Kejutan Oranje

Siapa sangka pasukan pilihan yang merupakan salah satu pasukan ternama, Belanda telah dikejutkan oleh Denmark awal pagi tadi dengan keputusan 0-1. Walaupun Belanda mempunyai ramai bintang seperti Schneider, Van Persie, Arjen Robben dan pemain yang lain mempunyai skil individu hebat tetapi bola itu bulat dan apa saja perkara seperti kekalahan ini boleh terjadi.  Detik cemas di gawang Belanda akhirnya dibolosi oleh Michael Krohn-Dehli dengan rembatan tepat menerusi kaki penjaga gol.

Selepas kekalahan ini, Belanda tentunya mempunyai laluan sukar dan perlu menang kesemua perlawanan untuk kelayakkan seterusnya. Secara peribadi, perlawanan ini memang mengecawakan kerana banyak peluang tidak dapat disempurnakan mungkin kerana memandang rendah pihak lawan dan terlalu kerap memberi peluang kepada Denmark menguasai tengah padang. Belanda tetap menjadi pasukan pilihan saya untuk menjuarai EURO 2012.


Tarikh Waktu Malaysia Perlawanan Kumpulan A Keputusan
08 Jun 2355 Poland vs Greece  1 – 1
09 Jun 0245 Russia vs Rep. Czech  4 – 1
13 Jun 0245 Poland vs Russia
13 Jun 2355 Greece vs Rep. Czech
17 Jun 0245 Greece vs Russia
17 Jun 0245 Rep. Czech vs Poland



Tarikh Waktu Malaysia Perlawanan Kumpulan B Keputusan
09 Jun 2355 Belanda vs Denmark  0 – 1
10 Jun 0245 Jerman vs Portugal  1 – 0
13 Jun 2355 Denmark vs Portugal
13 Jun 0245 Belanda vs Jerman
17 Jun 0245 Portugal vs Belanda
17 Jun 0245 Denmark vs Jerman



Tarikh Waktu Malaysia Perlawanan Kumpulan C Keputusan
10 Jun 2355 Sepanyol vs Itali  1 – 1
11 Jun 0245 Ireland vs Croatia  1 – 3
14 Jun 0245 Sepanyol vs Ireland
14 Jun 2355 Itali vs Croatia
18 Jun 0245 Croatia vs Sepanyol
18 Jun 0245 Itali vs Ireland



Tarikh Waktu Malaysia Perlawanan Kumpulan D Keputusan
11 Jun 2355 Perancis vs England  1 – 1
12 Jun 0245 Ukraine vs Sweden  2 – 1
15 Jun 0245 Sweden vs England
16 Jun 2355 Ukraine vs Perancis
20 Jun 0245 England vs Ukraine
20 Jun 0245 Sweden vs Perancis


Jebeng Otai™
xper, masih awal lagi..tp kene pulun menang la lepas ni..huhu

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 36 Comments

  1. sud@is

    Belanda kena kerja keras lagi pas ni…..

  2. rahman

    belanda poyo jer lebih.. main secara individu.. ibrahim afellay try merapu rapu.. arjen roben main macam takde pedoman.. van persie sepak macam nak tak nak.. de jong tidur atas padang bla bla bla bla.. geram betul aku…haaahhh

    1. hafizmd

      hehee…ni luahan peminat belanda ni..

      sama ngn luahan isteri aku yg geram ngn player belanda time tu…

      semua serba tak kena

  3. alieza dayasari

    Belanda kena kerja keras sangat2 ni.. kalau nk ke seterusnya.
    Kump B memang penuh team2 hebat.

  4. titan

    aku rasa lebih 20 kali peluang terlepas begitu sahaja semalam. finishing aje takde..tapi aku salute defense denmark..bertahan habis-habisan..tapi kalau denmark still main macam ni..memang bahaya. diorang bergantung pada counter attack aje semalam. nasib score awal.

    1. hafizmd

      Apa yg aku nampak, mmg denmark main defensive ngn defend yg disiplin giler…

      Agak payah nak main ngn team yg amal corak camni

      1. JebengOtai

        yela..main save..ambil kesempatan bila pihak lawan leka..

  5. hatiputera

    portugal pun kalah jugak dengan jerman,,aduhai…

    1. JebengOtai

      yela..mybe sbb byk sgt individual skil..nk men sorg2 jerk mcm belanda.. 🙂

      1. hafizmd

        hehe…kalau main individu, mmg payah nak menang..

        pe2pun, awal lagi…lepas ni mesti ada lagi keputusan yg lebih dramatik…hehe

  6. Penyakit Belanda di kejohanan besar berulang lagi nampaknya. Ingat dah ok lepas masuk final WC 2010. Tapi dia buat balik dahhh… Apa-apa pun Denmark is a fine team. Tak hairan kalau diaorg boleh pergi jauh tahun ni.

    1. JebengOtai

      hopefully mcm tu la..biasanya belanda lambat panas..hehe

  7. akhiyy

    malam nih Ireland vs Croatia hehe..

      1. hafizmd

        tak tengok tp sekali tgk result, tu dia menang 3-1….power!

    1. chii

      heheh…leh geng ar camni 😀

  8. tehr

    lawan bola ni memang kerja berpasukan
    taktik jurilatih juga memainkan peranan penting

    1. JebengOtai

      jurulatih mmg berperanan utk kawal pemain yg agak degil..huhu

  9. chii

    ehehe..mcm2 boleh berlaku kan..tunggu je la akhirnya nnt siapa akan jadi juara euro

  10. cik tom

    pergh rajinnya update keputusan..mesti tiap2 malam xtidur tgk bola ni..

    1. JebengOtai

      aah..kalo ade live mmg tgk la..kalo x trus tido..huhu

  11. arelan

    apa apa leh jadi dalam bola ni kan.hoho

    1. JebengOtai

      yela..kdg2 team yg x disangka2 leh menang lak..huhu

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.