Top 5 Aksesori Kamera Iphone Terhebat

Sesiapa yang mempunyai Iphone ketika membaca entry ini pasti akan tersenyum kerana Iphone bukan sahaja gadjet yang bagus malah ada para pengeluar aksesori Iphone telah merekabentuk aksesori untuk kamera gadjet tersebut. Aksesori ini mampu meningkatkan ‘kuasa’ dan fleksibiliti gadjet ini ketahap yang lebih tinggi. Stelah membincangkan ‘Mobile Photography‘ disini saya paparkan ‘ Top 5 Aksesori Kamera Iphone Β Terhebat ‘.

OWLE Bubo
Diperbuat daripada aluminium padu, aksesori ini mempunyai 2 pemegang untuk memudahkan pengguna mengambil gambar. Ia juga dilengkapi dengan 37mm lensa macro yang boleh ditukar ganti serta ‘mounting’ untuk tripod dan mikrofon.

Kogeto Dot
Mengambil gambar panorama sememangnya sangat mengasyikkan kerana kita dapat melihat pemandangan keseluruhan sesuatu kawasan itu. Dengan alat ini, pengguna boleh mengambil gambar panorama seluas 360 darjah tanpa perlu memusingkan kamera untuk mengambil gambar tersebut.

SLR Mount
Bagi mereka yang mempunyai kamera slr, Iphone boleh dipasang dengan lensa dari slr hanya menggunakan aksesori ini. Hanya memerlukan sedikit pengubahsuaian tetapan, Iphone boleh menggunakan lensa ini untuk mengambil gambar dengan jelas.

Camera Phone Lens
Lensa Makro, 2x Telefoto dan Fish Eye sememangnya satu kemestian bagi mereka yang meminati fotografi. Lensa-lensa ini boleh dipasang dengan mudah kerana tapak lensa ini berunsur magnetik. Ia boleh dipasang dan ditanggalkan bila-bila masa sahaja tanpa perlu membuat pengubahsuaian pada Iphone.

6x Fixed Optical Zoom Lens
Terdapat perbezaan antara zoom lensa optik dan zoom digital. Gambar akan menjadi ‘pecah’ jika menggunakan zoom digital tetapi aksesori ini dapat membantu pengguna memfokus sesuatu objek yang berada jauh dari pengguna.

Jebeng Otaiβ„’
jgn skodeng sudah ya.. πŸ™‚

sumber : PCWorld

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 20 Comments

  1. JebengOtai

    alamakaih..napela samsung xder aksesori camni?..huhu..kene fabricate ni.. πŸ™‚

  2. muazfaris

    aku suka yang SLR mount tu.. tak yah beli DSLR kalo camtu kan

    1. JebengOtai

      aah..slr x der ring contct..so leh pki kat iphone..tp nk crik lens slr ssh skit kot πŸ™‚

      kt mudah ade ag rasanya..lupe lak..nikon ngn canon shja..

  3. titan

    hoho..bijak. bijakk..

    1. JebengOtai

      rasanya casing @ holder leh fabricate sendiri..cuma lens jer yg ssh skit πŸ™‚

  4. sjiehan

    dasyat la… sII punya xde ke?

    klo ada mmg nak beli 1! hahahahhaa

  5. yas

    Mak Aih…banyaknya gadget tuk iphone ehh…yg len2 tak dak ka bro?

    1. JebengOtai

      hp len x jumpe ag..diorg ni mmg die hard fan iphone..huhu

  6. shraqs

    woh melampau tu nak kena bawak lens cam tu skali. Tak praktikal la. πŸ™‚

    1. JebengOtai

      tp..kalo bwk dslr yg besar lagik menyusahkan sbnarnya πŸ™‚

  7. chii

    pergh…ada gak ye aksesori utk iphone…tp mcm kelakar plak utk lense tu..ehehe

  8. anif

    Bagi yang ada iPhone aksesori kamera ini boleh dipertimbangkan πŸ˜€

    1. JebengOtai

      aah..aksesori camni mmg leh wat iphone lebih gempak.. πŸ™‚

  9. Mus

    kalau dah minat… sanggup membeli..

  10. budakserius

    Huiyoo hebat giler.tpi malangnya ak msih guna hnset 3310.

    1. JebengOtai

      uih..sy punya 3310 pon dh ilng kemana..hehe

  11. nizamghazi

    Terbaik habis aksesori tu semua.
    iPhone – small but powerfull device

    1. JebengOtai

      aksesori diorg mmg terbaeek la.terliur jgak tgk nya..huhu

  12. puanbee

    perghh macam nak beli je semua kat atas ..huwaaa

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.