Pindah Komen Lama Admin Ke Akaun Baru

Ketika cuba untuk meningkatkan keselamatan blog, saya telah mengikuti salah satu langkah yang telah saya tulis didalam entri Langkah Tingkat Keselamatan Blog WordPress. Langkah tersebut ialah menukar akaun default ‘admin’ kepada akaun yang administrator yang baru. Caranya sangat mudah hanya daftarkan akaun baru dan ‘assign role administrator’ untuk akaun baru tersebut. Kemudian log off akaun ‘admin’ lama dan login akaun yang baru kita buat sebentar tadi. Selepas itu kita boleh delete akaun default ‘admin’ yang lama untuk menngunakan akaun ‘admin’ yang terbaru. Secara automatiknya WordPress akan memaparkan pilihan memindahkan entri yang telah ditulis menggunakan akaun ‘admin’ lama kepada yang baru dengan mudah dan senang.

Pindah Komen : Tiada plugin

Pada awalnya saya sangkakan semuanya berjalan dengan lancar. Kesemua post atau entri berjaya ditukar kepada akaun baru cuma pada bahagian komen sahaja ia tidak dipindahkan. Komen-komen saya yang lama telah bertukar avatar kepada imej kosong kerana puncanya disebabkan oleh ruangan ‘table’ user_id yang berlainan dari akaun yang asal. Rasanya seperti tidak menarik pula apabila komen kita yang lama tidak memaparkan avatar kita. Lalu saya mencari plugin atau kaedah yang boleh menyelesaikan masalah ini. Setakat pencarian saya, tiada satu plugin dapat menyelesaikan masalah ini. Kaedah yang lain melibatkan penggunaan arahan SQL kepada database untuk menukar komen akaun lama kepada akaun baru. Ini merupakan kali pertama saya menggunakan arahan SQL didalam database. Rasa takut dan macam-macam lagi perasaan timbul. Jika rakan-rakan ada terjumpa plugin untuk fungsi berkaitan sila perbetulkan saya ya.

pindah komen
Gravatar Komen Lama Hilang

Pindah Komen : Memasukkan Arahan SQL

  1. Pastikan akaun yang lama dan yang baru menggunakan email yang sama.
  2. Buat backup untuk database yang hendak diubah.
  3. Masukkan arahan SQL untuk ‘table wp-comment’ seperti dibawah. Ini adalah untuk menyenaraikan kesemua komen mengikut email yang telah kita gunakan didalam akaun lama beserta akaun baru.
  • SELECT `user_id`, `comment_author`, `comment_email` FROM wp_comments WHERE `comment_email`=`email`;

Kita akan dapati segala komen akaun lama telah disenaraikan mengikut table yang telah dipilih sebentar tadi. Disitu juga kita akan mengetahui ‘user_id’ akaun lama dan akaun baru. Masukkan arahan SQL dibawah untuk memindahkan kesemua komen lama ke akaun baru. Setelah selesai, kesemua komen lama boleh disemak semula. Paparan avatar akan kembali seperti biasa.

  • UPDATE wp_comments SET `user_id`=IDBaru  WHERE `user_id`=IDLama;
pindah komen
Jebeng Otaiâ„¢
ade cara yg lebih senang rupanya untuk pindah komen..huhu

sumber : Bivori

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 65 Comments

  1. jebengotai

    kalo nk delete akaun admin pasti akan ada mslh ni..tp kene manual repair guna sql command.. 🙂

  2. alieza dayasari

    waaa banyak info erk…. hebat awk ni.

    1. jebengotai

      erk..x hebat la..risau kene hack jer..huhu

  3. Kulanzsalleh

    Aku pun tak pernah jumpa plugin untuk pindahkan komen tu.. mungkin keyword yang diguna tak sesuai.. selalu tips yang orang bagi memang kena buat melalui arahan sql tu..

    1. jebengotai

      yela..dah dua tiga hari juga carik..kalo comment transfer ke page ade la..kalo antar user..x jumpa lgi.

      1. Kulanzsalleh

        dulu aku pernah juga guna arahan sql tu untuk delete table trackback.. sebab dah tak larat memadam trackback yang dipenuhi dengan spammer.. sekarang ni blog aku dah tak boleh letak trackback jadi selamat lah sikit

        1. jebengotai

          disable trus pon ok gak tu..ade juga yg pendapat disable trackback leh improve speed jgak..

  4. tehr

    arahan SQL ni lagi la buat aku pening
    aku memang tak boleh buat ni

    aku singgah baca je, tapi tak faham
    hehe

  5. keretahitam

    Yang arif aja boleh wat macam ni, takut wp hangout nanti..betul tak tuan arif?…

    1. jebengotai

      kene buat backup awal..try wat kat backup dulu..kalo pindah cantik guna command diatas..bru try yg betul punya..hehe

  6. sjiehan

    memang otai laaaa!!!

    saya mmg blur bab2 coding2 ni … huhu

    1. jebengotai

      xder la..kalo pi phpmyadmin..tinggal klik2 button jer..hehe

  7. Man

    tahniah bro..takut gak nak kacau isi perut wp nie.

    1. jebengotai

      cuba2 jer..cuak gak rasanya,mcm nk demam pon ade..huhu

  8. titan

    aku malas nak buat. haha..

  9. anjangman

    Maklumat utk persediaan jika hadapi mslh yg sama.Setakat ini aku blm pernah ada pengalaman pindah hosting lagi.

  10. otai! hehe banyak bab WP dah ni. wah~
    aku pun role admin guna la yang lama.. malas pulak nak tukar, internet tak mengizinkan pulak dua tiga hari ni, sadis

    1. jebengotai

      kalo dpt protect wp-config tu dulu x per..mkn msa juga nk brute force dgn sql injection..

  11. suri

    tak pernah buat lagi huhu…. klua da blogspot ke wordpress guna cara manual

  12. hafizul

    Haha..boleh guna gak cara ni yer..pernah juga delete akaun ni..tapi tak tau boleh pindah komen juga..

  13. Shack

    x pernah buat..snng da klu nak buat lepas ni..tq

  14. akhiyy

    adeh nak sentuh data base nih yang maleh nih..hehhe

    1. jebengotai

      yela..salah comand x leh undo..naya gak tu..

  15. puanbee

    Orang rajin je buleh buat semua ni

    1. jebengotai

      sbb dh tertukar akaun admin..tu yg terpaksa rajin nk dptkan blik komen2 lama….huuhu

  16. Blog Asyraf

    Rajin explore bro.. hehe.. mungkin berguna utk aku suatu hari nanti 😀

    1. jebengotai

      simpan bro..mungkin leh experimentasi diri.. 🙂

  17. budak felda

    bro boleh guna plugin better Better WP Security, terjamin laskit hehehe

    1. jebengotai

      tgh cuba jugak ni..lgik complete security die..tp kene ubah gak akaun admin..die x bg id=1..huhu

  18. Amirez

    cara ni agak advance tapi baik untuk pembelajaran. nice sharing bro

  19. akubiomed

    Ada juga blogger yang tidak mengunakan avatar untuk menyiarkan gambar kacak bagi lelaki dan ayu bagi wanita. 🙂

  20. puteri kasih

    kalau tersilap buat..payah la kan..puteri memang tak faham sangat bab ni..huhu

    1. jebengotai

      mungkin nk senang puteri kene salin database skng ke database baru.edit database baru guna sql command tu..kalo nmpk ok jer..leh jer guna database baru tu ubah kat wp-config..rasanya x der mslh kot..

  21. Blog Keperawatan

    Dapat ilmu baru lagi di sini sahabat…
    Terima kasih atas perkongsiannya ini

  22. KiD

    terer laaaa jebeng otai nih.. memang otai dalam WP

    1. jebengotai

      huhu..xder la bro..dh terdelete akaun admin..nk x nak kene wat jgak..haha

  23. iAwani

    owh, begitu rupanya. Thanks bro! baru dapat tahu cemana pindah komen lama ni.

  24. Mus

    ni semua memang kerja otai.. saya angkat tangan tak tahu..

    1. jebengotai

      xderla..sbb sy dh terdelete..tu yg kene wat gak..hehe

  25. chii

    lalala..bila sebut ttg hal2 camni..slalunya chii mnta tlg dr admin chii je..ekekek

  26. irsah

    @ Chii memang camtuh. Teknikal sikit jer tolonggggg.
    Pernah buat bro tapi serender. pakai external jugak. huhu. bookmark 4 reference. tenkiu.
    p/s: klien pown ada angin dier.. 5-6 bulan nak tuka komens plugin.. ermmmm mampuih kalau tak pakai..

    1. chii

      ahahah..nk wat camne..dpt admin yg baik ati :p

  27. faizul

    Maksud bro, buat satu lg akaun wp dan transfer kan isi kandungan blog lama ke akaun baru lah ye?

    Tapi kenapa perlu tukar sedangkan url masih sama? saya konfius ni beng..

    1. jebengotai

      isi kandungan tu boleh pindah..tp komen2 lama x der option nk transfer ke akaun baru…

      url msih sama..cuma username dgn user_id lain2..scara default username diberi admin, user_di ialah satu..so hackers sng nk teka admin dan user_id

      ade satu plugin leh tukar username dan id..x yah nk edit database..kalo x silap better security wordpress leh.. 🙂

  28. arelan

    untuk wordpress je kan benda ni???

  29. azman

    Aku tak pernah pindah2..tapi boleh dijadikan rujukan pada masa akan datang.

  30. bungkilan

    saya pun masi gunakan default akaun tu…rupanya tak selamat pula guna default admin tu.. pas ni nak tukar la ni..

    1. jebengotai

      btul..sbb rata2 byk yg masih guna default akaun..mmg x selamat

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.