Respon : The Truth About Lynas – Ariffshah

Entri ini ditulis atas dasar percaya projek Lynas boleh membawa kebaikkan kepada rakyat Pahang terutamanya di Gebeng. Sudah lama saya ingin menulis entri berkait dengan projek ini tetapi mengambil masa yang agak lama mengkaji baik buruk sebelum mula menulis. Adalah tidak wajar saya melanggar konsep ‘Blogger Memberi Manfaat’ disebabkan menulis semberono tanpa menilai dan mengkaji hal sebenar. Saya setuju dengan idea Denaihati.com

Jangan setuju dengan apa yang aku tulis kerana ini hanya pendapat peribadi. Tidak salah jika ANDA ingin kongsikan pandangan walaupun ianya berbeza kan Malaysia negara demokrasi tak kan kita mesti harap orang setuju dengan pandangan kita dan jangan pula kita paksa orang setuju dengan pandangan kita. Denaihati.com

Tujuan entri kali ini bukan untuk mencari gaduh tetapi menyatakan jawapan sebenar logik akal kepada isu-isu berbangkit yang ditulis di blog Ariffshah.com. Saya bukan kaki membodek untuk mendapat perhatian pihak-pihak memerintah atau pembangkang akan tetapi pendirian saya lebih kepada membela perkara benar dari tuduhan liar yang tiada asas dan menyeleweng sama sekali.  Apa pun jawapan isu-isu yang dibangkitkan ini dijawab sendiri oleh pihak Lynas dan bukannya jawapan yang direka daripada saya.

sumber :  MyNewsHub

Rakyat perlu tahu, kerja-kerja tanah untuk pembinaan kilang Lynas telah dibuat sebelum tahun 2009, begitu juga dengan sesi penerangan kepada kerajaan negeri dan wakil-wakil politik negeri Pahang. Ketika itu tidak ada sebarang bantahan kedengaran daripada pihak-pihak terbabit, terutama dikalangan parti pembangkang.

Isu ini timbul semula pada Mac 2011 lanjutan daripada kejadian gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun sehingga menyebabkan kebocoran radiasi di Loji Nuklear Fukushima. Kononnya kebocoran radiasi yang sama boleh juga timbul dari pelepasan sisa radioaktif oleh kilang Lynas Corporation.

Penulis sudah sebutkan, kilang Lynas bukanlah sebuah kilang nuklear seperti yang ditohmahkan pembangkang, kilang Lynas juga tidak sama dengan Asian Rare Earth (ARE) di Bukit Merah, Perak.

Semua ini adalah fakta yang tidak mampu dijawab oleh pihak pembangkang dan kumpulan penentang Lynas yang dinaungi mereka. Hari ini penulis ingin menambah lagi beberapa fakta yang diselewengkan oleh pembangkang dan kumpulan penentang Lynas untuk pengetahuan semua pembaca agar tidak terkeliru dengannya.

1. Lynas menyebabkan hujan radioaktif Hujan radioaktif hanya akan berlaku jika pelepasan radionuklid yang berkepekatan tinggi di udara, sedangkan ini tidak akan berlaku dalam Operasi Lynas kerana Penafsiran Impak Radiasi untuk senario terburuk pun menganggarkan pelepasan sebanyak 0.002mSv/tahun iaitu 500 kali ganda lebih kurang daripada Had Dos Maksimum yang dibenarkan kepada orang awam oleh AELB. Ini dalam scenario terburuk, dalam senario terburuk, dalam keadaan biasa ia jauh lebih rendah dari itu.

2. Lynas menghasilkan asid yang boleh mencemarkan tanah Semua proses berkaitan dengan asid dilakukan di atas struktur konkrit yang boleh membendung tumpahan asid jauh dari tanah.

3. Tidak ada kajian radiasi dalaman dilakukan oleh Lynas Fakta ini juga tidak betul kerana Penafsiran Impak Radiasi disediakan mengikut semua keperluan undang-undang Malaysia dan standard IAEA. Penafsiran Impak Radiasi adalah satu penilaian risiko terhadap kumpulan sasaran (pekerja dan orang awam) yang telah mengambil kira semua kemungkinan tentang cara atau laluan pendedahan..

4. Operasi Lynas menyebabkan kanser dan kecacatan kepada bayi baru lahir Pada penulis, dalam banyak-banyak pembohongan, yang ini adalah yang paling jahat sekali. Unjuran Kementerian Kesihatan pada 2007 menunjukkan kes kanser adalah sebanyak 720 kes bagi setiap juta penduduk. Walaupun tanpa Lynas, anggaran kanser dan radiasi latar belakang tapak Lynas dibina ialah sebanyak 35 kes per juta penduduk. Manakala apabila kilang Lynas beroperasi, anggaran kanser kepada orang ramai disebabkan operasi Lynas hanyalah 0.1 kes perjuta orang (Penafsiran Impak Radiasi) {daripada 0.002 mSv/year}

5. Radon dan Thoron dari kilang Lynas boleh bertebaran sejauh beribu-ribu batu dan menyebabkan masalah kesihatan Sekali lagi, satu pembohongan berniat jahat kerana hasil kajian menunjukkan kadar pendedahan di kawasan pagar Lynas bagi kedua bahan tersebut adalah jauh lebih kurang dari standard yang ditetapkan AELB (rodon = 0.00002 mSv setahun, thoron = 0.002 mSv/setahun). Lagipun rodon dan thoron punya jangka hayat yang pendek dan tidak akan bergerak jauh. Ini bermakna apabila radionuklid terbentuk ia akan segera berubah menjadi pepejal dan tidak akan tersebar jauh dari kilang.

6. Tiada Tahap radioaktif selamat Dakwaan ini juga salah. Radiasi ada dimana-mana (waima menonton television dan menggunakan telefon bimbit). Beberapa kawasan di Malaysia mempunyai purata paras radiasi lebih tinggi daripada purata radiasi dihasilka oleh Lynas tapi tidak menyebabkan sebarang masalah kesihatan kepada penduduk.

7. Lynas tidak membawa sebarang menafaat kepada Malaysia dan Kuantan Penulis ketawa membaca dakyah palsu yang ini. Logiknya mana mungkin pelaburan berbilion ringgit tidak membawa menafaat kepada penduduk dan kawasan terlibat? Untuk pembinaan saja, semua kontraktor yang digunakan adalah kontraktor tempatan dan bila siap, kilang ini bakal memberi peluang pekerjaan kepada ribuan orang penduduk sekitar Kuantan.

8. Sisa Lynas disimpan secara kekal di tapak kilang Sisa atau residue ini tidak akan disimpan di tapak kilang walaupun kemudahan simpanan sisa (RSF) telah direkabentuk untuk penyimpanan kekal. Malaysia sudah mempunyai keupayaan untuk melupuskan sisa merbahaya industri ini sejak 1995 lagi melalui sebuah anak syarikat Kumpulan UEM di Negeri Sembilan.

9. Lynas menghasilkan 32,000 tan sisa setahun dengan kadar thorium sebanyak 0.165% setahun. Fakta ini jelas mengelirukan seolahnya Lynas menghasilkan 50 tan thorium setahun. Hakikatnya Lynas tidak sama sekali mengekstrak thorium mahupun memekatkannya. Walaupun jumlah residue adalah besar, kepekatan thorium tetap sama kerana Lynas tidak memekatkan bahan tersebut.

10. Standard China digunakan untuk mengisytiharkan sisa sebagai bahan radioaktif Ini juga satu pembohongan kerana salah satu sebab produk nadir bumi China menghadapi kesukaran menembusi pasaran EU ialah kerana standard yang diguna pakai tidak memenuhi standard antarabangsa. Kilang Lynas di Malaysia menggunakan standard Malaysia yang jauh lebih ketat daripada standard ditetapkan oleh badan antarabangsa seperti IAEA.

11. Mengikut undang-undang Australia, sisa perlu dikembalikan ke lombong Undang-undang seperti ini tiada di Australia kerana undang-undang negara tersebut hanya menghendaki sisa disimpan di tempat simpanan selamat yang dibina mengikut undang-undang Australia, bukan dikembalikan ke lombong seperti mana dakwaan pembangkang di Malaysia.

Ini adalah sedikit sebanyak penerangan mengenai pembohongan pembangkang dan kumpulan penentang Lynas berhubung pengoperasian kilang Lynas di Malaysia. Isu yang dimainkan jelas tidak layak untuk dibicarakan oleh mereka yang bukan ahli dan ini diakui sendiri oleh pakar nuklear dari PAS, YB Dr. Che Rosli Che Mat (Hulu Langat).

JebengOtai™
kdg2 betapa kerdilnya kita semakin byk kita belajar..semakin banyak yang kita tidak tahu..

Gambar : CharlesHector

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 23 Comments

  1. JebengOtai

    mcm2 respon psl isu lynas ni..kdg2 geli hati ade yang jauh menyimpang..

  2. Denaihati

    penerangan yg bagus tu bro. yg menyimpang tu main ikut2 je. kita yg bukan pakar ni, dengar dr betul2 pakar yg dalam bidangnya.

    1. JebengOtai

      btul..walaupon pendapat berlainan jika perkara itu benar..kita harus tegakkan..

      1. hafizmd

        yg sedihnye…bila ramai yg tak nak dengar dari mereka yg benar2 tahu duduk perkaranya…

        ibarat nak dengar suara itik, p duduk dalam kandang kambing…

  3. riffzam

    yang pakar pun telah menyatakan kebenarannya, pakar dari peringkat antarabangsa malah dari dalam negara sendiri pun dah menyatakan bahawa projek ni boleh dilaksanakan di Malaysia.

    dan saya yakin, dalam setiap projek yg dilaksanakan di negara kita, telah dijalankan oleh mereka yang pakar sebelum dilaksanakan.

    insyaAllah. dengan izinNya, projek ini tak beri impak yang seperti dimomokkan yang dimainkan oleh mereka mereka tersebut.

    1. JebengOtai

      mereka diberi maklumat yg salah oleh pihak2 tertentu.. jika mereka faham intipati projek..ape yg dilombong..bagaimana kawalan risiko..pasti mereka setuju..

  4. Kimmy

    Ada juga yg cuma mengikut orang tu orang ini tanpa mengkaji sendiri perkara tersebut

    1. JebengOtai

      budaya ikut-ikutan ni mmg bahaya..jika kita ikut benda yg betul tak pe..tp kalo yg ikut tu benda salah..bagaimana?

  5. segalabenda

    memang la bro…akibat dari propaganda yang dilakukan oleh sesetengah pihak sampai semua orang jadi takut termasuk la aku

  6. GreenLava

    1. “Rakyat perlu tahu, kerja-kerja tanah untuk pembinaan kilang Lynas telah dibuat sebelum tahun 2009, … Ketika itu tidak ada sebarang bantahan kedengaran daripada pihak-pihak terbabit”
    -YB Fuziah Salleh dah mula bantah Lynas ni dari tahun 2008 lagi.
    http://fuziahsalleh2.wordpress.com/2008/11/19/teks-ucapan-perbahasan-peringkat-jawatankuasa-kementerian-sumber-asli-dan-alam-sekitar/

    2. Pembinaan kilang Lynas bermula sebelum 2009, tapi peraturan berkaitan (dalam akta) hanya di gazet pada Ogos 2011. Tak pelik ke?
    “(1) Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Perlesenan Tenaga Atom (Pengurusan Sisa Radioaktif) 2011.
    (2) Peraturan-Peraturan ini mula berkuat kuasa pada 16 Ogos 2011. ”

    3. “Malaysia sudah mempunyai keupayaan untuk melupuskan sisa merbahaya industri ini sejak 1995 lagi melalui sebuah anak syarikat Kumpulan UEM di Negeri Sembilan.”
    -Anak syarikat UEM >> Kualiti Alam Sdn Bhd di Bukit Pelandok. Tapi setahu saya Kualiti Alam tiada fasiliti untuk lupuskan sisa radioaktif.

    4. Asian Rare Earth (ARE) kat Bukit Merah dulu pun International Atomic Energy Agency’s (IAEA) cakap ok gak. Sekarang tengok apa jadi?

    1. JebengOtai

      point yg menarik..mungkin ade yang saya terlepas pandang..xpe,kite kaji satu2..

      1. YB Fuziah tu ahli parlimen..tp kenapa die x bantah kat parlimen??..

      2. Di Malaysia sblum akta diwartakan..perlu melalui proses berikut..penambaikkan dan perketat undang tragedi bukit merah itu..

      3. Kualiti Alam ade facility utk pengurusan sisa radioaktif = toxic waste

      4. Apa yg sy boleh katakan ialah perbezaan teknologi thun 1982 dan thun 2012..berbeza dgn dulu,mereka hanya bina trench shja berdekatan kilang..teknology bru digunakan menguruskan sisa ini..engineered cell..

      1. akubiomed

        Apa yang tahu Nuklear Agensi Malaysia di Bangi mempunyai fasiliti penyimpanan bahan radioaktif berjadual. Mungkin ramai tidak tahu Nuklear Agensi Malaysia mempunyai loji Nuklear yang dikenali Reaktor TRIGA PUSPATI (RTP)yang mula beroperasi sejak tahun 1982 hingga kini tetapi untuk kegunaan perubatan dan penyelidikan setelah sekian lama.

        Sinaran Alpha boleh dihalang dengan sekeping kertas dan kulit manusia pun sudah mencukupi tetapi sinar Alpha ini menjadi berbahaya jika termasuk kedalam badan melalui saluran pernafasan dan penghadaman kerana sinar radiasi pendek akan memberi kesan kepada anggota dalaman badan.

        Memang benar radiasi ada dimana-mana termasuk pakaian yang kita pakai pun mengandungi radiasi.

        Apa pun kerajaan telah membenarkan Lynas dibina di Gebeng.

        1. JebengOtai

          dunia makin lama makin maju..thorium berkemungkinan besar menggantikan uranium yang lebih membahayakan kesihatan..

        2. hafizmd

          satu info menarik ni bro AB.

          thanks yer berkongsi…terutamanya bab2 radiasi tu…

          1. JebengOtai

            Sy hnya share..mereka yg berilmu dah cube menerangkn hal sbnar..tp ade pihak yg mengusutkn ag keadaan dgn propaganda mereka..

  7. GreenLava

    1. Klik la link yang saya bagi tu, memang bantah kat parlimen pun.
    2. Undang-undang tu hanya mula wujud dan berkuatkuasa pada 16 Ogos 2011, sebelum tu tak ada. Akta memeang ada sejak 1984 lagi, tapi tak sentuh pasal sisa radioaktif. Sebab tu la kena buat peraturan baru. Nampaknya sdr tak baca akta yang saya linkkan tu.
    3. Yang Kualiti Alam handle hanyalah Bahan Buangan Terjadual iaitu sebahagian dari toxic (hazardous) waste.
    “The Waste Management Centre treats and disposes of all 77 categories of scheduled wastes as listed in the Environmental Quality (Scheduled Wastes) Regulations 2005, except radioactive, pathological and explosive waste.
    petikan perenggan 3 dari
    Dah jelas dalam petikan di atas sisa radioaktif tak termasuk dalam skop mereka.
    4. Point saya adalah mengenai kredibiliti IAEA. Bayangkan dulu pasang trench sajapun boleh approve.

    1. JebengOtai

      1. sy dah klik..tiada satu statement yg mengatakan dia bantah..hanya menyarankan kajian lanjutan @ DEIA..

      2,3,4

      Proses mendapatkan Thorium dari mineral monazite terdapat berbagai cara..apa yg pasti Lynas menggunakan method Acid Opening..tiada radioactive waste seperti loji nuklear..
      http://en.wikipedia.org/wiki/Monazite

      mengapa perlukan facility dan akta pengurusan radioactive walhal byproduct x der radioactive..??..

      p/s: kertas pon mempunyai radioactive jugak

  8. Juan

    saya x berapa faham, akan tetapi nmpknya saya lebih bersetuju dengan lynas tidak bahaya dengan fakta fakta yg diberikan

    1. JebengOtai

      bijih monazite mmg semulajadi beradioaktif..ttp menghasilkan sinaran alpha sahaja..tidak tembus kulit..

      ape yg bahaya ialah tumpahan asid pekat 98% kedalam tanah dan boiler meletup utk kejadian buruk yg boleh berlaku..

      Undang2 ketat dibentuk untuk mengawal aktiviti Lynas ni..kerajaan mmg prihatin kepada permasalahan rakyat dan pada masa yang sama mencari alternatif menjana ekonomi Malaysia..

      amat sukar memandang kiri dan kanan serentak 🙂

  9. rahman

    aku malas nak komen bab ni.. nanti orang kata aku bawa isu perkauman 🙂

    1. JebengOtai

      yela..kdg2 baik diam dri berkata2..

      p/s: tp byk isu mcm felda dan lain2 dtg dri pihak yg sama..kdg2 terkilan jugak berita palsu yg x benar ni..

  10. Jobless Girl

    Tidak kepada Lynas!! TIDAK !! TIDAK!!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.