Lelaki Kacak Menang Nombor Ekor

Sejak menulis entri ‘Cara Untuk Menang Nombor Ekor‘, saya mendapat respon yang berbeza-beza. Ada yang menyokong dan ada yang mengatakan ia sekadar gimik tajuk entri yang diminati para lelaki judi yang tidak kacak. Walaupun sebenarnya formula itu boleh dihasilkan lelaki kacak kerana tiada rawak yang benar-benar rawak kerana 4 digit nombor tersebut telah pun ditetapkan berjumlah 10,000 kombinasi. Jika berjaya tidak mustahil lelaki kacak menang nombor ekor.

Sebagai contoh duit syiling. Duit syiling dilemparkan dan akan jatuh pada lantai memaparkan salah satu permukaan syiling samada kepala atau ekor. Jika dicatitkan kesemua lemparannya, kita boleh meneka kebarangkalian permukaan duit syiling yang jatuh ke lantai menghadap keatas. Walaupun begitu, 10000 kombinasi bukanlah sedikit tetapi kemungkinan untuk nombor ekor tersebut keluar sebagai hadiah utama adalah tidak mustahil. Membentuk formula perlu menimbangkan segala maklumat seperti data nombor-nombor terdahulu, tarikh dan sebagainya yang boleh digunakan untuk meningkatkan peluang memenangi nombor ekor 4D dan sebagainya.

Adalah lebih baik duit yang digunakan berjudi itu disimpan dan dilaburkan ke tempat yang lebih baik seperti pelaburan emas yang boleh dipelajari didalam ‘ Teknik Pelaburan Emas Lelaki Kacak‘ , supaya duit yang kita makan itu halal dan tiada keraguan.

Jebeng Otai™
Kalo korang paham dan leh terbitkan rumus bek krg jadik prof dari jdik tahi judi.. dan aku pon pening apa yg aku tulis ni.. 🙂

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 26 Comments

  1. JebengOtai

    ni bukannya entri ilmiah..hanya lah omongan kosong pengarang shja..hehe 🙂

    1. Azuan

      Tengok tajuk, ingat ko yg menang.. 🙂

      1. JebengOtai

        haha..x berani aa bro..walaupun adiah juta2..tp x berkat 🙂

        1. hafizmd

          betul t bro,kalau menangpun, tak ke mana duit tu…

  2. azmanisma

    he3..kalau ada yg taksub,cara ko ni boleh mereka ambik kira..

    1. JebengOtai

      bek diorg keje sbgai pakar matematik.. 🙂

    2. Azwan

      betul-betul. kalau dah jadi kaki judi tegar, apa saja tips akan digunakan.

      1. Jebeng Otai™

        kalo diorg nk pi tips ni mmg diorg handal la.. bkn senang nk wat formula tu..huhu

      2. hafizmd

        mmg kalau dah taksub,semua boleh jalan…bahaya bila dah jadi kaki

  3. neu

    ingatkan ada tips 4d td hehe 🙂

  4. titan

    aku tak pernah main nombor ekor. hoho..

    1. JebengOtai

      uih jgn titan..nnt ilang kekacakkan ko.. 🙂

    1. JebengOtai

      xleh kongsi..nnt dpt lak ‘saham’ sama2..huhu

  5. akubiomed

    Tidak kacak kalau dapat duit dengan cara nombor ekor. Teringat subjek Matematik iaitu Kebarangkalian. Lagi besar digit lagi besar kebarangkalin kombinasi nombor.

    1. JebengOtai

      yela..tp kalo depa dpt wat satu formula..better diorg jdik pensyarah @ dekan ag bagus.. 🙂

    2. chii

      Dlm kepala chii pun dok ingat subjek yg sama. Selain duit syiling,leh juga gunakan dadu

      1. Jebeng Otai™

        btul..dadu pon leh jgak..dlm beberapa kali nbalingan pasti akan ade nombor yg sama.. 🙂

      2. hafizmd

        dadu…tak pernah guna tp ade apply dlm exam dulu…tak tau main teka jer….hiihi

  6. Naziman

    hahahaha..tengok tajuk tadi ingat jt yang menang. hahaha..ni macam belajar math ja. probability. hoho

    1. JebengOtai

      ssh nk menang..ae ag parameter yg x jelas..hehe

  7. Sya Isya

    tak pernah terfikir benda2 macam ni semua. tapi kalau dah kaki tu, apa pun boleh dijadikan nombor.

    1. JebengOtai

      yela..asalkan cukup 4..diorg trus bli..

  8. Hafizul

    No. ekor ni berhantu..kalah orang isap ganja..hehe..mintak ngn bomoh pun ok jugak…

    1. JebengOtai

      Mintak ngn bomoh kbykknnya tipu..huhu..kalo terer math leh kira je..hehe

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.