Tutorial LAN Teaming

Rasanya tidak terlambat saya mengucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha. Kebiasaannya ketika menyambut hari perayaan, rutin harian aktiviti blogging akan sedikit terganggu. Entri ini adalah sambungan dari gambar ‘motherboard’ yang saya letakkan didalam Wordless Wednesday JebengOtai. Sebenarnya saya ingin ‘survey’ dan mencari-cari ‘motherboard’ yang sesuai untuk PC adik saya yang telah rosak terbiar disudut bilik. Sayang pula ianya dibiarkan begitu sahaja. Tambahan pula laptop yang saya gunakan ini cepat sahaja kepanasan walhal hanya menonton Youtube sahaja. Saya tidak pasti samada Windows 7 ini tidak sesuai atau serasi dengan spesifikasi laptop saya. Tetapi jika hendak dibandingkan, Windows Vista lebih banyak menggunakan ‘resource’ berbanding Windows 7. Pening juga memikirkan masalah ini. Mengikut aduan yang ditulis di forum Compaq, model seperti CQ40 mudah overheat dan kadang-kadang laptop akan terpadam sendiri untuk mengelakkan komponen meretak atau tidak berfungsi disebabkan kepanasan. Ada yang mencadangkan untuk menebuk beberapa lubang dibawah laptop untuk membenarkan udara sejuk masuk kedalam kerana penggunaan ‘thermal paste’ tidak banyak membantu. Disebabkan kekecewaan itu saya terpaksa mencari ‘motherboard’ baru dan banyak juga fungsi dan spesifikasi baru diletakkan didalam ‘motherboard’ seperti sambungan wifi, dual lan, usb 3.0, quick charge, sokongan ISCSI sehingga 8 SAN dan macam-macam lagi.

Kesimpulannya memang canggih dan puas hati. Begitu juga dengan harganya yang ada boleh mencecah RM3000++. Walaupun jualan gadget mobil banyak mendominasi pasaran, tetapi PC masih lagi relevan untuk tugasan berat yang kadang kala laptop tidak berupaya menjalankannya. Dibawah ini merupakan video klip yang saya dapat daripada Youtube menunjukkan cara-cara untuk membuat tetapan dual lan atau LAN Teaming pada ‘motherboard’ ASUS. Sesiapa yang berminat hendak mencari spesifikasi terkini bolehlah layari Gigabyte.

[media url=”http://www.youtube.com/watch?v=aQpa1fVMQxo” width=”600″ height=”400″]

Jebeng Otaiβ„’
kdg2 terfikir juga bila kita upgrade internet mengapa kelajuan tidak mencapai tahap sepatutnya..salah punca ialah hardware kita dh outdated..cth sepeti kabel lan sahaja..ade CAT5 dan CAT5e..CAT5 maximum 100Mbps shaja..CAT5e boleh capai 1Gbps..CAT6 jgn cerita la..huhu πŸ™‚

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 32 Comments

  1. akubiomed

    Dulu mengikuti perkembangan hardware setiap kali itu mendengus hardware masih perlahan.

    1. jebengotai

      sama la bro..setiap buln akan berubah spesifikasinya..buat lebih geram jer…hehe

      1. hatiputera

        Jadi beli ikut kemampuan dan keperluan jer..kalau spec tinggi tapi kegunaan hanya untuk surf internet sahaja cintohnya ..rugi jugak.

        1. jebengotai

          mmg rugi..tp rasanya spec gaming mmg kene tinggi..hehe

  2. tehr

    tak pernah aku buat ni
    biasanya aku minta tolong kawan je yang pilih dan siapkan semuanya
    macam payah je aku nak belajar

    1. jebengotai

      hehe..sbnarnya ikut keperluan kita..kdg2 leh jimat byk jika kita pilih ikut budget dan spek yg dikendaki.. πŸ™‚

  3. ohcikgu

    angkat laptop baru ajelah..hehe

  4. hafizrahim

    aku just guna laptop compaq presario intel celeron + win7..saja RnD win7..tengok ok je..stabil..melekat sampai sekarang..laptop kadang2 on 48jam tanpa off..hehehe

    1. jebengotai

      sy pon suspect processor..mungkin core 2 duo cpt panas agknya..

  5. Hafizul

    emm selamat hari raya bro..hehe..bab laptop cepat panas tu sy rasa lubang aliran udara keluar tersumbat kot…kebiasaannya mcm tu ler..hehe

    1. jebengotai

      dh cek bro..bersih jer..tp ramai gak pengguna yg komplen sbb overheat ni..

  6. irsah

    salam aidiladha bro.. model cq40 memang begitu… memanas ikut masa..heee. cuma berhati jika terlalu panas, masalah video card cq40 overheat sering berlaku kerana kedudukannya yang built in pada motherboard… pernah menggunakan cooler pad dan tukar internal fan.. namun bertahan 6 bulan aje.. lepas tu “terkorban” elok juga mencegah sebelum parah… sekadar berkongsi..

    1. hatiputera

      Sebab itulah HP memilih sony vaio…

    2. jebengotai

      salam aidil adha :)..yela..stakat ni yg terkorban hanyalah bateri dgn skrin shja..huhu

  7. hatiputera

    Cq40 memang main problem dia berkaitan dengan display. Kalau opis biasanya pakai LAN 100Mbps jer..jadi pakai cat6 hanya gah untuk nama jer…

    1. jebengotai

      cat6 utk gigabit ethernet..x semua hardware support.. πŸ™‚

  8. iAwani

    selamat hari raya Aidiladha bro, saya pula gunakan laptop Aspire Timeline X yang nipis. Kalau panas tak bising sangat kipasnya. Selain laptop, saya masih gunakan pc lama cuma saya tambah-tambah komponennya seiring perjalanan masa.

    1. jebengotai

      selamat hari raya juga..syg nk bli laptop sbb x leh nk upgrade..

  9. Dulu Lain Sekarang Lain

    Alahai godek komputer ni 10 tahun lepas ada lahhh.. Skrg ni, kawe pakai laptop jer. Kalu rosak, antar kedai… Tak sanggup nak poning2 lagi.. πŸ˜€ Still info menarik bro.. Terutama pasal kucing2 LAN tu. Boleh chek kabel utk opis nanti.. maybe dah outdated gak.

    1. jebengotai

      hehe..sy tgk crik pci card utk desktop dual lan..ade kot agknya..hehe

  10. shraqs

    Bila baca post bro pasal PC (desktop) ni baru teringat PC saya yang dlm kotak tak dibukak2 sejak pindah tempohari,.. apa cerita pun dah tak tahu.

    BTW, bila DIY barang2 desktop memang seronok & puas hati.

    1. jebengotai

      yela..kdg2 mmg leh jimat kos berbanding oem.. πŸ™‚

  11. daddydee

    Saya sudah lama tak updatte pasal tech ni. Dulu zaman belajar suka juga update system computer ni. Godek sana sini.

    1. jebengotai

      bru nk start balik bro..lama gak tinggal..mmg teknologi x tunggu kita..huhu

  12. daddydee

    Motherboard dari Asus memang terbaik. Tu sebab ada ramai kawan cadangkan untuk beli laptop Asus tapi saya dah pakai Compaq. Belum masa untuk alih arah.

  13. berliku

    mother board terbaik buat masa ini asus dan msi
    pilih je antara dua nie mesti akan smooth adik jebeng otai punya komputer
    jangan guna acer dah la, habiskan duit je… hahaha

    1. jebengotai

      asus pon ade dual lan ni..tp rasanya gigabyte tahan lama.. πŸ™‚

  14. auc dot com

    huh x faham ke apa pun, baca dan tengok cuba fahami jugak πŸ™‚

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.