Selamat Kembali

Hampir 5 hari blog JebengOtai ditinggalkan sementara untuk membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri dan beraya di rumah sanak saudara. Tidak terlambat saya ingin memohon maaf atas salah silap sepanjang penulisan saya didalam blog ini. Mungkin ada idea, balasan komen dan lain-lain yang mungkin saya terlepas pandang yang menyakitkan hati rakan-rakan blogger sekalian. Bagi saya tidak salah berbeza pendapat tetapi tidak bermaksud untuk mengecilkan hati sesiapa. Hari Raya tahun ini sama seperti sebelumnya, saya tidak dapat beraya sangat kerana mungkin saya akan menerima panggilan untuk menguruskan hal yang berkait dengan pekerjaan. Tidak seronok sebenarnya beraya dalam keadaan ‘standby’ mode ini. Tetapi apakan daya, tugas tetap tugas. Walaupun tugas saya tidaklah begitu penting berbanding mereka yang bekerja pada Hari Raya seperti anggota polis, bomba dan sebagainya yang terpaksa berkorban masa dengan keluarga demi menjaga keselamatan dan kelancaran kehidupan rakyat Malaysia di waktu perayaan ini. Terima kasih diucapkan kepada mereka.

selamat kembali

Ops Selamat telah dimulakan sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri lagi. Sehingga kini, ada sumber yang mengatakan kemalangan dan kecurian ketika musim perayaan ini berkurangan. Statistik masih belum dikeluarkan kerana operasi ini belum tamat sepenuhnya. Mungkin operasi kali ini sangat memberi kesan positif dibantu dan disokong banyak pihak seperti PLUS yang menghentikan operasi selenggara jalan sebelum Hari Raya dan Kementerian Pelajaran yang meluluskan cuti sekolah awal untuk pelajar pulang ke kampung. Kempen-kempen berterusan dikaca televisyen dipaparkan untuk memberi kesedaran secara langsung kepada semua orang supaya memandu dengan berhati-hati. Diharap ketika warga kota pulang dari kampung untuk kembali bekerja dapat mengekalkan pemanduan cermat dan mendapatkan rehat secukupnya sebelum memulakan pemanduan. Sehingga entri ini ditulis, saya masih lagi tidak berkesempatan untuk beraya (blogwalking) diblog rakan-rakan sekalian kerana ada sedikit urusan yang ingin diselesaikan.

Jebeng Otaiβ„’
selamat hari raya dan selamat kembali, Β berhati-hati ketika memandu. πŸ™‚

p/s: mmg best la tgk izara aishah dlm vanilla coklat raya..hehe

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 33 Comments

  1. akubiomed

    Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.:-)

    1. jebengotai

      selamat hari raya gak bro..maaf zahir dan batin πŸ™‚

  2. titan

    samalah. bosan gak kalau kena on call aje nih..

    1. jebengotai

      mmg tensi..lepas raya jom bercuti bro..hehe

  3. Nadot

    slamat hari raye juge!! πŸ˜‰

  4. zool

    den pun tak berupdate blog.. tak sihat dan hari raya memang sibuk

    1. jebengotai

      yela..ade yg sibuk menyambut tetamu..ttp sy sibuk wat keje kat pejabat..huhu

      1. hatiputera

        aku pun tak sempat nak update blog sebab berada dikampung.tiada akses 3g.hoho

  5. Leeza dayasari

    pandu cermat jiwa selamat……..

      1. hatiputera

        ramai orang berlumba-lumba di kala raya nie. memang kena berhati-hati.

  6. Cikgu Hairul

    Selamat hari raya bro. selamat standby. Sama la kita..
    Blog saya masih dalam mod sakit. Pening kepala juga. dah seminggu down.

    1. jebengotai

      tu la..hrap2 semuanya ok lepas raya nnt.. πŸ™‚

  7. Denaihati

    Selamat hari raya n maaf zahir batin utk bro sekeluarga juga

  8. Mak lagenda

    Standy mode dihari raya beng?? Hurmmm…selamat bekerja dan selamat hari raya ya beng. Maaf jika ada terkasar bahasa dan bergurau melampau batasan.

    1. jebengotai

      yela..selamat hari raya utk mak dan family.. πŸ™‚

  9. puteri kasih

    selamat hari raya JO..maaf andai ada tersilap kata atau terkasar bahasa selama mengomen kat sini πŸ™‚

    1. jebengotai

      sama2..selamat hari raya maaf zahir danbatin ya.. πŸ™‚

  10. hatiputera

    selamat hari raya aidilfitri bro dari hatiputera sekeluarga.

    1. jebengotai

      selamat hari raya juga utk bro sekeluarga.. πŸ™‚

  11. daddydee

    beli paper untuk baca berita eksiden…asal raya itu la tajuk utamanya…

    1. jebengotai

      tp skng mcm dh berkurangan sedikit.. πŸ™‚

  12. daddydee

    selamat hari raya aidilfitri tuan…

  13. budak felda

    ha’ah mmg tak best tgk izara aishah dlm vanilla coklat raya

      1. hatiputera

        Boleh la buat layan sikit-sikit vanilla coklat edisi raya tu..hehe

  14. zuan

    ramai suka buat mcm tu skrng ni πŸ™‚

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.