Janji Ditepati

Sejak kebelakangan ini, ada segelintir mempersoalkan tema Hari Merdeka Malaysia yang ke-55 iaitu Janji Ditepati yang akan disambut pada 31 Ogos tahun ini. Sedar atau tidak sudah 55 tahun kita mencapai kemerdekaan dan bebas dari belengu penjajah selama hampir 400 tahun. Bayangkan selama 4 abad pertumpahan darah berlaku hanya semata-mata ingin menghirup udara kebebasan. Saya boleh katakan usia kemerdekaan kita masih terlalu muda, tetapi ada diantara kita yang tidak menghargai langsung erti kemerdekaan. Mungkin mereka bukan rakyat Malaysia, sebab itu mereka tidak menghargainya. Apa pun entri ini bukan untuk menyentuh isu tema Hari Kemerdekaan dengan tema Janji Ditepati ini. Hanya kerana isu tema Janji Ditepati ini sahaja kita semua berbalah. Jika negara dijajah semula belum tentu mereka ini semua mengangkat senjata berjuang bersama. Pada saya janji memerdekakan Tanah Melayu bukan hanya dari segi mengusir penjajah, tetapi merdeka secara total  dari segi ekonomi, pembangunan, teknologi dan sebagainya. Itulah erti kemerdekaan sebenar yang kita kecapi selama setengah abad ini. Apa guna merdeka negara tetapi ekonomi dikawal atau dijajah negara lain. Mungkin janji merdeka yang dikatakan pemimpin dahulu telah sepenuhnya ditunaikan pada hari ini.

Janji Ditepati : Johari Pain

Ada juga mereka yang memberi janji tetapi tidak mahu menunaikannya. Siapa yang tidak kenal dengan Johari Pain. Satu Malaysia kenal dengan keceluparannya di Facebook dengan beraninya menulis status yang berunsur provokasi jika penerjun negara, Pandelela memenangi sebutir pingat. Akhirnya Pandalela berjaya memungut pingat gangsa. Ramai yang mengucapkan tahniah atas kejayaannya memenangi pingat olimpik wanita Malaysia yang pertama. Bahana buat Johari Pain, sehingga kini terdapat beberapa Fanpage yang ingin meminta Johari Pain mengotakan janjinya. Telah berkali-kali beliau meminta maaf kepada semua tetapi atas keceluparannya sukar untuk mereka semua memaafkannya. Bukannya senang ingin mendapatkan pingat olimpik. Pandalela harus menjadi ketiga terbaik dunia untuk layak mengalung pingat tersebut. Mungkin sesetengah orang perkara ini agak kelakar, tetapi bagi saya ianya mengecewakan. Kecewa dengan segelintir anak muda seperti Johari Pain yang tidak dapat berfikir panjang sebelum mengeluarkan kata-kata tanpa memikirkan sensitiviti orang lain.

janji ditepati

Janji Ditepati : Janji Merdeka

Janji Johari Pain mungkin boleh dimaafkan kerana impaknya hanya terkena pada die seorang sahaja. Walaupun keceluparannya, dia tidak menyusahkan orang lain. Berbeza pula dengan Janji Merdeka yang dianjurkan Bersih 3.5 pada malam hari merdeka di Dataran Merdeka. Mereka ingin menyuarakan yang mereka ingin menyambut kemerdekaan yang tulen. Malaysia merdeka yang adil dan bersih. Mereka juga menunut 8 janji Bersih terdahulu dapat ditunaikan. Saya tidak pasti kewajaran mengadakan perhimpunan sebegini di malam ambang kemerdekaan. Jika tidak silap 7 dari janji itu telah ditunaikan kerajaan. Hanya satu janji iaitu tempoh kempen dilanjutkan sehingga 21 hari. Apa yang saya baca, salah satu punca tragedi 13 May adalah tempoh pilihanraya yang panjang iaitu 21 hari. Mungkin ada sebabnya mengapa janji ini tidak boleh ditunaikan.

  • BERSIH kan Senarai Undi (Daftar Pemilih)
  • Reformasikan Undi Pos
  • Gunakan Dakwat Kekal
  • Akses Media Yang Bebas & Adil
  • Tempoh Berkempen Minima 21 Hari
  • Kukuhkan Institusi Awam
  • Hentikan Rasuah
  • Hentikan Politik Kotor

Kos-kos berkaitan mungkin meningkat sekali ganda. Apa pun jika perhimpunan ini diadakan, penganjur sepatutnya berjanji akan mengawal ketat orang ramai supaya mereka tidak gagal menunaikan ‘janji’ perhimpunan aman Bersih 3.0. Risiko mengadakan perhimpunan ini dimalam hari amat tinggi kerana terbatasnya penglihatan dan berbagai kemungkinan yang mungkin akan berlaku.

Jebeng Otai™
rasanya duduk dirumah tgk famili lebih baik rasanya.. 🙂

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 62 Comments

  1. akubiomed

    Saya tidak mahu komen panjang mengenai isu ini. Bagi pihak kerajaan dan pembangkang mereka bukanlah sempurna ada juga cacat celanya. Cuma masing-masing tidak mahu mengakui.

    Bekerja disyarikat yang mempunyai kaitan politik adalah mengecewakan kerana tidak semua terma ditunaikan tetapi adalah sekadar memuaskan nafsu sementara kuasa ada kaut sebanyak mungkin.

    Seperti saya tulis baik pihak kerajaan dah pembangkang tidak ada yang sempurna. Pilihanraya kali ini adalah pilihan membuang undi yang sukar kerana terlalu banyak fakta kemungkaran yang dibongkar kedua-dua pihak. Ia adalah sesuatu mengecewakan 🙁

    1. jebengotai

      aah bro..di bahagian pembangkang ada juga kebaikkan..di bahagian kerajaan ade juga bau2 busuknya..ambil yg jernih buang lah yg keruh..utk masa depan anak2 bangsa kita juga..

      1. hafizmd

        Itu dah pasti. Takde yg sempurna tp pasti ade yg lebih baik antara dua. setuju?

  2. Leeza dayasari

    hmmm…. janji ditepati…. moga segalanya baik2 belaka.

    1. jebengotai

      erk..kes johari pain tu bkn politik eh..hehe

      1. rahman

        janji johari pain lagi susah nak di tunaikan berbanding janji kerajaan huhu

        1. segalabenda

          betul tu broo..tak sanggup aku akan kehilangan “ia” hehehe

  3. muazfaris

    janji johari pain tu terlaksana tak.. haha

    1. jebengotai

      lom bro..masih hot ag..kesian mamat tu.. 🙂

  4. anif

    Mungkin selepas ini kalau berjanji tak perlu ditepati.. Inikah yang kita semua mahu?

    1. jebengotai

      mungkin tu taktik juga..selalu bg janji tp x buat pon..cuba jgn janji tp buat jer..hehe

      1. anif

        Buat atas dasar tanggungjawab bukan sebab berjanji 😀 Itu lebih baik..

        1. jebengotai

          btul..kalo dh tau tanggungjawab kepada org mmg dh x perlu janji2 ag ni..

  5. zool

    Janji saya dah ditepati.. dapat tak kad raya?? kalau tak dapat mesti posmen yang tak menepati janji menghantar kad sebaik mungkin..
    tak gitu?

  6. nurmisnan

    masing2 ada pemilihan tersendiri..
    nak tau janji ditepati? kita tgk saja nanti..

    1. jebengotai

      kita tgk la sama2 apa yg jdik kat malaysia nnt.. 🙂

      1. shraqs

        Itula yg aku takut. Masa depan negara nak diperjudikan. Try n Error. Boleh pakai ker?

        1. rahman

          boleh.. tapi risiko tu sangat ler tinggi..

          1. hafizmd

            Mmg sgt tinggi risikonya. Sanggup ke kita buat kaedah cuba jaya?ermmmmm

  7. frynki

    Kalo janji tidak ditepati, maka akan berakibat dosa.makanya jangan obral janji. Bikinlah komunikasi yang menyentuh namun tidak menjanjikan sesuatu hal yang tidak pasti.Banyak cara untuk sukses tanpa berjanji gombal

  8. iAwani

    faymes terus nama Johari Pain, kesan pemasaran viral. Kalau dia jual produk, konpom laku.

    1. jebengotai

      aah bro..tp seo die asyik kene ‘bahan’ dgn org jer..hehe

  9. keretahitam

    nak memuaskan hati 28juta rakyat Malaysia bukan perkara mudah…sama-samalah kita fikirkan, jangan sampai negara kita tergadai sudah dan satu lagi jangan cepat melatah kalau tak dek kerana mulut badan binasa macam johari pain tu…

    1. jebengotai

      kene hati2..psl johari pain tu..mmg die sendiri yg crik pasal..haha

  10. Mak lagenda

    Mak nak tgu johari pain tu menepati janjinya..bior dia rasa mcmana ‘pain’ tu!

  11. Juan

    kalau dah dalam social networking ni memang tersebar ngan pantas lah, xleh nak kawal dah, silap terlajak habislah, hehehe

    1. jebengotai

      terlajak perahu xper..terlajak kata..harus dikerati..

      1. rahman

        maafkanlah dia bro jebeng hahaha 🙂

  12. faizul

    Johari pain punya SEO lagi cepat naik. Taktik yang bagus digunakan olehnya. Hahahaha 🙂

  13. Blog Asyraf

    Janji dikerati..haha..apa la johari pain ni, terus deactive akaun fb..

    1. Blog Asyraf

      Suatu harinanti mungkin dia akan tunai kod janji dia haha..

  14. Blog Asyraf

    Ada lagi ka perhimpunan bersih ni..hurmm..

    1. jebengotai

      harap2 gimik sj..tp tgk mcm derang serius..

  15. hafidz

    Haih Johari Pain….
    Bulan Ramadhan ni la nak janji bukan2. fuh~

  16. titan

    nuffnang dahdapat cek. hztours dah bayar. innity pun dah bayar. Advertlets je yang tak menepati janji sejak awal tahun dulu..

    1. jebengotai

      mmg payah la syrikat pengiklann x bayar..huhu

      1. titan

        itulah. nak aje tumbuk laju-laju.

  17. papa mifz

    oh bakal ada perhimpunan baru ke…hmm..tak sudah2…

  18. Hafizul

    emm betul jugak kan..bila berjanji kena la tepati..emm bila jer kait dengan politik, macam2 oarang boleh buat..aku betul2 tak confius dengan tema ni…hahahahaha

  19. auc dot com

    bila hari kemerdekaan dipolitikan
    habis hancur lebur semua

  20. shraqs

    Aku setuju ngan kau bro. Dok rumah layan ngan family lagi best.

  21. ProfHariz

    Selamat Menyambut Kemerdekaan Bro ! Janji Ditepati ! Lulz

  22. Din

    komen kutuk kelantan tu macam tak boleh nak terima..
    kalau pandalela tu..suka ati dia lah..ahaha

  23. suri

    suka mungkir janji itu,..yg degar agak kecewa degarnya

  24. azydy

    politik tak boleh nak diasingkan dari kehidupan sebab politiklah yang menentukan suasana dan keadaan persekitaran.. so pilihlah yang terbaik sebelum anda diterbalikkan.. yang penting pemimpin yang dipilih betul2 ingin membantu rakyat bukannya untuk mengumpul kekayan sendiri atau mengangguk saja apa yang dikata oleh bos walaupun benda tu menekan rakyat..

  25. puteri kasih

    harap tak akan terlaksana la himpunan bersih ni..memang betul..lebih baik duk rumah je camtu…selamat..huhu

  26. dennis

    ASecara peribadinya, aku tak setuju dengan tema ini

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.