PenDrive

Apa sebenarnya yang boleh kita buat dengan pendrive atau flash drive? Jika hanya sekadar menyimpan gambar, lagu dan fail-fail lain , kita hanyalah menggunakan sedikit sahaja fungsi pendrive. Di dalam entri kali ini, saya senaraikan fungsi lain pendrive yang boleh dicuba oleh sesiapa sahaja.

Pendrive 48GB ( termasuk penghantaran ) = RM115.00 sahaja? ..Klik Sini

Live USB
Kelajuan sesuatu komputer atau laptop bukan hanya bergantung kepada spesifikasi yang tinggi malah sebenarnya lebih kepada sistem operasi atau OS yang digunakan. Bagi mereka yang ingin mencuba perisian lain yang lebih laju seperti Ubuntu atau sistem Linux yang lain, mereka boleh menggunakan pendrive sebagai LiveUsb tanpa membuang sistem Windows yang sedia ada. LiveUsb ini berfungsi apabila OS seperti Ubuntu diinstall ke dalam pendrive tersebut.Cara ini amat mudah dan praktikal sebelum OS Linux ini di install sepenuhnya kedalam komputer tersebut.

ReadyBoost
Kadangkala kita mengeluh kerana komputer kita menjadi perlahan disaat kita memerlukan keupayaan sepenuhnya. Teknologi ReadyBoost telah diperkenalkan sejak dari Windows Vista bagi membantu meningkatkan keupayaan komputer dengan hanya bantuan pendrive. Berbeza dengan harddisk, pendrive lebih laju kerana tidak melibatkan pergerakkan mekanikal ketika menyimpan data. Kelebihan ini boleh digunakan bagi menampung bebanan memory komputer tersebut. Data disimpan sebagai memory sementara sebelum diproses semula.

Aplikasi Mudah Alih @ Portable
Saya menggemari aplikasi mudah alih ini kerana ianya pantas dan mudah digunakan. Bayangkan jika kita boleh membawa semua perisian hanya menggunakan pendrive tanpa perlu install di komputer yang hendak kita gunakan. Aplikasi ini amat penting jika kita mempunyai bookmark di browser ketika membuat assignment. Jika kita berada di tempat dan menggunakan komputer lain, kita hanya perlu memasang pendrive tersebut dan aktifkan browser mudah alih untuk melayari website yang telah ditandakan.

MP3 @ MP4 Player
Kebanyakkan sistem audio ataupun televisyen masa kini telah dilengkapi dengan pemain MP3. Kita tidak perlu lagi membawa kepingan cakera padat untuk memainkan beberapa lagu yang telah disimpan di dalamnya. Hanya menggunakan pendrive, kita boleh menyimpan beribu-ribu lagu bergantung mengikut kapasiti sesuatu pendrive itu. Oleh kerana tiada pergerakkan mekanikal, lagu-lagu dapat diputarkan dengan lancar ketika melalui jalan yang tidak rata.

Keselamatan Komputer
Salah satu aspek penting bagi mengelakkan identiti diri dicuri oleh pihak tidak bertanggungjawab. Pendrive juga boleh digunakan sebagai kekunci khas untuk melindungi komputer digunakan tanpa izin oleh mana-mana pihak. Antara perisian yang boleh digunakan ialah Predator. Perisian ini melindungi komputer setelah pendrive dicabut dari slot USB. Skrin akan menjadi gelap, tetikus dan papan kekunci tidak berfungsi membuatkan penceroboh tidak dapat menggunakan komputer tersebut.

JebengOtai™

Join the conversation! 46 Comments

  1. Thumb drive saya tidak lebih pengunaannya sekadar untuk menyimpan fail kerja sahaja.
    akubiomed recently posted..Pembuangan bayi apa kes?My Profile

    Reply
  2. dulu aku pernah install pelbagai program portable dalam pendrive, malah menjadikan pendrive aku sangat pelbagai fungsi, kalau kat CC xda install winrar, pendrive aku ada, kalau kat CC xda aplikasi PDF, pendrive aku ada dan sedia menjalankan aplikasi portable secara penuh, hehhe

    CC = cyber cafe
    Juan recently posted..iQuran for Google AndroidMy Profile

    Reply
  3. err..sya baru beli harddisk jenama buffalo… takde nak simpan apa2 pun cuma banyak simpan gambar
    Mekar recently posted..Rawatan Bekam yang Tidak Menyakitkan…My Profile

    Reply
  4. Kalau ada protable app yang boleh diinstall dalam pendrive tu bolehla kongsikan ye. Selama ni cuma tau pendrive cuma untuk simpan fail je. Pendrive kalau tak dimanafaatkan rasa rugi la pulak.

    Reply
  5. Sebelum ni pun mak hanya tahu simpan file2 je. Paling tak sangka, point yg blh digunakan utk keselamatan komputer. Lain kali leh buat n3 utk ajar cara2 jadikan pendrive sbg alat keselamatan tu tak??

    Reply
  6. good info ni.. thanks for sharing.. 😉
    madammondoq recently posted..Round-Round Bawak AwekMy Profile

    Reply
  7. betul2..pasni xyah beli cd2..masukkan lagu kt pendrive je..eheh
    chii recently posted..Menghadapi Kebingungan dan KegelisahanMy Profile

    Reply
  8. Dah lama tak guna thumb drive ni. Ntah mana aku letak pun tak tau dah. Aku banyak pakai cloud saje skrg ni… mudah access. File2 besar simpan external HD je.. tu pun dah jarang2 pakai..
    shraqs recently posted..Tutorial Memindahkan IntenseDebate Komen Dari Blogspot Ke WordPressMy Profile

    Reply
  9. Assalam..
    Selama ni simpan je pendrive tu..
    Memang betul, kalau guna komputer lain, macam tak best je sebab apa yang kita nak tak ada di situ..
    iza recently posted..Sinopsis Drama Atas Nama CintaMy Profile

    Reply
  10. Wow! Yg paling aku suka yg no 1 tu. Nak cuba cari camne nak buat benda ni.

    Thanks JO. Mmg caringlah =)
    hafizmd recently posted..Benarkah cinta itu buta?My Profile

    Reply
  11. Aku pun kurang guna sgt pendrive…klau guna pun mmg sbg temp storage…tp ada juga pendrive yg aku simpan tuk lagu dan movie..btw nentri yg baik jg ni sbb first time aku tau p/drive digunakan sbg pengganti OS…
    yas recently posted..Lelaki Di Tumbuk di KFC Nafi Serang Pekerja Dengan ProvokasiMy Profile

    Reply
  12. peh, predator. i like. hehe
    titan recently posted..Lelaki kacak sedang demam selsema.My Profile

    Reply
  13. aku slalu guna utk liveusb jer… wat kerja illegal ckit..
    lazaac recently posted..Jom Ke Perjumpaan Komuniti Envato 2012 Di Kuala LumpurMy Profile

    Reply
  14. Memang banyak kegunaan Pen Drive (Flash drive) ni.. Untuk tujuan jahap pun boleh!
    anif recently posted..Mozilla Firefox 10.01My Profile

    Reply
  15. aku mmg baru nak membeli pendrive…

    dah semester akhir baru nak ade.. ehhehe

    sedihkan…

    sebelum ni pinjam orang punya je…

    tapi rasa cam susah je…

    tu yang rasa kene beli sendiri…
    sjiehan recently posted..Ana Raffali Bertudung.My Profile

    Reply
  16. sllu buat simpan gamabr anak2 jer patu masuk dlm dvd heee

    Reply
  17. masa study slu isi assignment dlm tu tak pun mp3 hee…

    Reply
  18. Thanks, betul apa yg ditulis tu.
    Kalau g lab komputer better sediakan portable chrome/mozilla sbb selalunya kat lab ada IE je, hampeh betul. Hahaha
    Affan Ruslan recently posted..Bantu Saya Untuk Menang Macbook ProMy Profile

    Reply
  19. ya. aku setuju sangat tu..
    titan recently posted..Komisen ke 8 dari TriondMy Profile

    Reply
  20. 48GB? biar betul? nda pernah dengar pula pendrive 48gb. antara kelima-lima tu, saya guna 4 saja. liveusb tak pernah guna. sebenarnya banyak lagi kegunaan pendrive kalau kita tahu caranya. :)

    Reply
  21. salam. pendrive sy dah beberapa kali kena virus semasa dicucuk ke PC lain. Jadi sy x leh sebarang cucuk pendrive tu. nanti x pasal2 hilang segala fail….
    Daddy Zuki recently posted..Why Do My Pupils Play Truant?My Profile

    Reply
  22. apa korang tulis,aku x paham sebenarnya…saya tau gune pendrive tuk letak filem,citer,dan alih barang jewp

    Reply
  23. pendrive sy x blh nak tambah file,tapi msh bnyk ruang kosong..knapa ek?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Category

Personal

Tags

,