PosLaju : Kotak dan Sampul Prabayar

Perkembangan pesat perniagaan dalam talian pada hari ini telah memberikan Pos Malaysia satu idea bernas dalam merancakkan perniagaan ini dengan memberi perkhidmatan ‘baru’ dalam penghantaran produk atau parcel kepada para pelanggannya. Antara perkhidmatan yang terbaru Pos Malaysia ialah ‘Kotak dan Sampul Prabayar’. Kini para pengusaha kedai online boleh menjual produk pada harga yang rendah, pembungkusan mudah dan penghantaran yang dijamin sampai ke destinasi.

Kotak Dan Sampul Prabayar
Sebelum ini kita perlu membungkus dengan balutan sendiri dan menimbang berat parcel untuk dikenakan cas sebelum produk itu dihantar ke destinasi. Sistem prabayar ini memang memudahkan pengguna kerana hanya perlu membeli kotak dan sampul prabayar dan terus menghantarnya setelah diisi dengan produk di Pejabat Pos tanpa melalui proses timbang kerana kadar cas penghantaran dikenakan keatas setiap belian sampul prabayar. Bungkusan tersebut akan dihantar pada keesokkan harinya. Mudah bukan.

Sebagai contoh jika berat sesuatu produk ialah 300g, kita hanya perlu membeli ‘Prepaid Envelope S’. Masukkan produk dan terus hantar ke Pos Malaysia untuk penghantaran tanpa perlu mengambil beratnya.

Cara Penggunaan

  1. Beli mana-mana sampul atau kotak prabayar.
  2. Isi borang penghantaran (PL1A) yang terdapat didalam surat atau kotak prabayar.
  3. Masukkan bungkusan dan borang penghantaran (PL1A) di poket sisi sampul atau kotak prabayar.
  4. Hantar ke Pejabat Pos.

Manfaat

  1. EXPRESS Delivery – Penghantaran dibuat keesokkan hari.
  2. Sistem pengesanan bungkusan.
  3. Ganti rugi berjumlah RM300 tetapi Pos Laju tidak akan bertanggungjawab jika kerosakkan disebabkan berat yang berlebihan.

JebengOtai™
bgusnya x yah nk crik kotak2 kosong utk antar barang..mmg terbaeek.. 🙂

Sumber : POS Malaysia Prepaid Box and Envelop Q & A , Pos Malaysia

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 44 Comments

  1. yas

    Dah lama rasanya tak singgah ke pejabat pos buat bisness online nih….he3x!!

  2. muazfaris

    ni beli kat pos laju je kan? sbb dah start nak wat bisnes, ade cara ni, lagi snang la kot.!!

    1. JebengOtai

      aah bli kat pos laju siap2..nk antar brg isi form trus antar jer..sng sbb duit utk cas time timbang tu dh msuk sklai dlm harga prepaid ni.. 🙂

  3. sjiehan

    boleh jual coklat langkawi ni!!!

  4. anif

    😀 Semakin mudah.. Bagus untuk sokongan usahawan internet ni!

    1. JebengOtai

      aah..pling best flat rate die..lepastu x yah nk crik kotak utk packaging.. 🙂

  5. nurmisnan

    Aku guna kargo buat hantar basikal.. har3..
    saper2 nak beli basikal murah hantar sampai
    umah korang hello2 dgn aku…

    1. JebengOtai

      pixie ker? kalo ade yg rate ok mcm nk sambar jgak..

  6. titan

    pos malaysia memang makin maju aku tengok beberapa tahun ni. servis pun mantap belaka..

    1. JebengOtai

      aah..pos malaysia mmpu berdaya saing sama cam fed ex @ dhl..cume kene crik ‘service’ baru utk tarik minat pelanggan..

    1. JebengOtai

      mudah dan cepat..xyah nk timbang2 ag.. 🙂

  7. azura

    lama betul tak pergi pejabat pos sejak sistem online ni

    1. JebengOtai

      yela..sama la..tp kalo nk buat bisness online leh pki prepaid box ni.. 🙂

  8. KiD

    haaaa… asalkan selamat sampai, bagus lah kan?

    1. JebengOtai

      mmg slamat..stkat ni komplen lambat sj..xpnh x sampai.. 🙂

  9. apaajanews

    rajin betul buat research detail sebegini…

    1. Jebeng Otai™

      sbnarnya research nya skjap sbb produk ni mmg terlalu mudah dan senang nk pki.. 🙂

  10. nizamghazi

    Lah! Saya baru tahu ada servis macam ni.
    Siap ada jenis-jenis box.
    Erm mungkin idea ni boleh implemen dengan my e-commerce site.
    Thanks 😉

    1. Jebeng Otai™

      bile kos penghantaran dah flat rate..mmg sng nk letak harga time nk jual brg online..

  11. akubiomed

    Terima kasih untuk info ini. Kalau ada kotak prabayar macam ini senang tetapi ada yang suka membuat pembayaran kadar pos bergantung nilai timbangan.

    1. Jebeng Otai™

      sy x pasti courier yg lain..tp rasanya bile nk wat penghantran akan dicas RM6-7 sblum timbang..lpas timbang harganya dh jdik lain..

      sistem ni mmg mudah utk kedai2 online..dh tau flat rate..

  12. mie

    gue slalu guna sampul surat ekpress..
    yang ini nampak lain..
    eheheee

    1. JebengOtai

      yg ni bru..pki ni dh x yah timbang2 dah..trus antar jer..hehe

  13. Juan

    serius aku suka kaedah nih

    1. JebengOtai

      mmg sesuai utk mereka yg berniaga..mmg praktikal.. 🙂

  14. aidanatasya

    wahh.. memang mudahh..

    terbaikk 🙂 x yah ssh2 nak bungkus kan..

    1. JebengOtai

      aah..x yah nk crik kotak2 kosong ag..hehe

  15. chii

    err..jap2..pos laju ngn pos xpress x sama kan…
    envelope yg no 1 tu chii pernah dpt n guna..yg lelain..lum lg

    1. JebengOtai

      xpastilak..rasanya pos malaysia ngn pos laju..tp prepaid ni leh bli kat kedua2 branch..

  16. segalabenda

    semua pejabat pos kat malaysia dah ada ke box tu…saya baru tahu hari ni..memang mudah sangat kalau macam tu sebab sebelum ni saya jenuh nak kene design kotak sendiri

    1. JebengOtai

      dah ada rasanya..cube try bli..nk wat bisness ker??hehe

  17. puan kutu

    baru nie je pegi pejabat pos, tak perasan plak tentang kotak ni.semua pejabat pos dh pakai ke atau ada sesetengah yg belum lg?

  18. puanbee

    Oh mcm ni lagi senang , ni nak beli sampul lah kotak lah susah betul kan …

    1. JebengOtai

      yela..slalu prob mcm tu gak..kalo nk pos brg mesti kene pikir nk paki kotak ape..huhu

  19. Din

    0ooh..camtu..
    mudah la camni nak pos2 barang…

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.