Giveaway JebengOtai : Terima Kasih Semua

Tepat pukul 12.00 malam ini, Giveaway Pertama JebengOtai akan ditamatkan. Terima kasih diucapkan terutama sekali kepada para peserta dan penaja yang sudi bersama-sama menjayakan giveaway ini. Terharu rasanya apabila mendapat sokongan rakan-rakan penaja yang dapat meluangkan masa, wang ringgit dan hadiah untuk diberikan kepada pemenang giveaway ini. Pada awalnya rasa takut juga hendak anjurkan giveaway ini mungkin tidak akan mendapat sambutan sama seperti ‘Lelaki Kacak’ ataupun ‘Eyriqazz vs Denaihati’. Mungkin juga disebabkan bertindih dengan berbagai contest seperti ‘Review dan Menang Samsung Galaxy Note’, ‘Giveaway Kedua CikTom’ dan lain-lain lagi yang dianjurkan dikalangan rakan-rakan blogger. Banyak juga yang saya pelajari dalam penganjuran giveaway atau contest seperti ini. Apa-pun saya berterima kasih kepada sokongan rakan-rakan semua samada yang terlibat secara langsung ataupun yang datang singgah memberi komen di blog JebengOtai.

Giveaway JebengOtai : Hadiah

Hadiah Utama :

  • 1x Hosting Serverfreak (Pakej Deluxe)
  • Tshirt M7 Dragon
  • Laptop Sleeve Case Jenama Esprit
  • Banner 468×90 (Pn Bee) + Banner 125×125 (Titan & Sjiehan)
  • **Pakej Tweak Tema.

Hadiah Kedua :

  • Wang Tunai RM 50
  • Tshirt M7 Dragon
  • Laptop Sleeve Case Jenama Esprit
  • Banner 125×125 (JebengOtai,BumiLangkawi.com,LangkawiHomestay.net)

Hadiah Ketiga :

  • RM 30
  • Tshirt M7 Dragon
  • Banner 125×125 (JebengOtai,BumiLangkawi.com,LangkawiHomestay.net)

Hadiah Saguhati Topup RM10 untuk 3 orang.

**pakej tweak tema untuk lepas ujian Google Snippets untuk WordPress.

Giveaway JebengOtai : Senarai Peserta

  1. Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati – Apa Kata Pondok Kecil?
  2. Eyriqazz vs Denaihati | Rebut Baju Free – Tehr
  3. Eyriqazz vs Denaihati  Kaki Buli – Onlajer
  4. Eyriqazz vs Denaihati – Sambar T-shirt Free – Daddydee
  5. Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati – Sjiehan
  6. Eyriqazz vs Denaihati vs JebengOtai | Pn Bee
  7. Komen Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati – AkuBiomed
  8. Eyriqazz vs Denaihati | Blogger Malaysia – HatiPutera
  9. Eyriqazz vs Denaihati | Pendapat Team Irsah – Irsah
  10. Apa kaitan Jebengotai, Denaihati & Eyriqazz – Kimmie
  11. Contest Eyriqazz vs Denaihati – Pandangan Blogger Picisan | Sya Isya

Giveaway JebengOtai : Senarai Penaja

Giveaway JebengOtai ditaja oleh Earncent.com, Sjiehan, Puan Bee, Nurmisnan, Kartikel, Akhiyy, Budak FeldaCik Tom, Hati Putera, Shaharil, PapaMifzBumilangkawi.com dan Langkawihomestay.net

Jebeng Otai™
terima kasih diucapkan.. 🙂

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 48 Comments

  1. budak felda

    menanti dengan penuh minat hujung minggu nie..:) siapakah bakal pemenang hehehe

  2. iAwani

    siapakah bakal pemenangnya ya?

  3. onlajer

    wah tak sabar betul untuk mengetahuinya heh

    1. Blog Asyraf

      gudluck..semoga berjaya!

  4. akubiomed

    Tak sabar menanti keputusan pemenangnya nanti. 🙂

  5. Blog Asyraf

    tahniah kepada yang join GA bro..

  6. Blog Asyraf

    Tahniah jugak kepada pemenang yg masih belum diumum hehe..

  7. ohcikgu

    10 orang. em..mesti susah nak pilih pemenang ni nanti. 🙂

  8. faizul

    Kalau bukan kerana saya sibuk minggu ini, mungkin saya dah join GA ni. Tapi tak kisah, rezeki bulan puasa ni untuk orang0orang yang berusaha saja.

    Tahniah pada yang bakal menang dan tahniah juga buat bro jebeng sbb sukses menganjurkan GA ini.

  9. nurmisnan

    hadiah memang menarik semua.. gd luck utk semua..

  10. Sya Isya

    ada lagi 4 jam kan, baru tamat. sat sat. tunggu Sya, Sya nak buat entri. Semalam dah siapkan 2 entri contest. today is yours turn.

  11. irsah

    Wahh ada juga late entri… sempat juga… thnks JO anjur kontes…layan kerenah kami..heee

  12. Sya Isya

    okey, done. ehehe.. sempat juga join. 😀

  13. sjiehan

    xsabar nak menang no 1! hahaha

  14. kimmie

    sempat juga saya buat entri untuk join giveaway ni. Terima kasih kerana penyertaan saya diterima 🙂

  15. zool

    tak dapat nak join.. banyak perkara yang perlu disetelkan.

  16. chii

    okeh…pas ni leh umumkan pemenangnya plak..
    😀

    1. jebengotai

      pemenang dah diumumkan..tahniah kepada yg menang.. 🙂

  17. rahman

    minta maaf tak dapat turut serta… kalau ada lagi contest di kemudian hari mungkin boleh cuba nasib.. tahniah pada penganjur dan peserta

  18. yas

    AKu mmg x de komitmen dah ngan mende2 mcm nih…bz jekkkk

  19. Mus

    untunglah sapa yang menang.. lumayan hadiah tu..

  20. hafizmd

    TAhniah bro JO atas penganjuran GA ni. Kita tunggu sape yg bakal menang nanti =)

    p.s-maaf yer bro, aku sempat bw jer, tp tak join GA yg ni…huhuhu

  21. Cikgu naman

    Tak sempat nak perah idea lagi..hanya belajar jela melalui entri kengkawan

    Goodluck semua!!

    1. jebengotai

      haha..xper cikgu..next giveaway leh join sama.. 🙂

  22. azman

    terima kasih kepada pemenang nanti.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.