eyriqazz versus denaihati

Pengalaman Saya Sebagai Blogger

Semakin berusia semakin banyak asam garam yang ditempuhi dalam menjalani kehidupan seharian. Begitu juga dengan Blogger. Dugaan dan cabaran setiap Blogger adalah berlainan dan unik untuk dihayati. Ada yang dapat kawan, kekasih, adik angkat seperti Ammar dan pengalaman baru yang tidak boleh didapati dalam kehidupan seharian. Malah ada juga yang kehilangan kawan dan sahabat gara-gara berbeza idea dan persefahaman berkenaan dengan sesuatu isu.

Permulaan
Saya amat meminati dunia pembikinan laman web ini. Pada awalnya saya tidak tahu menahu adanya sistem CMS untuk membantu pengurusan laman web dengan lebih cekap. Saya hanya membina laman web menggunakan html sahaja dan rekaan saya tidaklah begitu menarik ketika menggunakan Microsoft Frontpage. Experimentasi pon bermula, saya mempelajari mereka bentuk laman web hanya menggunakan Photoshop dan hanya kandungan statik. Saya menjadi bosan dan hampir berputus asa kerana saya memang gagal dalam ‘design’. Ketika melayari internet saya terjumpa CMS dan barulah saya faham apa kegunaannya. Pada ketika itu Joomla sangat popular, dan terus saya muat turun untuk mempelajari bagaimana menggunakannya. Sedikit demi sedikit saya pelajari dan akhirnya saya menjadikan desktop buruk saya sebagai ‘dummy’ server untuk saya buat ujikaji.

Projek Pertama
Projek Komuniti Bekas Pelajar ini ditubuhkan pada akhir tahun 2004. Pada ketika ini saya menggunakan sistem CMS Joomla untuk membantu pengurusan maklumat ahli. Ia merupakan projek pertama yang tidak begitu berjaya dan hanya mampu bertahan selama 2 tahun sahaja. Saya akui ianya datang dari kesilapan saya kerana membuat projek ini seorang diri dan pada waktu sama mengumpulkan maklumat lebih dari 10,000 pelajar. Projek ini sememangnya amat mustahil dilakukan berseorangan kerana pada ketika itu ramai berminat dengan media sosial seperti Friendster dan Myspace.

Projek Kedua
Setelah lama menyepi dari dunia ‘blogging’. Projek kedua pula berkait dengan Projek Bekas Pelajar juga, cuma saya mengecilkan skop kepada rakan-rakan satu tingkatan sahaja. Kali ini saya menggunakan CMS SocialEngine yang hampir serupa dengan Facebook. Pada mulanya ia berjalan dengan sangat baik, rakan-rakan banyak membantu tapi lama kelamaan masing-masing menjadi sibuk menghadapi peperiksaan dan lain-lain perkara. Projek Kedua terbengkalai juga akhirnya. Ada juga saya menjalankan projek kecil di hosting percuma berkenaan dengan download, mp3 dan sebagainya. Tetapi kekangan ‘firewall’ tempat belajar menghalang saya bergiat aktif.

Projek Ketiga
Kegagalan dari dua projek terdahulu sememangnya tidak menghalang saya bergiat aktif didalam dunia ‘blogging’. Kerjasama antara rakan Bumilangkawi.com untuk membina laman web homestay dan tempahan online sememangnya saya nanti-nantikan kerana ianya mempunyai objektif yang jelas yang dapat membantu saya meletakkannya sebagai ‘target’. Pengalaman baru saya perolehi seperti pemasaran produk di Adwords, integrasi dengan Facebook dan Twitter dan juga berjaya meletakkan Homestay BumiLangkawi di peta Google Map. Bukan sahaja pemasaran berjaya tetapi produk yang disediakan Homestay Bumilangkawi sememangnya sangat selesa dan berbaloi untuk diduduki. Mengikut statistik laman web Bumilangkawi mempunyai ‘bounce rate’ tinggi yang rata-rata tidak ramai blogger yang suka.

Projek Keempat
Merupakan salah seorang rakan yang berminat dengan kejayaan Homestay Bumilangkawi sehingga menjadi bualan dikalangan pemilik homestay di Pulau Lagenda itu. Ia berbeza dengan projek yang lain, projek kali ini tidak akan mengenakan cas atau bayaran kepada pemilik homestay. Penyenaraian dibuat dengan percuma yang sememangnya menentang kaedah konvensional. Pelbagai usaha telah dibuat dan tidak disangka ‘page speed’ untuk LangkawiHomestay.Net lebih tinggi dari JebengOtai.com.

Projek Kelima
Projek terbaru saya di JebengOtai.com. Merupakan cabaran terbesar saya setakat ini. Antara cabaran utama seperti skop penulisan yang sangat meluas, idea yang berterusan dan kritis untuk menarik minat pembaca. Usia JebengOtai.com sudah hampir mencecah sebulan sejak berpindah daripada domain Co.CC. Dugaan mendatang harus ditempuhi dengan memperkayakan ilmu ‘blogging’ dan pada masa yang sama berusaha memberi manfaat kepada yang lain.

JebengOtaiā„¢

43 thoughts on “Pengalaman Saya Sebagai Blogger

  1. Phewww…ni dah boleh dikira mcm org lama jgk ni. Bnyk ilmu yg di simpan. Diam2 ubi berisi nmpknya jebeng nih. Patut la nama ‘jebeng Otai’ Huhuhu..

    P/s: lately ni, mak slalu dpt kunjungan dan komen dr bro jebeng. So, mak nk ucapkan jutaan terima kasih kerana sudi berkunjung dan meninggalkan komen di blog mak yg x seberapa tuh yea. Bertambah 1 lagi kawan baru mak..:)
    mak lagenda recently posted..WAYAR SHORT KOT??My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge