download

Setelah menggunakan teori kebarangkalian didalam entri ‘Cara Untuk Menang Nombor Ekor‘ dan ‘Lelaki Kacak Menang Nombor Ekor‘, kadang-kala saya tertanya tanya bagaimanakah pihak bank mengira pinjaman untuk perumahan? Berkali-kali juga saya cuba mencongak tetapi jumlah akhirnya jauh tersasar. Berbeza dengan pinjaman perumahan, pinjaman bank untuk membiayai kenderaan agak mudah difahami. Kali ini saya cuba mengurai bagaimana kalkulus untuk pinjaman beli rumah oleh pihak bank. Walaupun begitu jumlah akhir bayaran kalkulus ini tidak termasuk insurans dan cukai-cukai berkaitan. Ia hanayalah jumlah prinsipal dan faedah sahaja.

Formula

r = Interest rate
P = Jumlah pinjaman
N = Jumlah tahun bayaran.

Pak Abu ingin membeli sebuah rumah yang dijual di Langkawi pada harga RM 130,000. Pak Abu membayar pendahuluan sebanyak RM 13,000 dan tempoh perjanjian bayaran balik ialah 30 tahun.


Kadar BLR semasa
= 6.6% setahun

Kadar faedah untuk sebulan ialah :-
r = (6.6/100)/12 bulan
r = 0.0055

Jumlah pinjaman – ‘downpayment’ :-
P = RM 130,000 – RM 13,000
P = RM 117,000

Jumlah tahun bayaran ialah :-
N = 30 tahun x 12 bulan
N = 360 bulan

Jumlah yang perlu dibayar setiap bulan :-

= ((6.6/100/12) * 117,000) / (1 – ((1 + (6.6/100/12)) ^ (-30*12)))
= 643.5 / ( 1 – 0.13882 )
= 643.5 / 0.86118
= RM 747.23

JebengOtai™

Join the conversation! 31 Comments

  1. lepasni dh leh wat kira2 sendiri bayar ikut kemampuan.. :)

    Reply
  2. Sudah ada formula untuk pengiraan bayaran bulanan perumahan pinjaman senang untuk buat pengiraan. Nanti boleh convert ke dalam Excel Sheet.
    akubiomed recently posted..Skodeng blog Bardboo yang nun di PerancisMy Profile

    Reply
  3. Aku tak guna blr bro…bank islam tak de blr…tp rega dia bila total…mak datuk ehhhhh
    yas recently posted..Tahniah ZULFAHMI, TOP 6 Di Losail,QatarMy Profile

    Reply
  4. Kalkulus ni boleh dijadikan panduan asas untuk mengira bayaran bulanan pinjaman perumahan. 😀

    Semakin hari semakin mencabar untuk orang muda memiliki rumah sendiri..
    anif recently posted..Perkara Positif Boleh BerjangkitMy Profile

    Reply
  5. ohh bagus gak entri nie.boleh la kira2 nti..:)
    puan kutu recently posted..Darah Babi Dalam Puntung RokokMy Profile

    Reply
  6. Terbaik utk baru yg usha rumah mcm aku ni bro :)

    Reply
  7. hehe..siap ada formula lagi tu..
    titan recently posted..Upin dan Ipin Season 6 – Mainan BaruMy Profile

    Reply
  8. baguih ada formula ni..tapi bro apa maksud ^ tu…
    segalabenda recently posted..Berhibur sambil beramalMy Profile

    Reply
  9. macam ni rupanya. terima kasih sudi berkongsi. teringat subjek Ekonomi Kejuruteraan dulu, hampir2 nak fail haha

    Reply
  10. Ini ke formula yang diguna dalam kalkulator pengiraan pinjaman perumahan dalam laman web bank tu? Pening pala nengok fomula tu.

    Reply
  11. boleh jadi rujukan pada masa depan..

    Reply
  12. sendat nak mengira jumlah yang besar sampailah waktunya nak beli rumah dok mencari rumus matematik nanti

    Reply
  13. mmg tak mampu nk beli rumah…so,xpikir lagi psl loan ni sume..hehe
    faiz recently posted..TakdirMy Profile

    Reply
  14. menarik info ni..da bleh start wat kira2 utk beli rumah da pasni..
    chii recently posted..Tips Berguna untuk KesihatanMy Profile

    Reply
  15. thanks bro, lepas ni aku boleh la kira rumah aku plak, seronok baca ni
    Juan recently posted..Pandangan Seorang Blogger Terhadap Pemansuhan Isu PTPTNMy Profile

    Reply
  16. kebetulan lagi cari informasi tentang pinjam beli rumah
    postingannya bisa jadi referensi buat saya

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Category

Personal

Tags