?

    1. JebengOtai

      panel solar x efisien lgik..panel solar skng lom dpt serap 100% tnga solar..kn tunggu dlm bbrapa thun ag..

  7. Amirez

    teknologi pengecasan tanpa wayar ni memang bagus. dah lama tunggu inovasi ni

  8. Manan Qayyim

    Teknologi semakin berkembang… Barape average harga Samsung Galaxy S3 ni?

  9. Umar Faruq

    Wow.. Baru aku tahu pasal wireless charging ni.. Gila ah..
    Aku rasa orang memang dah lama jumpa teknologi ni tapi manusia tak boleh terima teknologi yang terlalu maju waktu tu. So, sekarang baru diorang release. πŸ˜€

    1. JebengOtai

      yela bro..kn bgus kalo kite improve tech lama ni..ruginya..

  10. Encik Bukit Besi

    huh hebat dah skrg ni…ingat tenet je wifi, seriously ni baru tahu charge bateri pon wifi tanpa wayar….tak pernah tau dan tak pernah dengar lagi sebelum ni..masuk blog ni baru tau…jahilnya I…haha

    1. Jebengotai

      teknologi ni mmg bru ag..sjk smsung guna sy pon br tau..huhu

  11. titan

    peh..hebat gila teknologi ni..

    1. JebengOtai

      aah bro..lps ni x yah nk crik charger.. πŸ™‚

    1. JebengOtai

      mmg hebat..mcm2 teknologi baru akan muncul lepas ni.. πŸ™‚

  12. puan kutu

    mmg hebat.teknologi kang macam2

    1. JebengOtai

      yela…tp kita yg jumpa dulu mesti bangga punya kan.. πŸ™‚

  13. segalabenda

    dah semakin dasyat dah teknologi sekarang ni..klau 20 tahun dulu memang tak terpikir

  14. nizamghazi

    Hope one day kalau ada projek Wireless Power,
    aku nak jadi Projek Manager yang akan menggantikan teknologi sekarang. TNB, How are you?

    #TNB masih lagi mempertingkatkan mutu kualiti servis.
    Aku still study about dis tech.
    Respect juga sebab hang berminat adn study pasal ni πŸ˜‰

    1. JebengOtai

      konsep dah dpt..cuma tang resonan tu jer cmner nk injek kat current..maybe teori harmonik..

      teknologi ni aku rasa leh hapuskan harmonic kat dlm distribution..so x yah nk wat capacitor bank bagai..so leh jimat kat situ.. πŸ™‚

      kalo jdik projek manager offer aku kerja aa bro πŸ™‚

  15. Izzuddin Fauzi

    Hebat weh… Lepas nie buat fon x payah charge… Senang sikit… geram betul bila beteri kong πŸ˜›

  16. sjiehan

    manusia xkan pernah puas dgn pencapaian yang mereka ada…

    sentiasa memperbaharui teknologi~

    hebat~

    1. JebengOtai

      diorang sng2 jer leh jumpa tech baru..napa kita xleh ek?..huhu

  17. mak lagenda

    Teknolohi dunia semakin hari semakin canggih nmpknya ya jebeng

  18. Hazmin Hamudin

    Sungguh complex benda ni. Memang susah jugak nak faham. Tapi kira hebat jugak la sumsung ni sebab berani letak teknologi ni dekat fon diorang kan.

    1. JebengOtai

      mungkin diorg dh yakin dgn kajian ni..tu yg berani tu..

  19. Nazri

    Canggih betul.. Samsung meme best. Selama ni jadi menjadi pelanggan setia nokia, sekali try samsung galaxy note .. terus jatuh cinta. Harap2 note pun akan ada versi wireless charging

    1. JebengOtai

      xpasti lak..tp kalo ade pon die jual device utk wireless charging ni.. πŸ™‚

  20. chii

    memang mudah la mcm ni kan..pasni xperlu risau kalau charger lupa bawa..terutama skali charger telefon dan kamera =)

  21. fadielGS3

    salam.. mcm mne ek syg nk tahu cara penggunaan “wireless charging” ni?? ade sape2 bleyh ajar tak??

  22. fadielGS3

    *sye

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.