Keputusan Terkini Pingat Olimpik 2012 – 6 Ogos

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Datuk Lee Chong Wei. Perlawanan semalam merupakan sesuatu yang luar biasa. Mungkin saya boleh kategorikan sebagai perlawanan ‘high class’ kerana masing-masing bertarung bermati-matian. Agak sukar untuk mengalahkan pemain yang berada ditahap tersendiri. Jika bertarung menggunakan kekuatan pastinya akan keletihan, manakala menggunakan akal pula kedua-duanya sama licik. Apa pun nasib tidak menyebelahi Datuk Lee Chong Wei. Kesedihan yang terpapar di wajahnya menunjukkan betapa kecewanya beliau ketika bola terakhirnya jatuh diluar garisan gelanggang badminton. Tidak mengapalah, kita dapat juga satu pingat perak sekaligus mengubah kedudukan pungutan pingat olimpik. Negara China kembali mengunguli pungutan pingat olimpik selepas US mengambil alih posisi tersebut buat seketika. Tahniah dan terima kasih saya ucapkan kepada Datuk Lee Chong Wei atas segala usaha dan menghadapi kepayahan menghasilkan pingat untuk Malaysia.

Pungutan Pingat Olimpik 2012

Seperti entri sebelum ini, ada juga suara sumbang mempertikaikan kenapa kita tidak boleh mendapat pingat emas. Sepatutnya kita harus berterima kasih kepada beliau kerana telah mengharumkan nama negara berbanding sesetengah pihak yang hanya tahu ‘komplen’ sahaja. Berikut merupakan keputusan terkini pungutan pingat olimpik :-

pingat olimpik

Jebeng Otaiâ„¢
tahniah datuk lee chong wei 🙂

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 68 Comments

  1. daddydee

    Orang bersuara tu mampu ke dapatkan pingat perak??

    Apapun tahniah buat Datuk Lee Chong Wei..Perak pertama buat Malaysia

    1. anjangman

      Negeri Perak pun terlepas he..he..

    2. jebengotai

      sy pingat perak sekolah rendah ade la..hehe

      1. hatiputera

        abaikan jer mereka yang hanya tahu komplen jer.

      2. daddydee

        saya gangsa je…main lompat galah…hahahah

  2. nizamghazi

    Air mata seorang juara di mata rakyat Malaysia.
    Super Dan lebih genius dan tricky.
    Mungkin juga beliau lah satu2nya harapan rakyat Malaysia untuk merangkul emas berbanding China yang dah jauh kehadapan memungut emas.

    1. Blog Asyraf

      beliau tetap wira rakyat malaysia.

      1. jebengotai

        semngt kental..mmg terbaik la LCW.. 🙂

  3. Kamal Mustafa

    Tahniah buat Datuk Lee Chong Wei. No 2 tue dah kiro baghuih tue. Dapek Perak laie korang ado???

  4. azman

    Dia dah cuba sedaya upaya semalam,tak der rezeki kita nak dapat emas dan makan ice cream baskin robbin.

    1. jebengotai

      xper la..bangga dgn semngt die.. 🙂

      1. daddydee

        ada juga kan aiskrim free…kata Kayu nasi kandar pun belanja makan free….heheheh

        orang kita dah tahu menilai…

  5. azura

    takpe Dato LCW tetap juara bagi saya…

  6. Shack

    Tahniah DLCW..walaupun impian mengenggam pingat emas x kesampaian namun pingat perak cukup membanggakan..tahniah

    1. jebengotai

      bangga sbb beliau bersungguh2 menewaskan lin dan..

  7. rahman

    tahniah LCW..

    1. jebengotai

      tahniah utk beliau kerana mengharumkan nama negara..

  8. Nadot

    Tetap bangga dengan DLCW..bukan dia saje2 nak kalah…hebat je semlm pe.. 😉

    1. Blog Keperawatan

      Karena beberapa hari yang lalu masih menduduki peringkat yang pertama

      1. jebengotai

        Negara China masih kuat lagi.. 🙂

  9. Fahmi Raazali

    Riuh restoren tempat saya berbuka semalam bagi sokongan. Dapat juga kita satu pingat. 🙂

  10. akubiomed

    Pingat perak satu-satunya pingat tunggal yang disumbangkan oleh DLCW.

    1. jebengotai

      kalo ade squash..leh dpt emas… 🙂

  11. Blog Asyraf

    Malaysia tersenarai jugak..

    1. Blog Asyraf

      Alhamdulillah..bukan mudah nak dapat pingat ni..

  12. Blog Asyraf

    Esok mungkin ada pingat bertambah untuk kem malaysia, acara kierin Azizulhasni awang. 🙂

    1. jebengotai

      uih yeke..mudah2an bertambah pingat.. 🙂

  13. anjangman

    Semoga Malaysia dapt tambah lagi pingat dpt gangsa pun dah kira sangat bagus tu..

  14. irsah

    Tidak disangkal lagi.. memang game berstatus tinggi, sampaikan komentator memuji kelangit.. tapi bagi irsah, sukan olimpik dah lebih teknikal dan menyeluruh kini. Setelah dilihat, sehinggakan ujian angin, suhu, cahaya, fizikal semua di ambil kira untuk latihan mahupun kejohanan. Mungkin kita kekurangan faktor tersebut. Skill kita dah ada cuma special features (teknikaliti dan teknologi) kita begitu jauh dari negara yang sudah mempunyai pingat seperti Singapore dsbnya. Sehingga itu, jika tidak diimbangkan dalam arena sukan kita, kemungkinan kita akan tetap ketinggalan.

    p/s: perlu lagi kejohanan besar seperti sukan komenwel untuk membangkitkan teknologi sukan tempatan. Bayangkan sejak 98 kita telah memperoleh ramai atlet berstatus dunia cuma kesinambungan kita agak terbantut ketika ini. anjur sukan peringkat dunia win2 kan.. athlet berstatus tinggi dan jana income negara.

    1. jebengotai

      btul juga..ttp kbykkan badan2 berkaitan lebih tumpu perebutan kuasa sahaja..byk pembangunan sukan menjadi terbantut..

      1. irsah

        Akibat dari ketaksuban jawatan.. yang tertindas atlet kita. Sayang sekali. Yang menjadi tumpuan masalah ini pun sukan yang berprestai tinggi negara… bila agaknya dapat berubah..

        1. jebengotai

          kebykan kemajuan sukan negara terbantut sbb cmpur tgn ahli politik ni..

  15. puanbee

    Kalau tak kerana dato lee chong wei tk merasa lah malaysia tersenarai di dalam carta penerima pingat olimpik tersebut

    1. jebengotai

      yela puan bee..satu2 nya harapan malaysia..

  16. Man

    Yeah termasuk dalam senarai. Syabas Malaysia!

  17. zool

    memang hebat datuk lee chong wei. walau gagal dapat pingat emas..
    sekarang tunggu keirin azizulhasni pula. mampu ke mengalas emas?

  18. Juan

    tahniah buat dato LCW

  19. Denaihati

    yupp, kita patut berterima kasih. tahniah utk Dato LCW

  20. hatiputera

    Tahniah kepada Dato Lee Chong Wei kerana memenangi pingat perak. Biarkan yang hanya pandai bercakap tu bercakap , dah memang cara hidup diaorang macam tu. hanya pandai mempertikaikan orang lain.

    1. irsah

      betul2.. tak tahan dengan mamat “M” tuh… menyampah pulak dapat tweet dia.. bukan contoh seorang pemimpin… hampeh…

      1. jebengotai

        mmg hampeh bro..sedap mulut juga..mmg ptt kene cili jer..

  21. puteri kasih

    LCW dah berikan yang terbaik..tapi nak buat macam mana kan dah bukan rezeki

    1. jebengotai

      yela..adat pertandingan..ada yg menang dan ada yang kalah..tp pada sy die ttp menang..

  22. smp3lembang

    respect to DLCW yang sudah menunjukkan semangat bertanding luar biasa

  23. Ibu Mifzal Arsyad

    tersenarai jua Malaysia, walaupun pingat emas, tp still ada pinggat utk dibawa pulang…tahniah DLCW

    1. jebengotai

      yela..dripada x der..kira ok la ni.. 🙂

  24. muazfaris

    dah lame aku tak ambil tahu psl nih.. hikhik.. sibuk kot skrg nih.

  25. Kulanzsalleh

    Nampaknya berlaku pintas-memintas di antara China dan USA

  26. papa mifz

    bukan rezeki DLCW final hari tuh…dio dah cuba sedaya mungkin…

    1. jebengotai

      yela..mmg nmpk die bermati2an nk lawan lin dan..

  27. Hafizul

    Ooo LCW yang menaikkan nama Malaysia yer..hehe..tahniah…

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.