Heart Rate Monitor

Teknik yang betul semasa bersenam boleh mengelakkan kecederaan serius seperti masalah kardiovaskular atau jantung. Sebelum ini, saya tidak tahu bahawa degupan jantung harus dipantau kadar degupannya mengikut umur semasa kita bersenam. Semakin kita berusia, julat kadar degupan jantung selamat semakin mengecil. Berbeza ketika kita berusia 20 tahun dahulu, kita boleh bermain futsal pada waktu malam, tidur lewat dan lain-lain aktiviti yang memberi bebanan kepada jantung kita untuk mengepam darah keseluruh badan kita.

Heart Rate Monitor : Julat Selamat BPM
BPM atau ‘beat per minute’ adalah kadar degupan jantung untuk 1 minit. Kadar maksima untuk jantung berdegup ialah 220 BPM. Untuk mengetahui julat maksimum jantung kita adalah dengan menggunakan formula dibawah :-

Kadar BPM max = 220 – umur

Setiap julat memberi kesan berbeza kepada tubuh badan. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan, julat 60% – 70% adalah sesuai dimana ketika ini lemak di badan dijadikan bahan bakar untuk menjana tenaga. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan, mereka harus memastikan julat degupan jantung mereka pada zon ini.

heart rate monitor

Heart Rate Monitor : Panduan Kevin Zahri
Saya terbaca entry dari Kevin Zahri, dan saya pasti ramai yang kenal siapa beliau. Beliau telah memilih beberapa pilihan jam tangan yang mempunyai fungsi HRM. Antara pilihan beliau ialah Suunto Ambit, Timex Ironman, Polar FT7 dan beberapa model yang lain. Walaupun begitu, model-model ini perlu menggunakan ‘chest strap’ atau alat yang diletakkan berdekatan dengan jantung untuk mengesan degupan jantung. Ia sedikit tidak selesa terutamanya bagi mereka yang agak lasak dan sekali sekala ia perlu di laraskan untuk dapatkan bacaan yang betul.

Heart Rate Monitor : Panduan Jebengotai
Saya amat tertarik dengan beberapa model HRM yang menggunakan teknologi terkini tanpa perlu menggunakan ‘chest strap’ untuk memantau degupan jantung. Teknologi baru ini atau ‘Electro Optical Cell’ mempunyai sensor untuk mengesan aliran darah dibawah permukaan kulit. Ia mengelakkan ketidak selesaan pada pengguna teknologi sebelum ini. Walaupun begitu, teknologi terbaru ini ada kalanya tidak dapat mengesan aliran darah kerana atas beberapa faktor seperti warna kulit, halangan pada sensor dan sebagainya. Saya telah memilih 3 gadjet ini untuk mereka yang ingin memantau degupan jantung masing-masing. Data dari ketiga-tiga gadget ini boleh dianalisa dan di muatnaik ke laman sosial atau aplikasi mudah alih dalam telefon pintar.

Adidas Micoach
Adidas Micoach
MIO Alpha
MIO Alpha
Soleus Pulse
Soleus Pulse
Jebeng Otaiā„¢
bleh tahan harga Adidas Micoach tu.. T T

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 6 Comments

  1. titan

    jenama suunto tu memang best.

    aku siap ada kompas jenama ni dulu. Tapi dah kena curik.

  2. LyaIylia

    Boleh bg pendapat tak mana lagi ok,
    Soleus Pulse atau Polar FT60.
    Just for fitness.. confuse tak tahu mana lagi ok.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.