Sony DSC-RX100

Coupon Zalora

ZALORA 15% Voucher : ZBAP0Q8

Advertisement

Otai Blogosphere

1 comment

Nama gadjet ini hampir menyerupai nama motor ‘jipang’ kepunyaan ayah saya tetapi ianya jauh sekali menyerupai motosikal. Gadget terbaru Sony DSC-RX100 ini merupakan sebuah kamera yang amat unik dan berbeza dari kamera ‘mirrorless’ seperti Fujifilm X1Pro. Ia merupakan kamera kompak ‘high-end’ yang mempunyai kawalan manual (manual mode) sepenuhnya dan beberapa fungsi baru yang mampu menarik perhatian peminat fotografi.

Sensor
Berbeza dengan kamera kompak yang lain, saiz sensornya merupakan yang paling besar diantara semua kamera kompak dan kamera ‘mirrorless’ yang terdapat di pasaran masakini. Sensor yang besar mempunyai kelebihan kerana ia mampu mengurangkan ‘noise’ gambar yang ditangkap kerana walaupun megapiksel besar tetapi jika luas permukaan sensor kecil ia pastinya mempengaruhi kualiti gambar yang dihasilkan.

Sumber : Dpreview

Manual Mode
Mod ini digunakan untuk memberi peluang kepada pengguna memberi sentuhan kreatif kepada gambar yabg ingin dihasilkan. Dengan kawalan bukaan dedaun lensa (aperture) sehingga F1.8, pastinya dapat menghasilkan efek ‘bokeh’ yang menarik dan mampu menangkap gambar didalam keadaan pencahayaan yang kurang baik. Didalam mod ini juga, pengguna boleh memilih ‘shutter speed’ untuk mengambil gambar objek yang bergerak laju malah mampu menangkap imej percikan bunga api di waktu malam.

Sumber : Ecoustics.com

Control Ring
Fungsi terbaru daripada Sony ini memang istimewa. ‘Control ring’ ini memberi sensasi kamera DSLR kepada pengguna. Ia boleh ditetapkan sebagai mengawal zoom, ‘aperture’, ‘shutter speed’ dan lain-lain fungsi terbina kamera ini. Berbeza dengan Fujifilm X1-Pro, fungsi ini lebih ‘versatile’ dan sememangnya dapat memudahkan pengguna mengambil gambar tanpa perlu menekan butang kawalan untuk mengawl tetapan yang dikehendaki.

Sumber : Ecoustics.com

RAW
Berbeza dengan siri kamera kompak konvensional, kebanyakkan gambar disimpan didalam format JPEG. Berbeza dengan DSC-RX100, kamera ini mampu menyimpan gambar didalam format RAW sama seperti Canon G12. Bagi pengguna biasa format ini tidaklah begitu penting, tetapi bagi jurugambar pula format RAW adalah perlu untuk menghasilkan gambar yang cantik setelah di ‘edit’ didalam perisian seperti Photoshop dan sebagainya. Ini kerana format ini menyimpan data 100% sama seperti ketika gambar diambil kerana jika menyimpan dalam format JPEG, kualiti gambar akan berkurangan atau ‘loss’ dan tidak bagus untuk di’edit’ didalam perisian.

Pengganti DSLR?
Untuk dibandingkan secara spesifikasi, adalah tidak adil kamera ini dapat menggantikan DSLR. tetapi oleh kerana saiz dan fungsi mirip kepada DSLR, ia boleh dikatakan mampu menggantikan DSLR didalam situasi tertentu yang memerlukan kamera DSC-RX100 ini beraksi seperti ‘moment’ yang tidak disangka-sangka berlaku didepan mata. Saiznya kecil dan diperbuat daripada aluminium membuatkannya tahan lasak dan mudah untuk dibawa kemana sahaja berbanding dengan DSLR yang turut dilengkapi lensa Carl Zeiss yang begitu sinonim dalam dunia fotografi. Ianya juga sesuai untuk peminat fotografi yang tidak mempunyai budget untuk membeli set DSLR dan lensanya yang agak mahal harganya. Dijangkakan ianya berharga RM 1.5k keatas.

Jebeng Otaiβ„’


Sumber : Dpreview

66 thoughts on “Sony DSC-RX100

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge