Page Layout : Algorithm Google Terbaru

Algorithm Page Layout merupakan satu inovasi terbaru dari Google. Niat murni untuk memberi ‘pengalaman’ baru pengguna internet mencari maklumat yang diingini dengan mudah tanpa perlu melihat iklan yang terlalu banyak di bahagian ‘above the fold’. Algorithm ini tiada kaitan dengan Google Panda dan Google Penguin yang lebih mengkhususkan laman sesawang spam yang mengganggu hasil carian Google. Pada awalnya saya keliru dan sedikit takut dengan ‘update’ terbaru ini. Sebenarnya ia telah dilancarkan pada Januari 2012 dan menerima ‘update’ terbarunya pada beberapa bulan yang lepas. Laman sesawang yang tidak menepati syarat yang ditetapkan akan beransur-ansur ditolak ke hasil carian terbawah. Baru sahaja bersusah payah untuk berdepan dengan ancaman Panda dan Penguin, datang pula satu masalah lain. Dunia blogging sememangnya mencabar bagi mereka yang betul-betul serius dan jika berjaya lulus kesemua ‘algorithm’ ini, menjadi blogger terhebat diMalaysia adalah sesuatu perkara yang tidak mustahil.

page layout
Page Layout : Apa itu ‘Above The Fold’?
Terma ini digunakan untuk menunjukkan peratusan apa yang dilihat oleh para pengunjung laman sesawang kita berdasarkan saiz browser dan beberapa tetapan lain. Terma ini boleh ringkaskan sebagai apa yang boleh kita lihat pada laman sesawang kita tanpa perlu ‘scroll’ kebawah. Apa yang saya faham, analisa ini boleh digunakan untuk meningkatkan ‘revenue’ Google Adsense kerana kita boleh tahu peratusan tertinggi para pengunjung akan melihat iklan kita. Sebagai contoh, kita membaca tulisan rumi adalah dari kiri ke kanan. 99% pengunjung akan melihat dari kiri bahagian atas dan seterusnya peratusan itu berkurangan kebawah. Logiknya ia mempengaruhi kempen atau pendapatan online kita. Malangnya, tidak pula bagi Google Search. Google Search akan mengenakan tindakan keatas laman sesawang yang terlalu banyak meletakkan iklan pada bahagian atas laman sesawang kita sehingga menggangu kepuasan pengguna hasil carian mereka. Kadang-kala kita mencari sesuatu maklumat tetapi kita perlu ‘scroll’ kebawah selepas iklan-iklan yang diletakkan diatas.

Page Layout : Konflik
Percanggahan dan konflik berlaku didalam Google sendiri. Google Adsense mencadangkan pengguna meletakkan iklan di bahagian ‘above the fold’ tersebut manakala Google Search pula melarang diletakkan berlebihan. Mungkin ada bagusnya algotrithm sebegini diwujudkan. Tetapi kadang-kala ianya perlu dilaksanakan sedikit demi sedikit atau sekurang-kurangnya memberi amaran terlebih dahulu. Untuk selamat, kita boleh letakkan iklan pada kadar yang memadai tanpa menganggu navigasi pengunjung. Bila difikirkan balik, ada buruknya terlalu bergantung kepada satu sumber trafik sahaja.

Jebeng Otaiâ„¢
cuak2.. 🙂

Bacaan Menarik : WebProNews

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 56 Comments

  1. hairulafiz

    info-info yang bagus bro…byk yg kena belajar lagi

    1. jebengotai

      sy pon bru tahu..jenuh memikirkannya..takut2 kene penalize lak..

  2. ohcikgu

    huhu..memang tak pandai bab algorithm google nih. masih pening.

  3. Nadot

    agak paham entry kali ni wpun tetap tak paham all those big words mcm algorithm google dan lain-lain… hohoho

    1. jebengotai

      owh..algorithm google tu lebih kurang mcm google update la..hehe

  4. Eizil

    Bila berlaku konflik macam ni, kita perlu uji untuk kenalpasti di mana garis yang paling bagus untuk digunakan, tapi kadangkala, semasa ujikaji sedang dibuat, masa tulah blog kita kena penalti… -_- serba salah dibuatnya.

    1. jebengotai

      kalo bleh mmg x nk kene penalize la..tp sbb x der warning tu yg bermasalh skit..huhu

  5. Amirez

    banyak kena belajar lagi ni. tapi ilmu Internet tak pernah terkejar…

    1. jebengotai

      terlalu pantas berkembang..sehingga kdg2 leh blur dgn istilah2 baru ni..huhu

  6. beckhrooy

    macam2 pula google ni sekarang, terpaksa ikut juga kehendak dia nanti kalau terpaksa 🙂

    1. jebengotai

      kalo difikirkan bgus juga..terlalu byk iklan leh ganggu pengunjung nak baca entri..

  7. Leeza dayasari

    leeza tak tahu apa2 sgt pasal benda2 ni.. huuu

    1. jebengotai

      owh, ringkasannya..kalo letak terlalu byk iklan kat atas boleh kene penalize dgn google.. 🙂

    1. jebengotai

      bg mereka yg ingin series berblogging..mmg kene faham menda ni..:)

  8. neu

    susah jg kalau nak ikut semua kan – baru nak buat itu, timbul pula yg ini.

  9. Ladfe Amir

    first time baca tentang algorithm. nampaknya masih banyak lg bab yg saya kena pelajari di dunia blogging ni

    1. jebengotai

      kdg2 sy pon terlepas pandang..tp mmg diorg update algorithm ni beberapa bulan sekali..

  10. Dulu Lain Sekarang Lain

    Google sama Google pon bercanggah ehhh.. Tapi betul mcm bro cakap.. the best practice ialah jangan letak iklan terOVER sangat. Adakala buat orang menyampah sebab diganggu iklan dan tak mahu dtg lagi. Kena marah dgn Google tu satu hal lagi…

    1. jebengotai

      utk jangka masa pjg kene ikut apa yg Google sarankan..huhu

  11. anif

    Semakin mengelirukan. Apa pun blogger perlu tahu perkembangan semasa teknologi. 😀

    1. jebengotai

      selain teknologi..kene belajar lak undang2 yg ditetapkan lak..makin susah pula..

  12. hatiputera

    iklan yang banyak memang menganggu pembacaan. Harap blog HP tak dikategorikan sebagai banyak iklan.

  13. cik tom

    byk sgt update..pening..xsmpt nak catch up..

    1. jebengotai

      yela..kalo x silap ade 4 algorithm..lepas tu kerap update lak tu..

  14. titan

    hang cite apa nih. haku tak paham nih..

    1. papa mifz

      samo la dgn den ni ha…zero..tapi tuh masih cuba utk memahami…huhu

  15. Hazmin Hamudin

    Nasib baik la blog aku ni iklan ciput je… Macam-macam la kehendak google n… Penat nak ikut.

    1. jebengotai

      yela..camne nk dptkan byk income pki satu iklan jer..huhu

  16. puanbee

    alamak agak kemalasan nak berfikir , cuma nk tahu jebeng tgk kat mana benda ni ?

    1. jebengotai

      kdg2 crik mende lain..tp kuar result mende2 mcmni lak..huhu

  17. Norizwan

    cepat nya google berkembang kan…ada2 jer benda baru…susah nak fhm lak tu huhuh….

  18. Juan

    terbaiklah bro ko kalau dlm bab bab nih

    1. jebengotai

      tahu secara x sengaja ni bro..trus panik ni..hehe

  19. akubiomed

    Saya pernah ada saranan untuk memastikan blog apabila mouse scoll tidak lebih daripada 3 kali. Apa yang disarankan Google adalah contradict apa dipraktikkan oleh pihak Google. Sedangkan mencadangkan kedudukan yang mempunyai potensi tinggi mendapat earning.

    Tidak pasti pengiklan tempatan sedar akan hal ini.

    1. jebengotai

      xpasti pula pengiklanan tempatan menyarankan hal mcmni..tp rata2 mcm x dak..

  20. Hafizul

    baru pertama kali dgr menda mcm ni..haha..memang sy kena banyak membaca lagi nih..

  21. onlajer

    Dah ler tak berapa teror datang lagi ancaman baru, warghhh

  22. auc

    sesama dia berkelahi kang blogger jadi mangsa 🙂

  23. puteri kasih

    ancaman lagi..kalau tak berhati-hati..mesti kena penalize kan..hurmm dah la tak teror bab-bab camni

    1. jebengotai

      ambil masa juga utk keluar dari penalize sehingga update terbaru..

    1. Blog Keperawatan

      Harus berhati-hati lagi karena memang sepertinya google banyak melakukan berbagai hal yang menarik juga

  24. shraqs

    Betul la tu bro,.. Page Layout ni Google perkenal awal tahun tempohari sebab nak jadikan hasil carian lebih berkualiti & tidak mengganggu pembaca dengan iklan yang terlalu banyak sampaikan nak cari content pun tak tahu kat mana letaknya. Kadang2 kena skroll jauh ke bawah 🙂

    BTW, Page Layout tu tak lama lagi akan ditutup & digabung terus di Google Analytics di bahagian Page Analytics. Lagi senang nak pantau.

    1. jebengotai

      dgr2nya mcm tu la..tp google terlalu banyak tools lak.kalo google analytic + google webmaster kan senang..

  25. daddydee

    Thanks for info. Banyak lagi yang saya tak tahu pasal website ni.

  26. MindaKini

    Tips yang berguna boleh juga tahu tentang update Google Panda dan Google Penguin

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.