Komentator Tegar Oktober 2012

Oktober berlalu pergi. November datang menanti. Masa memang tidak menunggu kita. Banyak pengalaman yang saya dapati semenjak menulis blog ini. Ada yang suka, duka dan bermacam-macam lagi yang saya dapat. Sejak kebelakangan aktiviti blogging agak terganggu sedikit disebabkan dengan urusan kerja yang tidak dapat dielakkan. Sekali sekala ada juga penyakit malas datang melanda selain demam dan selsema. Walaupun mencatit idea tetapi momentum untuk menulis tiada. Daripada memaksa, baik bercuti seketika untuk mengembalikan mood blogging. Saya juga ingin meminta maaf kepada rakan-rakan kerana tidak dapat melawat kerap seperti dahulu. Untuk mendapatkan konsitensi menulis memang amat sukar. Apa-pun saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah memberikan komen di laman sesawang JebengOtai ini. Tahniah diucapkan kepada komentator tegar bulan ini iaitu HatiPutera kerana sekali lagi berjaya mendapat sehelai lagi T-shirt M7 Dragon untuk dijadikan koleksi beliau. Tetapi kali ini saya akan hadiahkan M7 Dragon putih untuk digayakan ketika berjalan-jalan di Jusco Tebrau. Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada HatiPutera.

Kepada rakan-rakan yang lain, saya mengucapkan terima kasih dan teramat bersyukur mempunyai rakan-rakan semua. Walaupun berbeza pendapat dan idea, pada saya itu tidak bermasalah dan ianya memberi perspektif baru dan informasi yang berguna untuk dijadikan panduan. Berikut merupakan komentator tegar November 2012 :-

  1. HatiPutera
  2. Rahman
  3. Daddydee
  4. PuteriKasih
  5. Akubiomed
  6. Adam
  7. Shraq
  8. Titan
  9. Dulu Lain Sekarang Lain
  10. Naziman
Jebeng Otaiâ„¢
kalo 3 kali berturut2 nk bg apa ya 🙂

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 55 Comments

  1. Bang Iwan

    Mantap…. hatiputera kembali berjaya. Tahniah.

      1. hafizmd

        76 komen dan bro rahman jugak hampir menang…mantap seh!

        tahniah2

  2. akubiomed

    Bila kesibukkan melanda tiada apa yang boleh dilakukan selain tunggu apabila merasa lapang.

    1. jebengotai

      yela..kdg2 ade urusan yg lebih penting..x dpt dielakkan..

  3. Dulu Lain Sekarang Lain

    Wah! dapat masuk ranking… Tahniah buat diri sendiri.. Finally Van Persie menjaringkan gol di stadium jebengotai.com … Yes Yes…

    1. hafizmd

      hehe…tu yg syok tuh! hohoho

  4. hairulafiz

    susah betul nak potong hatiputera tu……

  5. hatiputera

    HP tersenarai jugak kat sini, Terima kasih JO..semua orang boleh melakukannya.

    1. jebengotai

      aah btul bro..terima kasih bro, teruskan momentum.. 🙂

  6. Leeza dayasari

    tahniah semua.. bulan ni leeza slow sikit.
    :::sorry lama tak berkunjung… exam + demam.. thx sbb terus support. :::

    1. jebengotai

      oowh..x mengapa..janji dah semakin sihat..

  7. titan

    kalau 3 kali berturut..hang belanja bagi cendol selama 1 bulan ajela..lepas tu..ban terus hatiputera. haha..orang lain pun nak menang gak. haha..jahatnya aku..

    1. Hafizul

      Hahahaha..ideal bab belanja cendol tu memang kemas doh..susun rapi jer..bab yang akhir tu yang tak mampu nk baca..hahaha..en titan jeles kot…hahaha

      1. jebengotai

        haha…yela..tp x kisah rasanya..boleh jer jdik komentator tegar byk kali..mungkin hadiah design lain pula.. 🙂

    2. hafizmd

      hahaha…mmg kejam…hahahaa

  8. Mummy Akmar

    Tahniah kepada semua yang tersenarai..Teringin juga sesekali tersenarai nih..Nak cuba bulan oktober lah..

    1. jebengotai

      boleh..byk lagi tshirt yg nk diberi.. 🙂

  9. Juan

    lahhh, aku xda ker bro, x tegar ker aku nih

    1. jebengotai

      skit ag tu bro..hampir dh nk tegar dah..

  10. Denaihati

    tahniah pada semua pengomen2 tegar utk october.

  11. Hazmin Hamudin

    Tahniah kepada pengomen tegar. Memang hebat diorang ni…

  12. puteri kasih

    sempat juga menyelitkan diri..cam mana nak pintas HP ni..takpe kalau kali ketiga HP menang, tshirt tu pass kat puteri jelah 😛 hehe

    tahniah HP dan juga tahniah kepada semua yang tersenarai 🙂

    Thanks JO 🙂

  13. Amirez

    tahniah Hatiputera 😉

  14. Hafizul

    emm tahniah pada HP/..hehe..emm tu la sy pun pening jugak nk fikirkan apa nk bagi pada top komen yang 3 kali berturut-turut..haha..kenabagi juga tanda penghargaan kan?

    1. jebengotai

      aah la..mungkin kene special prize agknya.. 🙂

      1. hafizmd

        kasi buku special ok jugak =)

  15. zool

    tak masuk carta

    1. iAwani

      saya juga, Zool. Samalah. Ada peluang untuk bulan 11.

  16. Naziman

    Tak sangka saya pun masuk dalam senarai. haha. Sekarang ni jarang nak blogwalking, sibukkan. huhu

  17. iAwani

    untuk bulan November, saya cuba untuk masuk ke senarai pemberi komen terbanyak.

  18. auc dot com

    tahniah semua pengomen tegar tu
    auc belum dpt tembus lagi kat sini 🙂

  19. hafidz

    lepas ini boleh kuarkan statistik komentar paling tegar untuk tahun 2012. Memandangkan kita akan menghampiri tahun 2013 ngee 😀

  20. faizul

    Salam bro jebeng, dah lama saya tak singgah sini almaklumlah baru habis kursus 2 bulan, blog sendiri pun tak sempa jengah. Rasanya nak start kerap jalan2 sini pula. 🙂

    Tahniah pada yang dapat baju free tu.

    1. jebengotai

      lama jugak kursus tu..kerap2 la dtg sini..boleh dpt free tshirt..hehe

  21. chii

    da lama nama chii xde kat sini…skrg ni da agak susah sket..ehehe..xpe la..rezeki HP 😀 tahniah

  22. cik tom

    tahniah pd top komentar..xtersenarai lgsg sbb busy..hehe

  23. Puan Bardboo

    tahniah buat semua yang tersenarai…mood blogging ni memang ada naik turunnya..macam saham la plak kan..hehe..

  24. hafizmd

    Tahniah pada bro HP. Dua bulan berturut dah tu…mmg power. Nak kena guna tektik gerila lepas ni kalau nak dapat baju free…hehehe

  25. nurmisnan

    har3,.. tahniah hatiputera.. nama pun hati
    sentiasa bertahta dihati.. hik3

  26. Adam

    Waaaah!
    x perasan pon adam.. Jadi top komentator lak.. LOL

  27. daddydeed

    tersenarai….tapi tak mampu nak kalahkan hatiputera…

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.