Projek Tema : Tema Terpantas WordPress

Cemburu juga melihat Puan Bee berjaya menempah tema terbarunya dari Affan Ruslan. Menarik dan ringkas. Rasa seperti ingin menempah ‘child theme’ Genesis ini juga. Tetapi apakan daya, saya tidak menggunakan framework Genesis dan sudah lama saya gunakan plugin SEO dari Yoast. Alangkah bagusnya jika ada framework SEO yang boleh gunapakai tetapan dari plugin SEO Yoast. Memang segera saya menempah tema tersebut. Susah juga kriteria yang ditetapkan oleh Google. Ringkas, laju dan kreatif. Rasanya macam mustahil pula hendak capai ketiga-tiga kriteria tersebut sekaligus. Jika dapat mencapainya, pasti sedikit sebanyak membantu laman web dari segi PR, Alexa dan analisis yang lain.

Tema

Projek Baru : Tema Sendiri

Ini hanyalah angan-angan saya sahaja. Jika saya ada kemahiran seperti bro Affan Ruslan, saya memang berniat mahu mencipta tema saya sendiri. Dengan menggunakan kriteria Google sebagai objektif mungkin dapat menghasilkan tema yang paling laju dan dan menarik. Teori saya ini mungkin betul dan mungkin juga tidak kerana ia hanyalah angan-angan sahaja. Apa yang penting ianya ringkas dan dapat menyampaikan apa yang tersirat didalam setiap entri. Itu sudah cukup bagi saya.

Projek Baru : Laju

Salah satu cara untuk menjadikkan sesuatu tema itu pantas ialah dengan meletakkan javascript dibahagian paling bawah. Maksudnya kod tersebut akan dijalankan setelah kesemua kod HTML dan CSS habis dipaparkan. Ketika pelawat sudah mula membaca entri, javascript tersebut akan selesai loading dan menjalankan fungsinya. Mungkin juga saya akan menyediakan ruangan iklan Adsense atau Nuffnang tetapi paparannya terletak di bahagian atas atau header manakala scriptnya dibahagian ‘footer’. Pernah juga beberapa kali saya cuba, tetapi gagal untuk modifikasi tema yang saya gunakan ini.

Projek Baru : Kreatif

Entri Webp vs JPEG telah menarik minat saya untuk mengetahui potensi format ini. Kebetulan pula patch untuk membolehkan format Webp ini digunakan dan dipaparkan di Firefox. Format ini mungkin dapat membantu angan-angan saya membina tema terpantas. Saiz gambar yang digunakan didalam tema menjadi kecil tetapi kualiti gambar tetap sama dan tidak pudar.Untuk menghasilkan tema menarik tidak mustahil lagi. Lebih-lebih lagi jika patch tersebut diletakkan di Google Apps untuk sebagai CDN. Ia sudah tentu menjadi laju dan tiada masalah.

Projek Baru : Ringkas

Tema CSS. Mungkin ada yang pernah dengar tentang tema jenis ini. Ia mengoptimakan penggunaan CSS untuk mengurangkan javascript. Kurang javascript, bertambah laju loading laman web. Memang seronok kalaulah dapat merealisasikan angan-angan ini. Jika berjaya mungkin saya akan berikannya percuma. Sebabnya senang hendak ber’blogwalking’ dan mengeratkan silaturahim.

Projek Baru : Mesra SEO

Walaupun Google menetapkan kriteria Laju, Ringkas dan Kreatif, SEO juga begitu penting peranannya bagi seorang blogger. Setiap blogger sangat menginginkan menduduki carta pertama enjin carian. ini boleh dibantu dengan menggunakan kod ‘canonical url’ di tempat yang sepatutnya. Ia juga membantu menyelesaikan masalah seperti ‘duplicate content’ dan dapat mengelakkan ‘patukkan penguin’ secara keseluruhan. Disamping berblogging, kita boleh menjana pendapatan.

Jebeng Otaiβ„’
Ini hanyalah rekaan jer..entah boleh buat ke idaknya..hehe

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 95 Comments

  1. hatiputera

    Boleh sahaja kalau ada kemahuan dan kesungguhan serta minat bro. Boleh buat freelance macam affan nanti.

      1. rahman

        kena yakin boleh bro πŸ™‚

    1. budak felda

      ha’ah boleh jer bro..aku pun tgh berkira nak tukar themes lebihmesra seo…ada cadangan ?

        1. budak felda

          yang premium ek…:) boleh guna duit bonus nie..hehehe

          1. budak felda

            tu la mmg bfikian mcm tu jugak hehehe

    2. chii

      betul2..as long ada kemahuan..pastu kena byk blaja dr org2 yg pro..eehhe

  2. Blog Asyraf

    Insyaallah bro boleh jadi macam bro Affan Ruslan nanti. Usaha banyak2 ehhe.

      1. Blog Asyraf

        Boleh tempah kat bro nanti ehehehe..

  3. Blog Asyraf

    Theme puanbee.com memang menarik..ringan..

      1. iAwani

        laju bedesup time bukak blog dia.

      2. nurmisnan

        beliau sudahbanyak kali tukar theme.. finally sudah dpt yang sesuai…

        1. jebengotai

          yela..rasanya mesti die tersenyum sepanjang hari..hehe

  4. Leeza dayasari

    waaaa hebat… hmmm rasanya leeza belum sampai tahap mcm tu.

  5. titan

    bab-bab kacau koding nih..aku malas betul. dah tak rajin macam waktu muda-muda dulu..

    1. chii

      skrg ni sibuk ngn ain & cendol je..eheheh..

      1. hafizmd

        samalah…bila penyakit malas mengusai diri..hohohohoooh

    2. mak lagenda

      Mak pun sama cam ko tan. Bab usik2 koding nih, mmg x kuasa la heh. Tingin gak tukar themes baru tp MALAS nk ubah koding sini sana.

      Beng, ko la tlg mak tukar themes..boleh?? Ha ha ha..

    3. irsah

      Eh2 dah tua rupanya huhuhuhu.. masih ada lagi yang sayang…

  6. Cikgu Hairul

    Tiada yang mustahil untuk dicapai bro. Tetapkan matlamat dan terus fokus dalam mencapai matlamat yang ditetapkan. Insyallah berjaya.

  7. Mus

    kalau dah siap theme tu.. bolehlah saya kami test nanti..

    1. hafizmd

      Kita mesti cuba…moga berjayalah bro Jo berfikir utk realisasikan impian ni…ameen

  8. Juan

    aku sbnrnya nak belajar buat tema sendiri, pernah aku study sampai 20% cara nak buat tema, akibat kekangan masa dan mood, so aku tinggalkan dan lupa semuanya, sebabnya kalau aku dapat buat tema sendiri, aku akan dapat design mengikut cita rasa sendiri dan optimise SEO dan iklan dengan lebih baik, rasanya mcm nak kaji balik la

  9. iAwani

    saya pula sama theme dengan Juan & Mus – pakai theme Mystique. Memenuhi keperluan. Sebearnya saya suka theme black & white saja. Macam NewYorkTimes dotkom.

  10. Kulanzsalleh

    Moga berjaya mencapai impian menghasilkan tema sesuai dengan kriteria yang dikehendaki

    1. jebengotai

      harap2 la..hehe..tp mungkin hanya child theme shja..kalo start dri kosong rasanya x mampu..huhu

  11. Blog Keperawatan

    Dapat tambahan ilmu lagi di sini sahabat, terima kasih berbaginya ini

  12. daddydee

    tahniah…tuan memang rajin bereksperimen…saya malas nak godek html….heheheh

    semoga berjaya tuan…

  13. chii

    buat masa ni..chii selesa ngan twnty eleven..tgk la kalau rajin..baru cari yg lain plak..ehehe

    1. jebengotai

      btul2..kalo dh jumpa yg ag best bru tukar..

  14. azmanisma

    Kalau ada kemahiran dalam bidang nih…apa salah nya..dah berjaya boleh dikongsikan dengan rakan2 sebagai tester…lepas tu boleh jual macam DIY Theme – thesis hehehe…

  15. puteri kasih

    selagi ada kemahuan semuanya akan mampu terlaksana..fikirkan boleh πŸ™‚

    1. jebengotai

      nk seribu daya..x hendak seribu dalih..hehe

  16. sjiehan

    affan tu mmg pandai bab2 ni… geng wootmedia

  17. sjiehan

    ala, xlama lagi bro pulak…

    saya doakan bro semoga berjaya!

  18. Ibu Mifzal Arsyad

    sy pun impikan nak punya tema wordpress sebegitu… Simple, ringan dan laju.

    Good luck…

  19. zool

    semoga berjaya bro. kalau berjaya buat tema camtu, bolehlah saya upah bro.. saya memang tak berapa sangat hal-hal design2 tema ni

    1. jebengotai

      angan jer2 ni..hehe..akan dicuba.. πŸ™‚

  20. Shack

    usaha tangga kejayaan bro..keep it up

  21. syahrilhafiz

    thesis masuk bro dengan yoast SEO, aku dah guna
    dan nak jadi macam abam affan, pandai main css, je cantik la weblog ni nanti..

  22. Sobri Mansor

    Kalau jumpa theme yang berkenan di hati, lebih bagus kalau ditukar. Aku dah guna pakai theme twenty eleven child theme ni dari tahun lepas lagi. Sebelum tu bertukar theme je kerjanya. hehehehe

    Semoga terus berjaya bro

    1. jebengotai

      kalo x kene theme ngn hati mmg rasa x senang jer..hehe

  23. Nadot

    waaah..byk nye kriteria utk menjadikan blog tu hebat eh… susah gak utk sy yg bute it n blajar byk kali lupe lagi..hihi..
    redah je la… πŸ™‚

  24. hafizmd

    Aku agaknya, bro JO mesti dah ada plan kecil-kecilan dalam poket tu utk projek ni…tinggal nak study dalam jer…

    Teruskan bro…:D

    1. jebengotai

      projek kecil2an..tp x tahu lgik berjaya atau tidak..hehe

  25. akubiomed

    Saya ada yang mengunakan default theme Twenty Eleven pun mantap juga. Saya periksa Page Speed melebihi 80/100 pun sudah dikira cukup baik.

  26. kimmie

    insya allah semoga berjaya menjalankan semua projek tu nanti

  27. Hazmin Hamudin

    Saya pun menggunakan Genesis framework untuk blog sendiri. Tapi tiada masalah pun untuk menggunakan plugin SEO dari Yoast. Secara automatiknya plugin SEO default akan disable secara auto. Memang best kalau dapat pakai theme yang ringan ni.

    1. jebengotai

      owh..yeke bro? terbaik la info ni..baru sy tau..hehe

      1. Hazmin Hamudin

        Tak macam Thesis, terpaksa buat secara manual. Kalau tak, ada dua plugin SEO tu.

  28. arelan

    cambest je kalau pakai wordpress ni.hmmm

    1. jebengotai

      try la..mmg best..kawalan sepenuhnya.. πŸ™‚

  29. pengumpul lirik lagu

    gud luck bro πŸ™‚

  30. Fadzmie

    Nampak macam blogger-blogger di belah sana (luar negara) dah makin ramai guna responsive theme untuk blog dorang. Rasa macam nak cuba juga.

    1. jebengotai

      responsive theme tu mmg versatile..xyah nk pki plugin utk view kat mobile..huhu

  31. irsah

    Adeh.. teringin nak pakai WP. Tapi dah bes pakai C5. Coding update sendiri buang samapah sarap jer. janji responsive framework. hehe.. yang CSS dah try.. fening… cross browser kena banyak berjaga2. Thanks share maklumat. Masuk logbook ek.

    1. jebengotai

      tu la..cuba2 eksperimen..mana tau berjaya..hehe

  32. cik tom

    semoga berjaya capai projek tue..
    ciktom tau jebeng mampu…
    nanti blh ciktom tmph jgk tema wp dgn jebeng kl menjadi..hehe

  33. Oh! budu

    untungnya kalau ada kemahiran tu.. berapa harga yang AR kenakan?

  34. Hafizul

    Bro,bak sini satu nanti dah siap yer…hahaha…mesti menarik tu…

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.