Suku Akhir EURO 2012 : Belanda Kecundang

Tinggal baki 4 pasukan lagi untuk melengkapkan kuota 8 terbaik didalam persaingan suku akhir EURO 2012. 2 pasukan terbaru yang layak selepas perlawanan awal pagi tadi ialah Jerman dan Portugal. Berbeza entri sebelum ini Greece dapat melayakkan diri manakala hari ini Belanda pula yang tersingkir bersama Denmark. Tidak hairanlah ketika kejohanan seperti ini para pemain terhebat di kelab-kelab ternama mengalami sindrom ‘hilang skil’ iaitu tidak dapat beraksi dengan menyerlah untuk membantu negara masing-masing selain sindrom ‘terlalu yakin’.

Christiano Ronaldo Score

Pujian
Pujian diberikan kepada Chritiano Ronaldo kerana dapat membantu Portugal layak ke suku akhir EURO 2012 dan dapat menafikan kesemua kritikan yang dilemparkan kepadanya. Ada baiknya kritikan negatif seperti ini mungkin dapat meningkatkan semangat juang pemain. Siapa yang tidak ‘panas’ apabila dibandingkan dengan pemain ternama lain seperti Lionel Messi. Tetapi jika pemain itu sendiri ambil kisah terhadap kritikan negatif seperti itu pastinya pemain itu akan hilang semangat dan tidak dapat beraksi dengan cemerlang.

Suku Akhir
Perlawanan suku akhir EURO 2012 akan bermula dalam beberapa hari sahaja lagi. Saya ramalkan baki 4 pasukan yang layak ke peringkat seterusnya ialah Sepanyol, Croatia, Perancis dan Ukraine. Pilihan Croatia dan Ukraine adalah disebabkan pastinya mereka bermain bermati-matian seperti Greece untuk layak ke peringkat seterusnya. England pasa saya boleh diabaikan walaupun rata-rata pemainnya dikenali beraksi di EPL yang begitu popular di Malaysia berbanding liga lain.

Jebeng Otaiβ„’
tabik spring.. πŸ™‚

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 11 Comments

  1. JebengOtai

    walaupun kalah semua game..ttp sokong belanda jgak.. πŸ™‚

    1. hafizmd

      hehehe…ttp dihati yer bro?

      p/s-tekaan bro silap, ukraine walaupun bermain lebih baik berbanding england, takde tuah utk layak tahun ni…croatia hampir layak, tp iker casillar power pulak…hehehe

      1. JebengOtai

        mmg silap bro..mmg susah nk ramal sapa yg terbaik…sbb semuanya terbaik.. πŸ™‚

  2. hatiputera

    Tahniah kepada belanda kerana memberi laluan kepada portugal ke suku akhir,,,

  3. SuhairiDotCom

    img5.jebengotai.com ni subdomain ko letak gambar ke? Ke ko mask url jebengotai ni? hehehe

    1. JebengOtai

      subdomain bro..sbgai cdn utk load balancing..hehe

  4. onlajer

    kg.Oren, Ulu Tiram kena belasah dgn Kg. Parit Jerman, Kukup.

    1. JebengOtai

      haha..selalu gak lalu sblah kg oren ni..hehe

  5. titan

    oit. germany dengan greece mana???

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.