Vauxhall VRX8 Edisi Bathrust

• Post category:Semasa
• Post comments:1 Comment

Kebanyakkan orang tahu jenama kereta sport yang popular seperti Ferarri,Lamborghini,Bugatti dan lain-lain lagi jenama.Tetapi berapa ramai yang penah mendengar jenama Vauxhall? Malah kereta ini jarang-jarang dilihat di Malaysia dan saya sendiri tidak pernah melihatnya secara ‘live’ didepan mata. Vauxhall VRX8 mempunyai banyak sejarah yang boleh kita baca di Wiki. Bunyi deruman enjin V8 dan diperkuatkan dengan ‘supercharger’ memberi kuasa yang maksima untuk kereta ini. Fungsi ‘Bi-Modal’ memberi kebebasan pemandu untuk membuat tetapan pada sistem ekzos dan injap supaya ianya lebih kuat. Walaupun mempunyai kuasa yang buas, tetapi kawalan kereta ini berada pada paras yang cekap kerana memandu kereta ini sangat responsif terutama selekoh tajam dan turut dibantu dengan suspensi boleh laras disetiap rodanya. Mari kita lihat video klip ini untuk mengetahui apa yang menarik dengan Vauxhall VRX8 Edisi Bathrust.

Beza
Lain dari yang lain. Perkataan yang tepat boleh saya berikan untuk kereta ini kerana rekaannya luar dari kebiasaan kereta sporty. Ianya seperti sesuai untuk semua golongan tidak kira latar belakang dan pekerjaan seseorang itu berbandi Audi A8 yang tampak eksekutif dan mewah disalut warna hitam yang agak dingin. Apa yang pasti, Vauxhall VRX8 ini dapat mengalahkan Audi A8 didalam ujian ‘sprint’ kerana ianya dibantu Supercharger Wilkinshaw.

Spesifikasi

Chassis
Brakes (Front) : 6-pot caliper disc
Brakes (Rear)  : 4-pot caliper disc
Wheels	       : Optional 20 inch
Suspension     : Stiffer, height-adjustable springs and
Walkinshaw-developed coil-over dampers
Drivetrain
Layout         : Front Engine, RWD
Transmission   : 6 speed conventional manual with
high-torque capacity clutch
Engine
Type           : Supercharged LS3 V8
Induction      : Walkinshaw 122 Supercharger
Displacement   : 6.2 liters
Horsepower     : 560 bhp (570 with optional high-performance
exhaust system)
Torque	       : 528 lb-ft. (715 Nm)

Jebebg Otai™
boleh x beli kereta ni pakai duit blogging..huhu 🙂

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.