Hari ini seperti biasa semakin sibuk dengan kerja-kerja pejabat. Almaklumlah sudah semakin hampir kita menyambut Syawal, semakin banyak pula ‘order jig atau fixture’ untuk disiapkan dan dihantar kepada pelanggan. Perkara seperti ini sudah diduga. Sebagai vendor ini hanyalah perkara biasa menjelang perayaan. Rata-rata para pelanggan melambakkan ‘order’ kerana mereka ingin menggunakan ‘jig’ tersebut selepas menyambut Hari Raya Puasa. Sebenarnya didalam kesibukkan itu masih terngiang di benak saya apabila saya membaca petikan yang saya rasakan seperti panahan tepat di kalbu. Kisah benar yang mungkin mengusik hati lalu berbisik berkata adakah saya setaraf orang Somalia tersebut? Seseorang yang terlalu khuatir dengan ‘kualiti’ puasanya kerana tiada kemampuan untuk menjamah makanan di waktu sahur. Jika dibandingkan dengan saya seperti langit dan bumi. Kadang-kadang kita terlalu mengambil enteng sesuatu hal ibadat. Pengajaran yang memberi kesan untuk saya pada hari ini.

projek amal eqq

Projek Amal EQQ atau El Qashrin Qaisara

Projek Amal EQQ atau El Qashrin Qaisara merupakan projek amal yang dianjurkan oleh Mummy Akmar untuk memungut dana bagi Pusat Anak-Anak Yatim Kampung Tersusun Bercham berdekatan dengan tempat tinggal rakan blogger tersebut. Projek amal ini sangat bagus dan sangat menepati ‘blogger memberi manfaat’. Sebagai seorang blogger yang hidup bermasyarakat, kadang kala kita perlu sensitif terhadap apa yang berlaku disekitar kita. Penglibatan blogger dalam aktiviti ini mungkin sedikit sebanyak dapat memberi pendedahan tentang usaha yang dijalankan ini. Projek amal ini bertujuan menjual produk-produk kraftangan yang dihasilkan rumah anak-anak yatim ini. Saya difahamkan produk-produk seperti ‘door gift’ dihasilkan oleh anak-anak yatim ini sesuai untuk majlis keramaian, kenduri dan sebagainya. Saya rasa kita tidak terlambat untuk memperbaiki ‘kualiti’ amal ibadat kita. Mungkin projek amal ini adalah sebagai permulaan kearah itu. Ingatlah jika kita menghadapi kesusahan, ada lagi di mereka yang berkali-kali lebih susah daripada kita. Syukurlah, semoga lebih bayak rakan-rakan blogger terlibat sama dalam menjalankan apa jua projek amal.

Jebeng Otai™
org miskin boleh fikirkan puasanya sah atau tidak jika tidak bersahur..org kaya? renungan bersama..
Tagged with:
 

56 Responses to Projek Amal El Qashrin Qaisara

  1. cikgu naman says:

    memang kita ni banyak membazir..kerana kita tak rasa susah

    sama² muhasabah diri
    cikgu naman recently posted..Fuh, blog suami PR2, blog isteri PR3My Profile

  2. Denaihati says:

    usaha amal yg terpuji begini harus disokong dan sama beri bantuan mengikut kemampuan
    Denaihati recently posted..5 Tips Mudah Untuk Blogger – tips dari NamiaCinta.comMy Profile

  3. anif says:

    Kalau diperhatikan, kita melakukan melakukan pembaziran disegala aspek kehidupan.. Semoga dibulan yang mulia ini kita insafi diri..
    anif recently posted..Kedudukan Pungutan Pingat Terkini Hari Ke 12 – Sukan Olimpik London 2012My Profile

  4. keretahitam says:

    banyak maksud tersirat dalam petak kuning tu bro, sebab itu masyarakat kita patut bersyukur dengan nikmat yang ada dalam negara kita ini…
    keretahitam recently posted..Bila Hati Dah Bertaut Kembali…My Profile

  5. papa mifz says:

    dengan berpuasa insyallah kita akan lebih menghargai mereka yang kurang bermampuan…
    papa mifz recently posted..Seperti Berada Di Rumah SendiriMy Profile

  6. smp3lembang says:

    patutlah kita pikir nasib suadara muslim kita di satu dunia khususnya di Afrika, maka kita bisa berhemat dan tidak banyak Membazirkan makanan, semoga proyeknya success
    smp3lembang recently posted..London 2012 basketball/Logo google hari iniMy Profile

  7. irsah says:

    Semoga kita semua dijauhkan dari kekufuran dan sentiasa dilimpah kan rezeki hidayah dan petunjuk dari Nya…insya-Allah.
    irsah recently posted..Evolusi Gelaran Update Google Dalam 12 TahunMy Profile

  8. Hidup kena saling membantu. Bantulah selagi kita mampu membantu. Tak boleh bantu banyak, sedikit pun jadilah.
    Fahmi Raazali recently posted..Mengantuk…My Profile

  9. daddydee says:

    Bersama kita membantu orang yang memerlukan..
    daddydee recently posted..Wordless Wednesday : Kemalangan LamborginiMy Profile

  10. daddydee says:

    Satu usaha murni dari blogger…rindu juga untuk melakukan kerja amal yang dah lama tak dibuat…
    daddydee recently posted..Wordless Wednesday : Kemalangan LamborginiMy Profile

  11. budak felda says:

    bersama kita membantu mereka yang serba kekurangan..:)

    tahniah bro,,kerna join juga hehehe
    budak felda recently posted..Samsung Galaxy Note 2 Bakal DikeluarkanMy Profile

  12. Hafizul says:

    Emm terkenan akan tulisan dalam ruangan petak kuning tu…penuh bermakna sekali…emmm
    Hafizul recently posted..Tabung Khas Simpan Duit SilingMy Profile

  13. anjangman says:

    Semoga amalan kita semua diterima olehNya…
    anjangman recently posted..Upgrade Mac OS X Lion 10.7 kepada Mountain Lion 10.8My Profile

  14. Man says:

    orang kaya mesti fikir, sah ke aku makan ni, ataupun nak kena makan ni. Sebab banyak sangat pilihan.
    Man recently posted..Penjenamaan SemulaMy Profile

  15. puanbee says:

    Insyallah akan dtg akan join
    puanbee recently posted..Resepi : Puding roti Dan Sos KastardMy Profile

  16. Blog Asyraf says:

    Sedih pulak pertanyaan orang Somalia itu.. Haishh :(
    Blog Asyraf recently posted..Arsenal Sah Tandatangani Santi CazorlaMy Profile

  17. Blog Asyraf says:

    Bagus jugak projek ni bro..Insyallah kalau ada masa akan join :(
    Blog Asyraf recently posted..Ais Krim Baskin Robbins Percuma, Tak Bermanfaat Kepada SayaMy Profile

  18. azman says:

    Blogger perlu juga membuat sedikit amal jariah untuk membantu anak2 yatim..satu usaha yang baik.
    azman recently posted..Wordless Wednesday # Jumpa di JalananMy Profile

  19. puteri kasih says:

    di sini plak…kita semua asyik membazir je kan
    puteri kasih recently posted..Sanggup Ke?My Profile

  20. lepakk.com says:

    Usaha yang sangat murni…tambah pulak dibulan ramadhan…
    Tahniah saya ucapkan pada blogger yang terlibat.

  21. faizul says:

    Boleh dikatakan, orang kita ni dapat berbuka dengan ikan masin pun kadang-kadang tak bersyukur lagi.

    Beza dengan rakyat-rakyat somalia mcm kat atas tu. Saya simpati pada mereka atas kekurangan yang ada. Bukan kuantiti makanan berbuka yang difikirkan tetapi kualiti puasa yang diamalkan.
    faizul recently posted..Nama Baru Pusat Serenti RaubMy Profile

  22. djchef says:

    kesian kat depa (mereka), ada yg kita ni beli mkanan byk2 kt bazar mcm nak makan utk 10 org padahal 4orang ja pun makan. mkanan lebih tu p buang pula..

  23. miss yaty says:

    semoga Allah merahmati dan memurahkan rezeki pada mereka. amiin.
    miss yaty recently posted..Penangan Nasi Kukus Ayam BerempahMy Profile

  24. Yas says:

    Banyak cara kalau kita benar2 nak buat amal jariah….terpulang kpd diri sendiri saja…apapun ni salah satu caranya….:D
    Yas recently posted..Pandalela Rinong Raih GangsaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge