Naga Besi, Beliung Putih

Pengalaman mendebarkan sememangnya tidak mudah dilupakan. Menunggang ‘naga besi’ dan ‘beliung putih’ memerlukan keberanian yang tinggi. Manakan tidak kedua-duanya ianya disenaraikan didalam senarai antara roller coaster paling laju dan paling panjang didunia. Oleh kerana ini kali pertama menaiki ‘roller coaster’ di Nagashima, saya terpaksa menaikinya juga kerana entah bila akan mengungjungi taman tema ini semula.

White Cycloon
Dinobatkan sebagai rollercoaster binaan kayu yang keempat terpanjang didunia. Setiap selekohnya tidak begitu selesa kerana cantuman landasan tidak begitu kemas. Suspensi kereta pula sangat keras dan agak menakutkan. Walaupun begitu, masih ramai yang mahu menunggangya kerana ia melalui celahan sempit yang agak rendah. Bagi mereka yang agak tinggi, perasaan takut disebabkan khuatir kepala akan terhantuk pada palang kayu yang menyokong binaan.

Steel Dragon 2000
Binaannya agak moden. Steel Dragon 2000 merupakan ‘roller coaster’ yang diperbuat daripada besi keseluruhannya dan terpanjang didunia .Ia dilengkapi dengan kerusi yang selesa dan landasan besi yang kukuh dan selekoh yang lembut. Rekaannya dinamik tidak bermaksud ia dapat ditunggang dengan mudah. ‘Naga besi’ ini lebih ganas dan liar. Ketika permulaan, pengungjung akan menaiki tanjakan setinggi 318 kaki dengan perlahan. Pada ketika ini tahap kegerunan akan terkumpul sebelum ‘roller coaster’ menjunam ke bawah. Ianya melalui selekoh tajam yang begitu hampir dengan kompleks membeli-belah dikawasan sekitar. Selepas itu ia melalui terowong yang gelap dengan kelajuan yang menakutkan.

Jebeng Otaiβ„’

Ade bran ?.. πŸ™‚

p/s : Β xdan nk rekod sbb tkut kamera tercampak..hehe

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 40 Comments

  1. JebengOtai

    first time nek..mcm nk skit jantung pon ade..huhu

  2. Juan

    aku x pernah lagi naik benda alah ni

    1. JebengOtai

      mmg kecut perut bro..takut jgak la.. πŸ™‚

  3. SuhairiDotCom

    Aku pernah naik semua roller coaster dalam malaysia,paling best dkt Genting. πŸ™‚

  4. anif

    πŸ˜€ Hanya untuk mereka yang berani jer ni!

    1. JebengOtai

      aah la..kalo x sdap perut jgn naik…mmg haru la nnt..

  5. puan kutu

    pernah sekali naik dekat time square.rasa macam tobat tak nak naik dah smp bila2.haha..

  6. muazfaris

    wah , ni bleh naik pening gak ride ni..haha

  7. madammondoq

    mak aii!! bagi berjuta pun i tak kan naik!!

    1. JebengOtai

      pergh..kalo btul2 bg sejuta mmg sanggup nya…skjap jer x smpi 10 saat πŸ™‚

  8. akubiomed

    Ini kalau lepas naik tentu tidak boleh berjalan dan muntah hijau. πŸ™‚

    1. JebengOtai

      kalo dok seat blakang skali x per..jgn dok depan..kesian lak org belakang kene muntah hijau..hehe

  9. nizamghazi

    Aku suka outdoor yang macam ni.
    Suspen tapi cooool…!

    Nak naik jugak White Cycloon. Tak acik!
    Harap2 jangan jadi macam final destination 3

  10. titan

    naga-naga besi ni aku suka main. haha..

  11. arelan

    sepanjang dok jepun,pernah naik yang kat sakuragicho,universal studio japan, disneyland & disneysea je.tupon terpaksa.member ajak gi Fuji-Q tak pernah lak na gi.ahhaha..nagashima nye lagi la.tak pernah dengar pon.aiyoo

    1. JebengOtai

      jepun mmg byk tmpt mcm ni..mmg xdan nk pi sume.. πŸ™‚

      1. arelan

        time belajar dulu banyak je masa tapi keyakinan tu yang kurang.hahaha

        1. JebengOtai

          xper..dh ade keyakinan leh naik naga besi ni..hehe

  12. beckhr00y

    belum pernah merasa naik ni,ingin cuba klau berkesempatan πŸ˜€

    1. JebengOtai

      kalo dpt nek mmg kene try bro..takut tu letak tepi..hehe

  13. mak lagenda

    Hui..tak sanggup nak try n teste kot. Maunya abes kuar isi pewot mak montel nnti. hihihi

  14. Hazmin Hamudin

    Yang dekat Malaysia ni pun tak berani nak naik, ni pulak yang mengarut macam tu. Hahaha… Memang tobat la nak naik.

  15. akhiyy

    perhh..macam best aje..hehe..tapi kalau dah terdudk kat kerusi tuh tak kan nak kuar balik..hehehe

    1. JebengOtai

      kene tunggu sampai abis aa bro..sekjap jer 10 second..tp rasa mcm 1 jam.. πŸ™‚

  16. chii

    teringin gak nak naik..tp rasnya mcm blum berkesmptan je lg..
    sure kecut perut kan.tatau la sama ada berani ke idak nak naik roller coaster ni

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.