Minyak Oh Minyak

  • Post category:Semasa
  • Post comments:9 Comments

Secara jujurnya saya akui bahawa saya amat kagum dengan keberanian negara Iran yang berani menentang komplot Kesatuan Eropah dan Amerika untuk mengenakan ’embargo’ keatas ekonomi negara itu. Salah satu tindakan beraninya pada beberapa hari yang lalu adalah menghentikan sepenuhnya dagangan minyak mentah ke negara England dan Perancis. Secara tidak langsung harga minyak dunia naik secara mendadak kerana lebih 20% keluaran minyak sedunia dihentikan serta merta.

Berbagai laporan dibuat oleh media barat yang mendakwa Tehran berhasrat membina senjata nuklear daripada menggunakan sepenuhnya potensi tenaga tersebut dalam penghasilan elektrik kuasa. Tanpa berbincang lebih lanjut, ugutan demi ugutan diutarakan untuk menyerang dan mengancam keselamatan Iran. Apa yang pasti, tindakan ini tidak membawa faedah dan menyukarkan keadaan semasa di Kesatuan Eropah yang masih bergelumang dengan isu hutang Greece dan anggota-anggotanya yang lain.

Apa yang pasti, Israel takut dengan perkembangan pesat Iran dari segi ekonomi hinggalah teknologi. Menentang menggunakan proksi telah lama digunakan oleh Israel bagi menyekat mereka atau mana-mana negara yang menentangnya. Inilah dinamakan ‘keadilan sejagat‘ yang dikatakan oleh salah seorang tokoh terkenal di negara kita.

Kita tidak mahu sebuah lagi negara Islam di hujani bom dan peluru hanya kerana tidak sependapat atau mengikut telunjuk mereka. OIC perlu memainkan peranannya untuk mebela salah satu anggotanya kerana kebanyakkan sumber minyak berada di negara anggota OIC. Tidak dapat dibayangkan jika mereka semua bersatu menghentikan pengeluaran minyak dunia..

JebengOtai™
Hairan mengapa OIC mendiamkan diri sehingga kini..

Bahan Bacaan lain : Oil-Price.Net

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 9 Comments

  1. hafizmd

    Nampaknya, ugutan mereka dah makan diri sendiri. Harga minyak dah naik beberapa hari lepas akibat sekatan terbaru tu.

    Iran mmg mampu berdiri atas kaki sendiri. Mereka mmg punya rakyat yg bijak2 dan tak takut pada ancaman pengganas sebenar

    1. JebengOtai

      mereka sedar siapa yang sepatutnya diperangi..dan bersatu padu menghadapi ancaman demi ancaman..

  2. Juan

    aku memang sgt setuju iran hentikan minyak pada barat

  3. chii

    negara2 arab mmg kaya dengan minyak…rasanya kalau semua bersatu hentikan dagangan minyak ke negara eropah..mmg susah la dorang kan..

    1. JebengOtai

      tp negara2 arab yg len rela jdik tali barut barat..

  4. titan

    biasalah tu. ada aje yang mendengki.

    1. JebengOtai

      haa la.leh dok diam bile tgk org sng..

  5. lazaac

    aku rasa org dalam OIC tu sendiri dah ‘ketak’ lutut takut kepala bocor dek peluru…

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.