Reaktor Nuklear Mini

Galakan, dorongan dan motivasi positif boleh menjadi seseorang tidak kira tua atau muda berjaya melakukan sesuatu yang difikirkan mustahil pada awalnya. Hal ini kerana faktor-faktor dorongan dari guru-guru Jamie Edwards yang berumur 13 tahun, membolehkan beliau berjaya membina ‘reaktor nuklear mini’ untuk projek sains sekolah beliau di Preston. Beliau telah berbincang dengan pengetua sekolah beliau untuk menghasilkan projek ini sekaligus meletakkan beliau antara yang termuda menghasilkan ‘reaktor nuklear mini’ ini menggantikan Taylor Wilson, berjaya melakukannya pada umur 14 tahun.

reaktor nuklear mini
Credit : Dailymail.co.uk

Reaktor Nuklear Mini : Penggabungan Atom
Saya ingin meminta maaf jika terma yang saya gunakan tidak tepat bagi mereka yang mahir dan pakar dalam bidang nuklear. Terdapat perbezaan antara ‘fusion’ dan ‘fission’. ‘Fission’ ialah kaedah dimana, 1 atom dipisahkan menjadi 2 unsur lain yang lebih ringan dan berlainan. Berbeza dengan ‘fusion’, dimana 2 atom berlainan unsur digabungkan menjadi 1 atom lebih berat dari unsur sebelumnya. Proses ini membebaskan tenaga yang besar dan boleh dimanfaat untuk menghasilkan tenaga elektrik.

reaktor nuklear mini
Nuclear Fusor Project

Reaktor Nuklear Mini : Bintang Dalam Balang
Jamie Edwards berjaya melakukan proses ‘fusion’ menggunakan teknik Fusor dimana atom digabungkan melalui IEC atau ‘Inertial Electrostatic Confinement’. Ia menghasilkan cahaya kebiruan seperti bintang didalam balang kaca.

Reaktor Nuklear Mini : Harapan
Proses ‘fusion’ ini lebih selamat dan bahan-bahan seperti sisa radioaktif boleh dielakkan dan pencemaran alam sekitar dapat dikurangkan. Kaedah ini dijangkakan memberi harapan baru kepada manusia untuk menggunakan tenaga bersih dan lebih efisien. Harapan saya pula, alangkah bagusnya jika generasi muda sebaya Jamie Edwards di Malaysia dapat melakukan perkara yang sama.

Info : DIY Nuclear Fusor

Jebeng Otai™
muda2 ag dh power.. 🙂

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 2 Comments

  1. onlajer

    oh dah lama aku tak explore website tuh

    1. jebengotai

      diy tu ker…mmg ptt kene explore bro..mcm mudah je projek tu..huhu

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.