Perhimpunan Oren : Relevankah ?

Tahun ini sahaja berbagai edisi demonstrasi atau perhimpunan diadakan. Kuning, hijau dan kini Perhimpunan Oren pula digunakan sebagai simbolik penentangan berterusan penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia. Perhimpunan Oren menuntut campur tangan Yang Dipertuan Agong di dalam isu ini. Anehnya mereka yang sertai bukanlah dari para peneroka. FGVH melakar sejarah setelah IPO yang disenaraikan merupakan kedua terbesar didunia selepas Facebook. Ironinya, saham Facebook jatuh selepas beberapa hari tersenarai atas sebab tertentu tetapi tidak pula FGVH yang meningkat beberapa hari selepas dilancarkan. Mujurlah tiada keganasan seperti yang berlaku pada Bersih 3.0 tempohari.

Perhimpunan Oren : Isu

FGVH menyebabkan para peneroka Felda akan kehilangan tanah. Isu ini dicanang sebelum penyenaraian FGVH. FGVH tidak menggunakan tanah peneroka tetapi mereka menyewa atau memajak tanah ladang Felda. Tanah peneroka dan tanah ladang milik Felda adalah tanah yang berlainan. Tidak sama langsung malah tiada kaitan dengan peneroka. Sebab itu tiada peneroka yang turut serta membantah FGVH ini. Latar belakang wakil yang mengetuai Perhimpunan Oren ini dari keluarga peneroka. Saya rasakan berkemungkinan besar beliau tidak mengetahui tanah ladang milik Felda ini.

FGVH

Selain daripada isu kecil seperti ini, pada masa yang sama kita menerima tentangan dari NGO luar Malaysia untuk memboikot minyak sawit. Alasan mudah diberikan. Kita melakukan pemusnahan hutan dan habitat hidupan liar untuk menyediakan tapak ladang kelapa sawit. Berbagai-bagai kempen seperti Palm Oil Free, kempen Zoo Aukland dan lain-lain lagi untuk memperjuangkan objektif pemeliharaan hutan negara yang menanam kelapa sawit. Lebih memburukkan lagi apabila gambar orang hutan dibunuh di Kalimantan dan susulan dari itu berbagai usaha untuk menyekat penanaman kelapa sawit untuk sumber bekalan makanan yang murah. Kita sepatutnya bersatu untuk mengatasi masalah ini, bukannya melalui Perhimpuanan Oren yang pada saya tidak relevan.

Perhimpunan Oren : Tak Kenal Maka Tak Cinta

Mengikut kajian, minyak sawit mentah adalah sumber yang banyak kegunaannya. Ia digunakan didalam produk makanan, bahan cucian, kosmetik, bidang perubatan sehinggalah digunakan sebagai bahan api didalam kenderaan. Sebahagian besar produk ini turut digunakan oleh peserta didalam Perhimpunan Oren seharian. Jika kita kenal dan ketahui apa yang boleh kita lakukan dengan minyak sawit, kita boleh memacu ekonomi negara dan rakyat khususnya peneroka ke tahap yang lebih tinggi. Minyak sawit juga mempunyai khasiat seperti Carotenoid dan Vitamin E yang juga merupakan anti-oksida terbaik dan dikatakan setanding dengan khasiat buah zaitun.

Perhimpunan Oren
Kelapa sawit merupakan pilihan terbaik berbanding minyak kacang soya, bunga matahari dan lain-lain lagi. Ia sebenarnya jauh lebih ekonomik dan memerlukan kawasan penanaman yang kecil berbanding minyak selain miyak sawit. Hairan juga mengapa mereka mengenakan boikot keatas minyak sawit walhal tanaman soya, bunga matahari memerlukan kawasan yang lebih luas dari ladang kelapa sawit seperti didalam gambar diatas. Selain itu, tanaman kelapa sawit dituai sepanjang hari setiap tahun atau tidak bermusim. Bekalan berterusan ini dapat menampung permintaan tinggi dunia masakini. Perhimpuanan Oren tidak sepatutnya diadakan jika kita semua sedar kelebihan yang kita ada ini bukan merugikan, tetapi sebanarnya sangat menguntungkan.

Jebeng Otaiâ„¢
menyertai perhimpunan oren mmg tidak membawa faedah..akhirnya kita jjuga yang rugi

Sumber Bacaan : MPOC, Soya Tech

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 59 Comments

  1. alieza dayasari

    macam2 perhimpunan dah sekarang ni.

  2. alieza dayasari

    perhimpunan kalau hasilnya positif tak per lahh.. secara aman.

    1. JebengOtai

      xkisah berhimpun asalkan aman..tp tujuan sbnarnya agak x berpatutan rasanya..

  3. titan

    aku tunggu perhimpunan merah jambu plak..

    1. JebengOtai

      merah jambu tu mcm dah ade org pki la..haha

    2. onlajer

      dekat perhimpunan pink lu nak jual cendol ke apa

      1. JebengOtai

        kalo perhimpunan hijau sesuai agknya..sama kaler ngn cendol.. 🙂

        1. faizul

          hijau florouscent. Hahahaha

          1. JebengOtai

            mcm kempen keselamatan jalan raya gak..huhu

    3. chii

      sama la…mesti mat2 jambu ramai join nnt kan

  4. Cikgu Hairul

    Semua isu nak dijadikan bahan politik. Ni yang payah ni.

    1. chii

      tau xpe..x pasal2 org yg tak tau pape…ditarik sama

  5. daddydee

    tunggu dan tengok saja..malas nak sertai memana perhimpunan, perhimpunan bulanan di opis pun saya kerap ular je…

  6. onlajer

    serius der yang ini gua langsung tak mengikuti, tengah cari peluang beli saham dia je

    1. JebengOtai

      sama la bro..jgn tunggu lama2..nnt dah nek ssh lak..hehe

  7. Blog Asyraf

    Ramai juga para peneroka yg join td bro.. Huhu..

  8. Kak Long Mawar Merah

    Kalau ikut aje tanpa kaji dulu, payahlah jadinya.

  9. puteri kasih

    alahai macam-macam perhimpunan ada..lepas ni kaler pink..hehe

  10. ozzy

    yang pastinya muka-muka yg sama mesti ada setiap kali perhimpunan diadakan

    1. JebengOtai

      mungkin org yg sama join semua perhimpunan tersebut..

  11. Juan

    bagi aku org luar boikot minyak kelapa sawit ni hanya sbb kerajaan depa nak selamatkan industri minyak soya mereka,maklum lah minyak depa pakai dari soya dan zaitun, tu ja pon, kita tebang pokok, akan tetapi kita tanam pokok kelapa sawit, so apa masalahnya, malah kalau naik helikopter, nmpk cantik jer susunan pokok kelapa sawit, so kita bukan tebang pokok pastu kita bina bangunan ker aper, betul x bro

    1. JebengOtai

      btul bro..lgipon hasil tan per hektar jauh lebih tinggi dri soya..jdik kita x perlukan tanah yg luas..utk boikot sbb pemusnahan hutan tu mmg xlogik la..

  12. Shahrul

    colorful betul kat Malaysia ni…kejap kuning, merah, hijau, oren lepas ni kaler apa pulak agaknya

  13. Blog Keperawatan

    Terima kasih sahabat atas berbagi pengetahuan serta informasinya ini

    1. JebengOtai

      sama2 kita usaha kelapa sawit utk membangun ekonomi..indonesia kini pengeluar utama dunia..

  14. Denaihati

    perhimpunannya oren ni lebih pada isu politik nampaknya.

    1. JebengOtai

      ya..hanya membantah..ttp tiada idea bgaimana nk tingkatkan pendapatan peneroka..

  15. cik tom

    hmm mcm2..nmpk malaysia makin huru hara keadaannya..

  16. Mekar

    Tak salah nak berhimpun tp biar secara aman dan ada manfaat dan idea baru sekiranya ada bangkangan

    1. JebengOtai

      Btul..jika ada idea br boleh usulkn..xperlu nk demo2 ni..

  17. Din

    semua perhimpunan nak guna kaler..

    1. JebengOtai

      sng nk kenal diorg bantah apa rasanya.. 🙂

  18. faizul

    Aku percaya mereka yang hadir ini kebnyakannya adalah daripada penyokong parti pembangkang kerajaan. Apa sahaja aktiviti dan tindakan pihak yang ada kaitan dengan kerajaan pasti menjadi ‘salah’ pada mata mereka.

  19. azman

    Macam2 perhimpunan sekarang,yg penting negara aman sudah.

  20. irsah

    Apa boleh buat bro. masing2 ada muslihat masing2. yang penting kita semua berilmu dan mampu berfikir lagi. thks share.

    1. jebengotai

      muslihat yg x elok ni yg x best..kalo muslihat leh dtg kebaikkan utk semua ok gak kan..

  21. chii

    dok tunggu kaler merah ngn biru pulak…:p

  22. papa mifz

    perhimpunan oren nih menyebabkan wife den balik kerja lambat hari tuh…menyusahkan org betul…

  23. akhiyy

    hmm..macam2 skang..

  24. anjangman

    Bro, kalau FGVH disenaraikan dlm Bursa Malaysia tdkkah itu membawa maksud Saham tu nanti boleh dibeli oleh pemodal asing. Jika saham FGVH ini nanti byk di beli oleh pemodal kapitalis cth dr US/Israel tidak mustahil suatu hari nanti tanah milik felda atau mak cik dan pak cik felda ini akan menjadi milik mereka. Ini cuma mengikut apa yg aku fahamlah.Kalau salah betulkan aku…

    1. jebengotai

      ya jika pemodal asing tu membeli lebih byk fgvh akan dimiliki pelabur asing..walaubagaimamna hebat sekalipun pembeli saham itu ttp ia tidak dapat memiliki Felda..

      fgvh sendiri ialah kompeni lain yang hanya ‘memajak tanah’ tanah dari felda..tanah itu masih lagi milik felda plantation..ramai org keliru ianya syarikat felda sbb ade felda global venture holding..

      tanah 300k hektar ini adalah tanah yg tiada peneroka..100k peneroka tidak terlibat langsung dngn pembukaan felda plantation..

      felda ingin meniru sime darby utk maju dlm peladangan..sime darby kalo x silap merupakan syarikat tunggal dunia yg mempunyai ipo perladangan terbesar sblum fgvh..

      nk senang anggap mcm ni..fgvh ialah kompeni..felda ialah ladang..fgvh menyewa ladang dari felda..jika fgvh tergadai, bagaimana die ingin dapatkan aset tanah kerana tanah itu dari mula bukan milik fgvh..modal fgvh kumpul ialah dana untuk memulakan usaha mengembangkan hasil tuai ladang2 ini dgn kemudahan felda yg sedia ada..

      1. anjangman

        Tq bro..skrg baru aku faham, bermakna ini akan memberi keuntungan kpd peneroka krn meraka juga akan utg dr segi share saham mereka dlm fgvh. Ini juga bermakna beli saham bkn beli tanah…

        1. jebengotai

          ye betul..bkn tanah yg didagangkan..ttp fgvh sbnarnya..dana saham tu digunakan untk modal fgvh utk jalankan operasi..ssh nk rugi kalo labur dibidang perladangan ni..

          1. hairulhafis

            bagaimana pulak pelabur asing nak memperolehi keuntungan sedangkan yang untung para peneroka sahaja?

          2. jebengotai

            IPO FGVH ni terbuka kepada awam..peneroka pon org awam yg dapat saham ni melalui felda..pelabur asing boleh beli melalui pemilikan IPO awam ni..tiada masalah..

            jika nk untung die kene jual masa harga lebih tinggi dari harga beli la..

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.