Projek Raspberry Pi

Sebelum ini saya telah membuat review untuk Raspberry Pi beberapa bulan dahulu. Disebabkan kesibukkan kebelakangan ini, Raspberry Pi kepunyaan saya terbengkalai begitu sahaja. Agak rugi juga sebenarnya jika tidak digunakan. Banyak projek yang boleh dibuat menggunakan Raspberry Pi ini. Ianya fleksibel dalam konteks tenaga yang diperlukan, banyak projek telah dibuat dengan jayanya oleh pengguna tegar Raspberry Pi malah ianya pelbagai fungsi. Disini saya merancang untuk membuat projek ringkas yang tidak memerlukan kos tambahan yang banyak dan hanya perlu mengikuti tutorial yang telah disediakan oleh ‘otai-otai’ Raspberry Pi.

projek raspberry pi
Raspberry Pi Internet Radio – Kredit

Projek Raspberry Pi : TorrentBox
Jujurnya saya suka ‘menorrent’ mendapatkan cerita-cerita berkualiti tinggi dengan format 1080p atau HD. Walaupun saiznya besar, tetapi kesan yang ditonjolkan di paparan skrin sangat jelas dan ‘detail’. Itu baru di mainkan di ‘TV’ biasa, belum lagi LED HD yang lebih memberi impak didalam penceritaan tersebut. Disokong pula dengan set ‘home theater’ memang berbaloi lebih-lebih lagi di waktu musim perayaan dimana cerita yang sama ditayangkan berulangkali setiap tahun. Dinasihatkan jangan meniru saya untuk memuat turun filem-filem atau karya seni ataupun hak cipta terpelihara yang lain. 🙂

Projek Raspberry Pi : Nas Storage
Saya selalu mengimpikan storan awan (cloud) yang boleh di’host’ sendiri oleh kita berbanding ‘hosting’ lain yang agak mahal harganya. Walaupun saiz dan spesifikasinya tidak beberapa canggih dibandingkan dengan pemprosesan pada masa kini, ia sebenarnya banyak kelebihannya tersendiri. Salah satunya ialah faktor tenaga. Raspberry Pi menggunakan tenaga sangat sedikit berbanding komputer atau server biasa untuk tujuan NAS Storage ini. Ia tidak membebankan kita dengan bil-bil elektrik walaupun ia beroperasi 24/7. Kekuranganya pula, ia perlu tenaga tambahan untuk mengoperasikan ‘external hard disk’ jika perlukan storan yang besar. Bagi pendrive 32Gb, pastinya tiada masalah dan ianya lebih besar dari Dropbox.

Projek Raspberry Pi : Uptime Website
Bagi mereka yang biasa menggunakan Pingdom untuk mengetahui ‘uptime’ laman sesawang kita, Raspberry Pi pun boleh digunakan untuk ping laman sesawang kita dan menghantar laporan samada server kita down ataupun tidak. Jika tidak silap Pingdom hanya membenarkan satu akaun sahaja percuma tetapi untuk projek ini, beberapa laman sesawang pon boleh. Mungkin juga kita boleh buat perkhidmatan perniagaan seperti Pingdom ini?

Projek Raspberry Pi : Server
Dengan spesifikasi Raspberry Pi, menyediakan tapak ‘hosting’ pastinya tiada masalah. Server yang tersedia ada pun menggunakan Linux untuk sistem operasi. Kekurangnya sudah pasti pada mereka yang tidak begitu cekap menggunakan sistem ini. Ramai otai-otai telah mencubanya. Kos operasi yang rendah, saya rasakan mungkin kita dapat jimatkan duit sewaan ‘hosting’. Review juga mengatakan Raspberry Pi dapat menguruskan ‘static file’ dengan baik. Sebagai CDN? Mungkin.

JebengOtaiâ„¢
masa untuk bekerja..hehe

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 4 Comments

  1. Mus

    saya baru tahu barang ni.. mana tempat beli?

  2. Hazmin Hamudin

    Pertama kali dengar raspberry pi ni. Kegunaan pun kurang tau. Hehe

    1. jebengotai

      byk kegunaanya bro..nmpk jer kecik..tp mmg byk function..hehe

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.