rx-1

Sony DSC RX-1 : Sony Sudah Gila

Sony sudah gila. Saya tidak pasti samada syarikat ini sudah hilang akal ataupun terdesak hendak mendapatkan jualan. Mungkin pendekatan berani Nokia Pureview 808 digunakan Sony untuk menghasilkan produk terbarunya selepas DSC-RX100. Sebelum ini saya begitu kagum dengan kebolehan kamera Sony DSC RX-100 dengan fungsi kawalan manual yang terdapat pada DSLR diletakkan pada kamera kompak. Walaupun tidak dapat menukar pelbagai lensa, itu sudah memadai untuk ‘beginner’ membuat latih tubi mengambil gambar tanpa perlu berbelanja lebih. Kebiasaanya, kamera kompak dilengkapi dengan sensor yang agak kecil berbanding DSLR. Manakala sensor ‘full frame’ yang selalunya digunakan pada DSLR berharga puluhan ribu seperti Canon EOS 6D, Nikon D600 atau Sony SLT A99. Sony mengambil pendekatan berani meletakkan sensor ‘full frame’ ini pada kamera kompaknya DSC RX-1.

rx-1
Sony DSC RX-1

Sony DSC RX-1 : Kekurangan

Secara logiknya, sensor yang besar adalah begitu mahal harganya. Disebabkan faktor kos, kebanyakkan kamera kompak memilih sensor yang kecil sebesar kuku kelingking untuk di letakkan didalam kamera masing-masing. Itulah salah satu kekurangan yang paling ketara. Selain itu, kekurangan menggunakan sensor besar ini adalah ‘crop factor’. Ianya tidaklah memberi kesan jika kita mengambil gambar potrait atau lanskap biasa, tetapi ianya memberi masalah apabila kita ingin menggunakan lensa telephoto kerana ia memerlukan lensa yang lebih panjang, jarak bukaan,direka khas dan lebih mahal berbanding dengan lensa yang menggunakan sensor APS-C yang sekarang ini banyak terdapat di pasaran.

Sony RX-1 : Kelebihan

Banyak juga kelebihan kamera menggunakan sensor ‘full frame’ ini. Antaranya, musuh tradisi para photographer iaitu bunyi atau ‘noise’ yang terdapat pada gambar boleh di buang dengan efisien. Ini kerana cahaya boleh dipancarkan kepada sensor tanpa perlu ‘overlapping’ dengan partikel cahaya imej yang lain. Ianya memberi kelebihan memberi tona warna natural didalam situasi yang kurang cahaya. Tiada bantuan flash, kita masih boleh merakam gambar dengan sempurna. Kamera ini dilengkapi dengan rakaman gambar HD 60 frame per saat. Rakaman HD yang lancar dan tiada masalah.

Sony RX-1 : Legasi Leica Musnah

Ramai juga yang kagum dengan kerja gila Sony ini. Ada yang menjangkakan legasi kamera lagenda Leica akan musnah disebabkan kemunculan RX-1. Bertahun-tahun Leica dikatakan kamera yang boleh memberi ‘kehidupan’ kepada gambar. Bagi orang kebanyakkan, kamera Leica ini seperti kamera lama tetapi kualiti gambar yang dihasilkan sangat cantik dan menarik. Sony DSC RX-1 ini telah mengatasi prestasi Leica dari segi ISO dan lain-lain. Dikhabarkan kamera RX-1 ini akan dijual lebih kurang RM8,000 keatas.

Jebeng Otaiā„¢

35 thoughts on “Sony DSC RX-1 : Sony Sudah Gila

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge