Punca Kesesakan Jalan Raya

Kerap kali kita mengeluh apabila tersekat di dalam kesesakan lalu lintas atau jalan raya ketika hendak pergi kerja mahupun pulang dari tempat kerja. Dari tahun ke tahun jalan yang diturap digembur semula untuk meluaskan lagi jalan raya bagi melancarkan perjalanan dan akhirnya menjadi rutin tahunan untuk membina jalan raya yang baru. Walaupun dibina 10 lorong sekalipun kesesakan jalan raya pasti akan berlaku kerana penggunaan pengangkutan awam yang tidak efisien. Sebagai contoh seramai 100,000 orang pergi bekerja pada tepat 7 hingga 8 pagi, jika kesemuanya menaiki kereta sebagai pilhan pengankutan jumlahnya pasti tidak dapat ditampung oleh kapasiti jalan raya dan akhirnya menyebabkan kesesakan jalan raya. Dengan jumlah kereta yang begitu banyak ia turut menyumbang gas karbon monoksida yang mencemarkan alam sekitar dan menjadi faktor kesan rumah hijau. Kesan-kesan ini seperi kesan domino kerana ia juga mengakibatkan perubahan cuaca yang drastik seperti berlakunya banjir tidak mengikut musim, kemarau yang panjang, salji tebal dan sebagainya.

Punca
Kita boleh menuding jari kepada sesiapa sahaja punca-punca berlakunya kesesakan jalan raya dan tidak pernah menyalahkan diri atas sikap angkuh dan mementingkan diri kita. Ia sememangnya berpunca dari manusia itu sendiri yang mengambil ringan dalam semua aspek penjagaan alam sekitar kerana ianya bukan dibeli oleh hasil titik peluh kita, mungkin kerana itu ianya seperti dianaktirikan. Jika kita sebagai manusia terus mementingkan diri sendiri, generasi baru akan datang pasti tidak dapat merasai kesegaran udara yang dihirup setiap awal pagi.

Kesesakan jalan raya

Terdapat satu badan yang bernama Earthian yang mempunyai objektif untuk memberikan kesedaran kepada golongan pelapis seperti murid-murid dan pelajar-pelajar atas permasalahan ini.Kita perlu sedar dan mempunyai rasa tanggungjawab atas kelakuan kita terhadap Bumi ini.Sebagai khalifah kita tidak sepatutnya melakukan kerosakan keatas muka bumi dan alam sekitar.

Jebeng Otaiā„¢
sama2 kiter merenung kembali apa perubahan yang boleh dilakukan oleh kita dan lebih prihatin tentang apa yang berlaku pada alam sekitar

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.