Lelaki Kacak Labur ASB

Siapa yang tidak kenal Pak Abu, Lelaki Kacak yang pandai menguruskan kewangannya. Pak Abu semakin berubah dengan raut wajahnya sentiasa dihiasi senyuman. Bebanan yang dipikulnya semakin hari semakin ringan kerana faedah bayaran rumahnya dapat dikurangkan sehingga puluhan ribu seperti didalam entri ‘Pak Abu Sangat Gembira‘.

Lelaki Kacak Labur ASB
Lelaki Kacak ini mula ligat berfikir bagaimana hendak memberi kesenangan dan kemudahan kewangan kepada keluarganya kelak. Pak Abu mula mengkaji bagaimana untuk mencapai ‘target’nya. Jika Pak Abu mula menyimpan di ASB dengan cara menyimpan setiap bulan, kadar dividen yang diterimanya sedikit sahaja kerana simpanannya bermula dari sifar.

Pinjaman Pelaburan ASB
Kaedah baru pelaburan yang diperkenalkan oleh kebanyakkan bank seperti Maybank, RHB dan sebagainya. Berbagai teknik digunakan untuk mendapatkan wang dividen dalam masa beberapa tahun. Pak Abu pada awalnya khuatir kerana ditakut-takutkan oleh rakan-rakannya yang rumahnya akan tergadai jika tidak dapat membayarnya semula dan bermacam-macam lagi. Pak Abu mempunyai lebihan wang ditangan sebanyak RM8,000 untuk tujuan simpanan sendirian dan nekad ingin melabur menggunakan kaedah ini.


Kalkulus Keuntungan Pinjaman Pelaburan ASB

Pinjaman Pelaburan ASB RM100,000 (Maybank) dengan kadar bayaran bulanan RM566 setiap sebulan dan 8% dividen setiap tahun selama 25 tahun.
= RM100,000 x (8/100) x 25
= RM200,000 ketika tamat pinjaman.

Jika Pak Abu ingin membayar RM566 menggunakan duit dividen tersebut, maka keuntungannya ialah :-
= RM566 x 12
= RM6792/RM100,000 x 100%
= 0.06792, peratus kos

Peratus Untung – Kos
= 0.08 – 0.06792
= 0.01208



Keuntungan Selepas 25 tahun
= RM100,000 x ( 1+i )^ 25 tahun
= RM100,000 x (1.01208)^ 25
= RM135,011.59

* keuntungan setelah tamat pinjaman yang Pak ABu dapat dengan modal RM 6,792 dibayar pada tahun pertama. Tahun berikut dibayar dengan dividen.


Informasi
Khidmat nasihat dan konsultansi memendekkan tempoh dan faedah pinjaman perumahan boleh hubungi:-
En.Hanaffi
Tel : 010-8403329 (JB)
Emel : [email protected]


Jebeng Otaiâ„¢
untung keluarga Pak Abu.. 🙂

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 68 Comments

  1. JebengOtai

    Pak Abu mmg leh jdik role model AKPK la..hehe

    1. dzuandiey

      terbaik!..

  2. titan

    memang kacak pak abu rupaya..

    1. dzuandiey

      kacak lagi titan kan?…ker orang lain?..haha

  3. dzuandiey

    ASB VS Public Mutual..mana best ya?…
    ada orang tanya..haha.. 🙂

    1. JebengOtai

      ermm..Public Mutual dgn syarat starting besar.. 🙂

  4. sjiehan

    saya pnh dgr benda ni..

    tapi ramai cakap ragu2.. sbb x pasti duit tu di labur kat mana…

    huhuhu… btul ke?

    1. JebengOtai

      mengikut majlis fatwa mengatakan dividen dan pelaburan asb adalah harus..

      seperti kes pak abu ia adalah untk kelangsungan hidup keluarga nya.. 🙂

      p/s: jika sy silap sila betulkannya eh..

      1. sjiehan

        kene tanya ustaz zaharuddin.net… dia pakar ekonomi islam..kalau saya terjumpa artikel tu,saya bagi… =)

        1. JebengOtai

          orait..sy ade baca ustaz zaharuddin.net berkenaan isu pelaburan asb ni pd tahun 2009..x jumpa yg terkini 2012..kalo ada leh sharekan.. 🙂

  5. nurmisnan

    Pak Abu seronok melabur tapi aku plak
    yg kompius nih.. har3..

  6. Izzuddin Fauzi

    Ooo… Memang ada minat nak melabur… Baru je terancang semalam… Anyway – NICE SHARE! Cm tau2 je tengah cari info mende nie… 😀

    1. ruby bieya

      cm ne tu

  7. mrs.yie

    sempat lagi tu dia guna key lelaki kacak 😛

  8. rahman

    cari pelaburan berasaskan islamic.. baru best nak makan hasilnya 🙂

    1. JebengOtai

      mencari yag halal tu kewajipan.. 🙂

  9. SuhairiDotCom

    ASB ada pulangan kalau labur dalam nilai yang banyak. Sikit pn ada nilai juga 🙂

  10. sha

    skrg ni saya juga labur dlm unit trust via my KWSP account…huhuhu

    1. JebengOtai

      member sy pon ade yg wat mcm tu..bru sethun 50% utng..dsyt2

  11. yas

    Dulu ada labur dlm ASB…la ni sumer tarik kuar dh bro…masuk kt TH jerr, biar sekelompok setempat jerrrr pe2hal senang…….:)

    1. Mus

      saya pun dalam perancangan nak pindahkan ke TH juga..

      1. JebengOtai

        waah..mengikut langkah yg sama.. 🙂

  12. nizamghazi

    Pak Abu : Analogi yang menarik.
    Sebenarnya saya pun kurang arif dengan ASB ni.
    Yang saya tahu ianya adalah pelaburan jangka masa panjang.
    Tapi apa yang ada di dalam kepala sekarang adalah meneruskan
    Biness Online

    1. JebengOtai

      hehe..bisness tu pelaburan juga..pelaburan jangka masa pendek.. 🙂

  13. Denaihati

    contoh yg baik pak abu ni, ramai boleh ikut.

    1. JebengOtai

      btul..kalo ramai dmengikut sikap pak abu dihari tua nnt pasti tiada masalh..

  14. tehr

    Lelaki kacak memang kena ikut langkah pak abu
    Kacak sokmo
    Hehe

    1. JebengOtai

      pak abu mmg pikir pjg..pikir keluarga..tu yg kacak.. 🙂

  15. akubiomed

    Terus terang saya tidak berani membuat personal loan untuk dilaburkan didalam ASB. Buat masa ini saya mengharapkan duit ASB akaun 1 setiap 3 bulan akan dilaburkan didalam unit amanah.

    1. JebengOtai

      btul..jgn gunakan personal loan..

      tp bank skng dh ade pinjaman utk labur asb ni..huhu..kalo ade duit extra leh labur guna pinjaman ni..tp jgn wat personal loan.. 🙂

  16. chii

    leh jadikan pak abu sumber rujukan ni =) terbaik la

  17. muazfaris

    pak abu yg kacak .. kacak style labur ASB.

  18. arelan

    pak abu memang kacak & bijak.hohoho..tahniah pak abu

    1. JebengOtai

      rancang kewangan dgn teliti..mmg perangai pak abu.. 🙂

      1. arelan

        nak jadi cam pak abu gak lah.huhuh

  19. mak lagenda

    Mak dah melabur dlm ASB ni. Melalui pinjaman dan simpan sendiri tiap bulan.

    Ada lg cara yg baik utk melabur ASB ni but pening skit nak ikut..:)

  20. akhiyy

    pak abu yang pandai menentukan masa depan..hehe..tapi memang boleh ea buat macam neyh??

    1. JebengOtai

      aah mmg boleh..yg penting ada modal..hehe

      cuma yg x leh kuar duit pokok 100k tu sj..yg leh kuar dividen…

  21. wazy

    Nak cuba la,sebelum ni banyak juga dapat offer macam ni

    1. JebengOtai

      kalo ade modal leh cuba..byr pukal 1 tahun..next year..xyah kuar duit poket utk byr..pki dividen asb jer 🙂

      jika dividen tinggi dpt juga belen kat tangan..

  22. hafidz

    memang best bila dapat membuat komitmen dalam pelaburan ASB ni. Keuntungannya memang terbaek! 😀

    1. JebengOtai

      yela..apa yg penting disiplin..pejam celik bila dah tua ada extra saving.. 🙂

  23. segalabenda

    asb nih memang besar dividen tahunannya berbanding dengan yang lain..dan lebih selamat bagi aku..

    1. JebengOtai

      kalo ikut cth kiraan sy guna 8%..thun lepas kalo x silap 8.8%..huhu

    1. JebengOtai

      salah satu investment yg ‘safe’ dan dijamin kerajaan..huhu..kalo mcm method pelaburan lain pon jauh lebih bagus dri asb..tp sbb x nk peningkan kepala..asb pling senang..huhu

  24. Juadah

    Dulu pun sya longgok duit kat ASB. Baru2 ni dgr isu2 sensitif pasal ASB terus sya keluarkan dan letak kat TH. Terpulang masing2 punya pendapat la…heh

    1. JebengOtai

      mengikut pembacaan sy..melabur di asb ialah harus..

      lain negeri lain fatwa yg dikeluarkan..hanya selangor mengeluarkan fatwa haram melabur asb

      ttp membuat pinjaman bank konvensional utk pelaburan ini adalah haram..kerana ada unsur riba dlm pinjaman..

      jika menggunakan perbankan islam ianya harus dan hanya maybank islamik sj yg keluarkan kemudahan ini..bank islam x der pinjaman mcm ni..

  25. zik

    asb tak melabur.. tapi ada melabur lah… tak berapa nak konsisten… insyallah kalau ada rezeki lebih nak melabur macam2 jenis.. ada banyak pecahan dan semuanya tak semestinya untung belaka.. tapi ianya adalah pengurangan risiko dari rugi yang banyak..

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.