Kembali

Salam sejahtera. Sudah lama saya tidak menulis di ruangan blog JebengOtai. Saya ingin meminta maaf kerana senyap seketika kerana sedikit sibuk menguruskan hal-hal berkaitan perniagaan ButikM7 dan lain-lain lagi . Selain itu saya secara tidak langsung turut terlibat bersama Langkawihomestay.net mencari beberapa homestay yang sudi menaja penginapan mereka selama 3 hari 2 malam sempena Kedah International Photography Award 2013. Saya berasa bangga dengan mereka walaupun perniagaan mereka hanyalah sampingan dan kecil-kecilan tetapi turut memberi sokongan kepada usaha memperkenalkan Kedah amnya ke pelusuk dunia. Tampak kecil tetapi sebenarnya usaha mereka ini sangat besar nilainya kerana melalui pertandingan seperti ini, gambar-gambar disekitar negeri Kedah dipertontonkan kepada khalayak umum terutamanya pelancong luar betapa indah dan kaya dengan budaya negara Malaysia ini.

kipa

Bisnes Online
Banyak juga pengalaman yang saya terima sejak bergiat aktif dalam perniagaan online. Perniagaan online ini sangat berpotensi menjana pendapatan sampingan mengikut cara dan acuan kita. Tetapi dugaan pastinya tetap ada. Sejak kebelakangan in, lambakan barangan ‘pirate’ atau tiruan M7 semakin menjadi-jadi. Sedikit sebanyak memberi kesan negatif kepada perniagaan ButikM7 kerana perbezaan harga yang ketara antaran barangan tulen dan tiruan yang jauh lebih murah. Tidak mengapalah, saya fikir ianya hanyalah dugaan yang Allah S.W.T berikan kepada makhluknya. Usah risau dan teruskan usaha.

Akhirnya berjaya juga saya siapkan entri ‘comeback’ ini setelah berbulan-bulan meninggalkan blog ini. Saya terpaksa kemas kini serta membuang spam-spam yang sudah bertimbun diruangan komen. Saya ingin mengembalikan konsistensi menulis seperti dahulu dan entri pertama ini adalah pemanas jari untuk entri seterusnya.

JebengOtai
Kembali akhirnya..lama betul cuti.. 🙂

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 9 Comments

  1. Hazmin Hamudin

    Patut la lama tak nampak entri bro. Selamat kembali bro.

  2. Mus

    selamat kembali bro..

  3. onlajer

    yeah bro selamat kembali 🙂

  4. Naziman Azlye

    Kalau sudah lama tidak menulis, memang kena ada tulisan pemanas badan.

  5. titan

    lama gila hang pi bertapa kali nih..

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.